Friday, October 28, 2011

Puding Roti bersos Kastard







Kalau kita makan buffet di hotel, selalunya pasti ada `puding roti dgn sos kastard' dalam senarai desserts. Apa kata kita belajar buat sendiri? Lagi best sebab boleh makan bila2 dan boleh tambah bahan2 sesuka hati kita.

Selepas menggogle beberapa resipi `Puding Roti', sayapun cubalah menghasilkan `puding roti' hasil tangan sendiri. Kebetulan parents ada di rumah, jadi bertambah `tukang makan' di rumah ni. Tak adalah perlu simpan dessert hingga berhari-hari.


Bahan-bahannya

A
8 keping roti Gardenia
Susu segar 500ml (saya guna fresh milk jenama Dutch Lady)


B
2 sudu besar mentega dan cairkan atas api (saya guna farmcows)
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
2-3 sudu besar kismis (ikut suka)
sedikit kepingan badam untuk ditabur di atas puding



C (sos kastard)

1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard


Cara membuatnya

Koyak roti dan rendam dengan susu segar selama 30 minit.

Bahan B (kecuali kismis dan badam) kacau dan gaulkan hingga sebati dan kemudian tuang ke atas roti yg direndam tadi. Kemudian taburkan kismis dan badam atas adunan tadi.

Bakar selama 30 minit atau sehingga masak, api 180 darjah celcius (saya bakar dalam 28 minit sahaja sebab dah masak).

Kuah kastard, cuma campurkan Bahan C dan masak atas api sederhana hingga agak pekat. Tuangkan ke atas puding roti tadi apabila nak makan. Boleh dimakan semasa panas ataupun sejuk. Saya suka yg panas.

Selamat mencuba.

Friday, October 21, 2011

Japanese Cheesecake with Blueberry Topping untuk Mama



Hari ini Oct 21 adalah Hari Ulang Tahun ibu saya.


Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, pada hari jadi ibu saya tahun ini saya tak dapat keluar rumah kerana sedang berpantang. Jadi, saya tak dapat nak belikan apa-apa hadiah untuk ibu saya. Fikir punya fikir, sayapun mula meninjau bahan-bahan untuk membuat kek. Saya terfikir, 'Apa salahnya kalau saya buat sebiji kek hari jadi untuk ibu?'


Maka, walaupun sedang berpantang pada hari yang ke-12, saya beritahu kepada ibu saya yang saya akan buat cheesecake sempena hari jadi beliau yang ke-63. Mengambil masa lebih kurang 2 jam (termasuk meng`water bath' kan kek selama sejam 10 minit), my signature `Japanese Cheesecake with Blueberry Topping' siap untuk ibu tersayang.


Saya memanggil ibu saya, `Mak' dan saya menggelarkan diri saya 'Mama' kepada anak-anak saya. FYI, `Mama' adalah sebutan yang paling familiar bagi seorang ibu di seluruh dunia. Sebagai contoh:




Mama, Ma, Mami bagi bahasa Sepanyol (Spanish)
Mummy, Mum bagi UK, Canada, Australia
Mama bagi German, Russia, Slovak, Polish
Ma, Mam, Mammy bagi Belanda, Ireland, Wales
Mama bagi Chinese
Mamma bagi Swedish dan Italy
Mama bagi Czech, Ukranian


Ibu saya sangat gembira dengan kek yang saya buat. Bukan kerana rasanya (walaupun saya tahu memang sedap hehehe) tetapi kerana kek tersebut adalah lambang kasih sayang daripada saya untuk dia. Semoga salah seorang gegirl saya boleh buatkan saya kek, pada hari jadi saya nanti. Takpun beli kek di Secret Recipe pun jadilah....

Selamat hari jadi kepada ibu saya!

Monday, October 3, 2011

Kek Coklat Moist



Minggu ni terasa pulak nak makan kek coklat. Memandangkan kekadang beli kek tu macam tak cukup moist, jadi baik buat sendiri. Maka, saya pun menggoogle2 laman-laman sesawang yang menampilkan pelbagai resipi kek coklat moist. Dan, hati saya terpaut pada salah satu resipi. Apabila ditelek-telek, bahan2 yang digunakan kebetulan ada dalam stok. Jadi, proceed jelah resipi kek coklat moist nih..

Yang bestnya, kek ini takde guna mentega/majerin.



Bahan-bahan yang diperlukan:


2 biji telur

1 cawan minyak masak

1 cawan gula halus

1 cawan gula perang


Bahan A

1 sudu kecil kecil vanilla esen

1 1/2 cawan susu segar perisa coklat

1/2 cawan air campur dengan 2 sudu kecil nescafe


Bahan B

2 sudu kecil sodium bicarbonate

1 sudu kecil baking powder

1/2 cawan serbuk koko

2 cawan tepung gandum


Cara-caranya:

1. Pukul telur hingga kembang

2. Masukkan gula dan pukul lagi

3. Masukkan minyak masak

4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Selang selikan dengan bahan A. Gaul hingga sebati.

Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 1 jam atau sehingga masak.


Untuk topping yg menambahkan moist:

1/2 cawan serbuk koko (saya pakai van houten)
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Masukkan semua bahan dalam periuk kecil dan panaskan dengan api kecil sampai sebati dan boleh dituang ke atas kek.

Kemudiannya terpulang kepada kreativiti masing2. Boleh letak potongan strawberry. Saya tabur badam cincang yang telah dibakar memandangkan stok badam yang banyak...

Kek ini memang moist jika dikeluarkan dari peti sejuk lebih awal kerana coklat di atasnya agak beku kalau dimakan terus dari peti sejuk.

Selamat mencuba.... :)

Sunday, October 2, 2011

Cheezy Hotdog


Hari ni kita kongsi resipi. Pagi-pagi hujung minggu ni memang sesuai kalau makan pastry. Jadi, apa kata kita makan Cheezy Hotdog. Resipi ini amat mudah dibuat. Bahan-bahannya boleh dibeli di Carrefour, Giant atau mana-mana pasaraya lain. Anda cuma perlukan:

Sebungkus Puff Pastry Square (jenama kawan)

Sebungkus Hotdog/Frankfurter

dan Keju keping



 
Cara penyediaan:

Letakkan sekeping keju di atas sekeping Puff Pastry. Kemudian letak sekeping hotdog/frankfurter atas kepingan keju tadi. Lepas tu gulung. Matikan gulungan tersebut dengan menekan sambungan Puff Pastry tadi supaya apabila dibakar, cheese di dalam Puff tadi taklah meleleh keluar.

Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180 darjah sehingga luar Puff berwarna golden brown. Jangan sampai hangit sudahlah.

Ini adalah hasilnya apabila dipotong dan digigit. Cheese tadi cair dan melimpah-ruah. Sumber protein yang baik untuk kita semua :)

 
Jika suka, boleh tambah sedikit sos cili atau mayonis dan tambah di atas hotdog sebelum menggulung pastry. Terpulang kepada kreativiti dan citarasa anda.
 
Selamat bersarapan, minum petang dan menjamu selera.