Monday, November 15, 2010

Jangan Buka Aib Orang, Jangan Dedah Aib Sendiri



Semalam sebelum tertidur, terbaca pula cerita si Uncle Seeker yang membuat pendedahan panas di blognya tentang cinta shhhh antara dia dan bekas Permaisuri Aisyah. Pendapat saya mudah: biar apapun alasan yang diberikan oleh Uncle Seeker, dia telah buka aib orang dan dedah aib sendiri.

Tidaklah saya hendak menjadi ustazah pada hari ini. sekadar ingat-mengingati kita sesama manusia. Kita punya maruah, ada hati, ada perasaan. Yang paling penting, kita tidak hidup keseorangan di muka bumi ini, tetapi kita ada keluarga, ada kawan, ada kenalan, ada saudara-mara, malah ada musuh.

Perlukah untuk kita membuka aib orang dan mendedahkan aib sendiri?

"Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan diakhirat" (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078).

Bagaimana pula mendedahkan aib sendiri?

Contohnya: Saya pernah minum arak di Zouk, KL.

Everyone has a secret!

Tidak boleh mendedahkan aib sendiri kerana seolah-olah kita bermegah dengan dosa yang pernah kita lakukan. Malah, orang yang mendengar tentang aib kita itu, akan memandang rendah terhadap diri individu tersebut. Percayalah, aib yang kita lakukan bukan menyebabkan kita dipandang tinggi, tetapi menyebabkan kita dipandang hina.

Think carefully about the people to whom you want to reveal your secret. The biggest mistake a person can make is to simply blurt their hidden truth. The second biggest mistake is to make it a big production.

Yang malu adalah diri sendiri.....

2 comments:

Nora Azi said...

agree 100%! kelakar la baca pasal uncle seeker tu. mcm tak betul je. kalau pun betul, tak pyh lah bagi tau the whole world. the truth kan tuhan dah tau. itu sepatutnya dah cukup bagi dia. tak budiman langsung uncle seeker tu kan? hahaha...

Anonymous said...

Tu la memang tak budiman. Kalaulah sebab sakit hati semua orang bukak pekung kat blog, mau haru dunia...