Semalam dah cerita pasal pencarian ambal (a.k.a siput buluh a.k.a siput pahat-pahat) di Asajaya, Sarawak. Hari ni nak kongsi resepi pula. Sebenarnya ambal ni macam siput-siput yang lain juga, boleh masak apa sahaja yang anda suka. Oleh yang demikian, saya pun cuba masak Ginger Garlic Ambal. Simple je nak masaknya tapi rasanya awesome.
Diingatkan, ambal ni macam sotong juga, bila letak atas api (dalam kuali/periuk), ambal ni akan mengecut dan mengeluarkan air. Jadi, tak perlu tambah air untuk menghasilkan kuah, kecuali kalau anda nak masak ambal rebus atau ambal sup.
Bahan-bahan
1/2 kilo ambal
5 ulas bawang putih
1 inci halia
garam secukup rasa
Cara-cara
Bersihkan ambal. Tumbuk atau kisar kering bawang putih dan halia.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik baru dan garing sedikit. Jangan sampai hangus.
Masukkan ambal, tambah garam secukup rasa dan goreng seketika sehingga ambal masak. 10 minit gitu kacau-kacau.
ambal keluarkan air sendiri |
Dah siap, memang simple sungguh. Sedap dimakan dengan nasi putih atau diratah begitu sahaja.
Nanti saya kongsikan resepi ambal goreng pedas pula ye.
Sekian.
1 comment:
Nak try!
Post a Comment