Tuesday, November 8, 2011

Step by Step... Pau Sambal




Pau sambal merupakan salah satu jenis kuih-muih tempatan yang amat saya gemari. Kalau dapat makan pau sambal yang gebu, rangup diluar, lembut di dalam dan inti sambal yang pedas-pedas manis, barulah nikmat rasanya. Susah juga nak dapatkan pau sambal yang cukup sifatnya. Jadi, apa kata kita belajar buat pau sambal.

Kali ini saya beri panduan untuk buat pau sambal secara Step by Step (Langkah demi Langkah).

Bahan-bahan (25-30 biji pau sambal)

A)
1 peket yis kering (11 gm)
1/2 sudu teh gula
1 cawan air suam

B)
5 cawan tepung gandum = 500 gm
2 biji telur gred B/ C
2 sudu besar margerin
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1/2 biji kentang saiz besar / 1 biji kentang kecil- dikupas kulit, hiris nipis dan rebus empuk- kemudian lecek halus
sedikit tepung untuk ditabur pada pencanai dan dulang

Cara membuatnya:
1. Campurkan bahan A. Kacau dengan hujung jari agar yis larut. Biarkan 10 minit atau campuran berbuih.
2. Sementara itu masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya dan tuangkan campuran A.
3. Uli campuran hingga menjadi doh yang licin dan kenyal.
**** jika ada mesin penguli boleh juga gunakan penguli. Ataupun masukkan ke dalam bread maker dan pilih setting doh.
4. Setelah siap doh, bulatkan dan tutup dengan tuala dapur dan rehatkan selama 15 minit di tempat suam. (suhu bilik)
5. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara, Uli semula lebih kurang 5 minit. Sediakan papan pencanai dan penerap.
6. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Canai doh menjadi 1/2 sm tebal.

Terap bulat doh yang dicanai tadi. Saya gunakan botol air sahaja sebagai alatan penerap.


Saya guna botol Tupperware je

Ini adalah contoh doh yang diterap.



Susun dalam dulang yang ditabur tepung seperti di bawah. Buat sehingga doh habis.





Biarkan lebih kurang 15 minit atau sehingga naik seperti ini


7. Sementara doh siap diterap, pau yang mula-mula diterap akan mengembang. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Setelah minyak panas, perlahankan api dan masukkan pau dan sentiasa terbalikkan pau agar tidak hangus dan pau masak rata. Angkat pau setelah warnanya keperangan,




Bahan inti:
10 tangkai cili kering- seeloknya yang diketahui tidak terlalu pedas- Buang biji, rebus.
segenggam ikan bilik siap dibersihkan- rendam seketika, toskan dan tumbuk halus
1 labu bawang besar dihiris nipis
5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dikisar halus
5 sudu besar minyak masak
5 sudu besar gula pasir++
garam secukup rasa
1 sudu teh air asam jawa
1 keping asam keping

1 biji timun

Cara membuatnya:
1. Kisar cili bersama 3/4 cawan air hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan ikan bilis dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak. Kacau sambal sekali-sekali agar tidak hangus. Masukkan air asam jawa dan asam keping.
3. Masukkan garam dan gula. Kacau rata. Masak hingga sambal berkilat dan nampak cantik. Masukkan bawang besar dan biar bawang layu. Rasa garam dan gulanya. Tambah jika perlu. Jika cukup rasanya, bolehlah dipadamkan api.
Hiris timun 2 mm tebalnya. Belah pau di tengahnya tetapi tidak putus. Sapukan sambal dan letakkan hirisan timun. Sedia dinikmati.


Monday, November 7, 2011

Kek Kukus Marble Strawberry






Kebanyakan kek akan menggunakan banyak telur kuning. Justeru, sering kali saya mempunyai lebihan putih telur yang tidak digunakan. Nak buang, terasa sungguh sayang. Jadi, jari-jemari mulalah menggogle untuk mencari idea bagaimana nak memanfaatkan lebihan telur putih.

