Thursday, April 5, 2012

Step by Step... Sirloin Steak (with Potato & Corn)



Dinner malam ni, sekali lagi saya tukarkan meja makan saya ala-ala Victoria Station atau The Ship. Tapi tak perlulah nak deco atau cari props yang hebat, saya cuma perlu sediakan masakan yang setara dengan kedua-dua restoran makanan barat tersebut.

Mr. Hubby pun happy kalau saya masak masakan Barat atau Italy. Ubah2 selera. Lagipun, Mr. Hubby kata, kalau makan nasi, nanti dia makan banyak. Yelah kan, kalau makan Western, saya dah siap2 kira portion untuk setiap orang, jadi tak boleh nak tambah-tambah dah hehehe....

Saya nak masak steak. Wow, bestkan bunyinya. Memang best pun buat steak sendiri. Amatlah murah kosnya jika dibandingkan kalau makan di kedai. Tambahan pula, saya beli daging ni di pasar malam.

FYI, bahagian `sirloin' tu adalah batang pinang. Jadi kalau nak beli daging, cakap je nak beli daging batang pinang. Pastu, suruh encik yang jual daging tu potong daging yang dibeli dengan potongan steak. Untuk 500gm daging, dapat 6 potongan yang mengenyangkan tau.

Bahan-bahan

Potongan daging untuk buat steak
Cili merah flakes (saya pakai serbuk cili yang halus)
Serbuk bawang putih dan Garam (saya guna serbuk Garlic Salt)
Rosemary flakes
Serbuk Lada hitam (yang agak kasar)
Thyme flakes

Olive oil

Cara-cara

Renjis sedikit olive oil pada potongan daging.



Letak semua perencah pada daging. Sapu sebati. Saya tidak berikan sukatan untuk serbuk-serbuk perencah kerana ia bergantung kepada saiz kepingan daging. Boleh agak-agak la.




Panaskan kuali leper. Renjis sedikit olive oil pada kuali. Panggang daging dengan api dapur yang agak besar.


Kalau suka `rare' bolehlah panggang kejap je. Kalau suka `medium rare' kena la agak2 kesederhanaan masaknya. kalau suka yang `well done', pastikan daging masak sepenuhnya okey.


Pastu boleh buat apa-apa sides yang anda suka. Saya lengkapkan dengan kentang goreng dan jagung manis. Saya goreng sebiji kentang (dipotong 16). Kentang tu saya gaul dengan garam, kunyit dan chicken seasoning. Jagung tu, jagung manis dalam tin je.




Inilah dinner yang sungguh nampak mewah meskipun kosnya biasa-biasa je.

No comments: