Wednesday, April 11, 2012

Step by Step... Cinnamon Roll yang gebu dan manis!



Cinnamon Roll yang saya buat pagi ni memang sedap sangat. Sangat sesuai dijamu untuk sesiapa sahaja yang suka makanan yang manis. Sweet tooth kata orang. Memang hasilnya setaraf dengan bakery (kecuali bakery yang anda pergi tu memang tarafnya tersangat awesome).

Dah lama dah saya plan nak bake Cinnamon Roll. Tapi seperti biasalah, kekangannya adalah `MASA'. Oleh kerana tetiba je rakyat Malaysia diberi cuti umum sempena Pertabalan YDP SBP Agong yang ke-14, maka saya ada extra sehari untuk membaking apa sahaja yang saya suka. Justeru, pagi ini saya pilih untuk membaking Cinnamon Roll!


Resepi ini bukanlah ciptaan saya. Saya ambil dari dapur Yani di My Resepi. Saya rasa dah banyak juga resepi Yani yang saya dah cuba. Terima kasihlah Yani, meskipun tidak pernah berkenalan di alam nyata, tapi sebenarnya kita ni menjalinkan silaturrahim di alam maya. Saya memang berterima kasih sangat pada semua blogger-blogger masakan. Tanpa wujudnya blog-blog mereka ni, saya tentunya tidak tahu bagaimana untuk masak itu dan ini. Resepi di dalam majalah masakan atau buku resepi, bukannya boleh percaya sangat kan

Untuk kengkawan yang takde breadmaker, tak perlu risau kerana resepi Yani ni sebenarnya tak pakai breadmaker pun. Tapi saya uli pakai BM ler, sebab dah ada BM kan..  Boleh ke link Yani My Resepi kalau anda nak uli pakai tangan.

Bahan-bahan (Saya buat 12 Cinnamon Rolls)

 Roti
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam        

Filling
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik                           

Icing
             
50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising (saya kurangkan kepada 60gm)
secubit garam
beberapa titik vanila esen

Cara-cara

Saya masukkan semua bahan-bahan roti ke dalam breadmaker. Saya pilih function uli dan BM saya uli selama 1 jam 30 minit.


Selepas 1 jam 30 minit

Selepas siap diuli, keluarkan doh. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 10 minit.



Satukan bahan-bahan filling dalam mangkuk kecil. Gaul sebati.



Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai lebih kurang ukuran 25cm X 20cm.



Sapukan separuh bahan-bahan filling yang digaul tadi ke atas doh.



Gulung doh dengan kemas.



Potong doh kepada 6 bahagian. Letak roll dalam Muffin Cup. Susun atas loyang.



Ulang langkah di atas untuk separuh lagi doh. Kemudian biarkan 12 rolls tadi sehingga naik lagi sekali ganda.


Panaskan oven 180 darjah. Bakar selama 10-15 minit. Jangan sampai hangit ok.


Sediakan icing. Masukkan semua bahan icing ke dalam mangkuk. Putar guna mixer sehingga berkrim.

Sudukan icing ke atas roll yang dikeluarkan panas-panas dari oven.


Sungguh bahaya Cinnamon Roll ini sekiranya anda sedang berdiet. Selamat mencuba!




     

9 comments:

ME said...

i've tried this .. sangat sedap. mohon share the resipi

weezana said...

boleh. terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya :)

rajanoorafzan rajayahya said...

Hihihi kelakar yg sungguh bahaya jika anda berdiet...tkasih sis!

weezana said...

sama2 afzan.

Faha Wan said...

Mesti cuba ni..menarik la..

myfreshvita.com

weezana said...

terima kasih sudi melawat blog saya. cubalah faha, sedap roll ni..

Akish said...

Boleh tau Tepung roti yg elok guna brand apa

weezana said...

Akish,
saya selalu guna yg dijual di kedai2 barangan kek. takde dipaparkan brandnya.

Anisah Abd Rahman said...

sedapnya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...