Maka, saya terjumpalah `Kek Kukus Marble Strawberry' oleh  Along Roz. Oleh kerana komen-komen yang diberikan agak positif dan juga faktor bahan-bahannya ada stok di rumah, maka projek mengukus kek pun bermula. FYI, ini adalah kek kukus saya yang pertama.

Kek ini mempunyai aroma yang wangi hasil daripada penggunaan strawberry emulco. Kek ini juga sedap dan gebu apabila dikunyah. Rasa kek ini seperti kita memakan apam, mungkin kerana teknik pengukusan yang digunakan. Sesuai dimakan dengan kopi atau teh panas dan amat sesuai untuk penggemar-penggemar apam yang wangi dan gebu.
 

Bahan-bahan ( 6-7" inci bulat )

150ml Telur Putih
1/4 ts Krim Tartar
100g Gula Kastor
1/2 ts Esen Vanilla
125g Tepung Superfine
1/2 tsp Ovalet
50g Minyak Masak
1-2 sb Strawberi Emulco

Cara-caraPukul putih telur & krim tartar sehingga kembang & pekat.
Masukkan gula sedikit2 sambil di pukul. Masukkan tepung & ovalet pukul lagi sehingga kembang. Masukkan minyak & pukul sebati.
Bahagi dua & campur strawberi emulco satu bahagian. Tuang ke dlm bekas berminyak, berselang-seli warna.
Kukus selama 40 minit.
 

Sunday, November 6, 2011

Wah, ruginya kalau tak dapat!

Julia (bukan nama sebenar) baru sahaja terpandang iklan sebuah syarikat penerbangan tempatan yang menawarkan promosi besar-besaran. Iklan tersebut tertera tulisan:


"1000 TEMPAT DUDUK PERCUMA KE SEMUA DESTINASI!"

Iklan tersebut menyebabkan Julia teruja dan bergegas menghidupkan komputer ribanya. 'Ini peluang yang tak patut dilepaskan. Wah, ruginya kalau tak dapat!' kata hati Julia. Terbayang-bayang destinasi ke Tokyo, Jepun menjadi miliknya.


Dengan pantas, jari-jemarinya menaip laman sesawang syarikat penerbangan berkenaan. Setelah mencuba beberapa kali untuk menempah tempat duduk percuma tersebut, Julia masih gagal. Tempat duduk percuma yang ditawarkan sudah kehabisan.

Meskipun begitu, Julia tetap dengan keputusannya untuk menempah tiket ke Tokyo. Dia berasa bahawa harga yang ditawarkan masih berpatutan, tambahan pula promosi ini mempunyai tempoh masa tempahan yang terhad. 'Kalau aku tak tempah hari ni, aku mungkin terlepas promosi ini,' detik hatinya lagi.

Dan, Julia sebenarnya MEWAKILI JUTAAN PENDUDUK DI DUNIA INI. Taktik pemasaran mengenai Prinsip TERHAD (Scarcity) menjadikan kita golongan pengguna yang akan membeli sesuatu kerana takut berasa rugi!


SCARCITY sebuah prinsip pemasaran yang bermaksud "situasi yang mana sesuatu itu tidak mencukupi (terhad)."

Secara keseluruhannya, setiap individu mudah dipengaruhi oleh prinsip ini. Oleh itu, tidak terkira banyaknya syarikat-syarikat yang berjaya menjual produk dan servis mereka dengan mengaplikasi prinsip ini. Seperti mana contoh yang saya berikan di atas yang saya rasakan berlaku pada ramai di antara kita di Malaysia. Semua orang boleh terbangkan?

Mari kita lihat contoh-contoh lain. Hmm.. prinsip ini juga terpakai kepada penjualan barangan-barangan eksklusif. Ini adalah kerana keterhadan barang-barang tersebut. Apabila sesuatu barangan itu menjadi `rare item', maka ia akan lebih berharga dan sesetengah orang sanggup mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk memiliki barangan tersebut. Contohnya, sekeping syiling yang jarang ditemui.





RARE = VALUEABLE

Masa yang terhad juga menyebabkan kita mengejar masa untuk membeli sesuatu barangan yang kita sebenarnya tak berapa perlu. Itulah juga kenapa kebanyakan kedai sering mengadakan SALE yang secara tidak langsung memberitahu kita dua perkara:


1. Stok SALE yang terhad


2. Masa SALE yang terhad




Prinsip ini juga memainkan emosi kita sebagai manusia iaitu `takut kehilangan sesuatu'. Justeru, kerana takut `hilang' itulah kita mesti dapatkan sesuatu produk/servis yang ditawarkan. Kerana takut `hilang' inilah peniaga suka menggunakan taktik `apa yang anda akan hilang' daripada menggunakan taktik `apa yang anda akan dapat.' Sebab itulah kita selalu terbaca ayat `selagi stok masih ada'. Kalau kita lambat, nanti stok tiada sudah...

Saya juga mendapati iklan-iklan obligasi sosial (PSA) seperti kesedaran merokok atau HIV menggunakan taktik ini. Penonton akan didedahkan kepada apa yang anda akan hilang/rugi sekiranya anda meneruskan tabiat yang buruk.

Persoalannya, adakah anda sanggup membazir semata-mata untuk mendapat sesuatu kerana ianya:
1. Limited Numbers atau
2. Time Limit?

Tanya diri anda: Bukankah taktik yang sama digunakan oleh syarikat-syarikat yang sama dari semasa ke semasa? Jadi kenapa perlu beli hari ini? Tahun depan boleh? Boleh kot hehehehe...


Akhir kata, prinsip ini sentiasa mahukan pengguna, "buy quickly without thinking too much." Sekian buat kali ini dan jadilah pengguna yang bijak.

Saturday, November 5, 2011

Crab Rangoon


Semasa di US, saya selalu juga makan appetizer yang bernama `Crab Rangoon' ini. Selalunya appetizer ini boleh didapati di mana-mana Chinese ataupun Thai Restaurant. Crab Ranggon ini rangup dan intinya pula menepati citarasa kami sekeluarga yang memang suka makan cream cheese. Maka hari ni, saya nak berkongsi cara-cara membuat Crab Rangon seperti mana yang diajar oleh sahabat saya Nora Azie Ali.

Bahan-bahannya:

Wonton wrapper (saya beli di Giant)

Filling:

1 (8-ounce) package cream cheese at room temperature

¼ pound crab meat (dlm tin atau imitation crab) - saya pakai imitation crab yang kaler putih merah tu.

2 tablespoons finely chopped scallion, white and green - optional (utk org yg makan sayur sahaja, hehehe...)

¼ teaspoon ground white pepper

½ teaspoon Worcestershire sauce

1/8 to ¼ teaspoon garlic powder

Sugar & Salt secukup rasa (garam sikit je, gula 1/2 sudu teh dah ler)


Satukan semua bahan-bahan dan ketepikan selama 30 mins before using. Lepas tu letak sedikit inti atas kulit wanton seperti gambar di bawah:

letak inti di tengah kulit wanton
Lepas tu, letak sedikit air pada sekeliling kulit supaya boleh bercantum apabila dilipat dua. Tekan sedikit tepi-tepi lipatan supaya lipatan tak terbuka apabila digoreng. Kepada yang terer melipat wanton dalam pelbagai bentuk, bolehlah buat bentuk2 yang lain. Saya ni keras tangan, jadi buat segi tiga je lah. Lepas tu panaskan minyak dan goreng dalam kuali sehingga berwarna perang.

 

Di bawah adalah gambar Crab Rangon yang telah tersedia dan bersedia untuk dimakan.


Sila cicah dengan sos (sos Thai) untuk rasa yang lebih memuaskan. Untuk dimakan panas-panas. Fresh from stove top gitu....




Cara membuatnya: