Saturday, June 25, 2016

Resepi Shell Out kat rumah...

Assalamualaikum...



Pagi tadi tetiba je rasa rajin. Apabila rasa rajin, tetiba je rasa nak masak special sikit untuk iftar. Entah macam mana, tercetus idea untuk buat `shell out'. Shell out ni sejenis masakan pelbagai seafood berkulit/cengkerang. Katanya popular sebab ada nama restoran shell out. Entah ler... saya memang tak tahu kat mana dan bagaimana. Saya cuma tahu pasal shell out ni sebab ramai yang post foto makan pelbagai seafood ni di laman sosial.



Sebab saya tak tahu nak masak, jadi saya pun google resepi. Hati berkenan dengan resepi di Blog Mama to Eryna. Katanya ambil dari blog auntie nanirostam. 

Jadi, pagi tadi saya mencari bahan-bahan mentah yang sesuai digunakan untuk menyiput & menseafood malam ni. Hasilnya tadaa...



FYI, untuk kerang dan siput sedut, saya masak goreng kicap. Untuk ketam, udang dan sotong, saya masak ala-ala shell out ni. Sayur pula saya rebus sahaja, letak garam dan pati ayam.



FYI juga, saya ubah sikit resepi untuk hasil yang ikut suka hati saya. 


Bahan-bahan

3 ekor ketam (potong 2)
10 ekor udang saiz besar
5 ekor sotong (potong sederhana)

1kg siput sedut
1kg kerang

Bahan-Bahan rempah Shell Out

10 tangkai cili kering (potong, buang biji & rendam air panas)
bawang besar 2 biji (1 biji kisar, 1 biji lagi hiris utk tumis)
10 ulas bawang putih (8 kisar, 2 ulas cincang utk tumis)
1 inci halia (kisar)
1sk udang kering (kisar)
1 inci belacan (kisar)
1sb rempah kari
1/2 kiub pati ayam
1 batang daun kari
sedikit serbuk lada hitam
1sb sos tiram
1sk sos ikan
2sb mentega
2sb minyak masak
lemon (saya tak letak)
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara

Saya siapkan bahan-bahan rempah dulu dengan mengisar semua bahan kisar. Selepas tu saya panaskan mentega dan minyak masak dalam kuali. Saya tumis bawang dan besar, bawang putih dan daun kari. Selepas layu sedikit dan berbau harum, masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.



Masukkan rempah kari. Kacau lagi.



Masukkan sos tiram, sos ikan dan kiub ayam. Kemudian masukkan garam dan gula. 



Selepas tu saya tutup api. 



Bahagi tiga kuah yang dah siap tu. Sebabnya nak menggoreng ketam, udang dan sotong secara berasingan. Lepas tu goreng jelah sampai setiap bahan tu masak. 



Diingatkan sekali lagi, siput sedut dan kerang tu saya masak kicap. Saja nak bagi rasa lain sikit.



Memang heaven makan shell out ni. Kenyang melampau-lampau. Rempah dia memang sedap.




Sekian.

Sunday, June 12, 2016

Five-Spice Roast Quail (Puyuh Panggang Rempah Lima)

Assalamualaikum...




Mula-mula tu, ingat nak buat puyuh berempah. Tapi, macam nak cuba buat chinese style. Guna rempah lima (five-spices). Selalunya, chinese recipe ni digunakan untuk masak itik. Puyuh pun lebih kuranglah dengan itik, besar dengan kecik je.. hehehe...

Saya sebenarnya agak-agak je, sukatan. Jom tengok. 

Bahan-Bahan

5 ekor burung puyuh
2sk rempah lima (five-spices)
1 sb kicap manis
1sb madu (saya ganti dengan 1sk gula)
1/4 serbuk lada hitam
1/2sk garam
1sb minyak (minyak masak, tapi kalau guna minyak zaitun lebih baik)


Cara-Cara

Gaul puyuh dengan rempah lima, garam, gula (madu) dan lada hitam. Kalau nak terus bakar pun boleh, tapi saya simpan dulu dalam peti sejuk. Tiga jam gitu.



Letak puyuh atas loyang atau kuali ajaib. Masukkan minyak (kalau boleh percikkan bagi kena semua puyuh).



Lepas tu boleh bakar guna oven (170 darjah) atau guna kuali ajaib. Saya saja je nak guna kuali ajaib. kalau guna kuali ajaib, api tu sedang-sedang je. Tutup kuali ajaib.



Saya masak keseluruhannya dalam 30-40 minit. Bila dan 15 minit tu, boleh terbalikkan puyuh. Bila dan 30 minit tu, tuang kicap atas puyuh dan balik-balikkan sedikit puyuh supaya puyuh kena kicap. 



Biarkan sampai warna dia cantik dan puyuh tu betul-betul masak. Maka, dah siaplah puyuh panggang rempah lima.



Sedap dimakan begitu sahaja ataupun makan dengan nasi putih. Sesuai dihidang untuk semua peringkat umur. 

Sekian. 

Saturday, June 11, 2016

Asam Pedas Tulang Rusuk

Assalamualaikum...

Hari tu masa pergi pasar tani, tetiba je tersinggah gerai jual daging. Sebenarnya terasa nak beli daging, entah macam mana ternampak tulang rusuk. Lepas tu, tergatal tanya sekilo berapa ringgit. Lepas tu pulak, terbeli. Yang herannya, tak ler pula beli 1kg, tapi terbeli 700 gm. Sebabnya saya cakap nak 3 keping tulang rusuk. Siap minta tokey daging tu, potong kecik-kecik tulang rusuk tersebut.

Bila bawa balik tulang rusuk a.k.a ribs ni, mula-mula tu terasa nak buat kari atau sup. Tetiba pula, terasa nak masak asam pedas. Eh, boleh ke masak asam pedas?

Boleh je...

Maka, pengkisaran cili kering pun bermula. Jom tengok resepi.

Bahan-Bahan

700gm tulang rusuk (potong kecil)



2sb asam jawa (bancuh dalam setengah mangkuk air)
Secekak daun kesom (dalam 12 tangkai gitu, agak-agak)
1sk lada hitam (tumbuk kasar)
Garam dan gula (mesti ada rasa masin dan manis. Kalau tak ada rasa manis, tak awesome le)
Air secukupnya

Bahan Kisar

16 tangkai cili kering (gunting, rendam dan buang biji)
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit je air untuk kisar. Jangan guna banyak.

Cara-cara

Panaskan minyak (dalam 5sb) dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar sampai naik minyak.

 

Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih. Masukkan air asam jawa. Kacau sampai naik minyak. Masukkan lada hitam. Kacau sebati.



Masukkan tulang rusuk. Masukkan secawan air. Kacau sekali sekala sehingga tulang rusuk empuk dan lembut. 



Kalau nampak agak kering, boleh tambah air. Kalau pakai kuali/periuk tak lekat, bolehlah tutup periuk anda, dan biarkan seketika. Lebih cepat tulang rusuk tu masak dan lembut.



Masukkan daun kesum dan boleh tabah air ikut kadar kepekatan yang disukai. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan dah siap le tu.




Masakan ni, kalau tak habis boleh disejuk bekukan. Memang sedap sangat dimakan dengan nasi putih. Masaklah sampai daging tu betul-betul lembut. Barulah awesome.

Sekian.

Tuesday, June 7, 2016

Marble Cake Moist... resepi drpd buku lama..

Assalamualaikum...

Saya ada sorang aunty yang pandai sungguh buat kek. Tiap-tiap tahun, my aunty akan buat kek signature dia yang cuma dia sendiri je tahu bahan-bahannya. Setiap kali tanya, dia macam tak nak cerita je. Balik-balik dia kata, macam biasalah, letak tepung, mentega, telur... Hmmm....

Maka, nak dijadikan cerita, pada satu hari yang baik, entah macam mana, my aunty tetiba je bermurah hati nak kongsi resepi kek dia. Rupa-rupanya memang betullah kata dia, bahan-bahannya memang biasa-biasa je. Dan rupa-rupanya juga, dia pelbagaikan kek-kek yang dia buat berdasarkan resepi asas tersebut. Macam-macam kek yang dia buat, antaranya marble dan vanilla.

Yang paling ironinya, my aunty siap cakap dengan my mom, "hang pun ada resepi tu"... Oh, rupa-rupanya, resepi kek tu my aunty guna daripada buku resepi lama yang depa adik-beradik ada sorang satu hehehehe...

Disclaimer: kalau tak faham cerita poyo di atas, harap maaf ya.





Oleh kerana saya ni pelupa dan pelbagai kejadian berlaku (yang menyebabkan saya lupa). Maka, baru last weekend tetiba je tergerak hati nak buat kek ni. Nasib baiklah, ada lagi resepi ni saya simpan. Kalau nak minta semula kat my aunty, ntah dia bagi, ntahkan tidak. Makanya, projek membuat kek marble moist ini pun bermula. Jeng.. Jeng.. Jeng.. memang hasilnya, best giler. 

FYI, saya gandakan adunan sebab tamak. Nak dapat banyak kononnnya. Dan memang saya dapat banyak, selain daripada 9 biji mini kek, dapat sebiji kek panjang. 


Bahan-Bahan

125gm mentega
150gm gula kastor
3 biji telur
200gm tepung naik sendiri
75ml susu tin
1sb serbuk koko
1/2 sk esen vanilla


Cara-Cara

Putar mentega dengan gula sehingga kembang (berkrim). Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi hingga sebati.



Ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit. Putar lagi.



Campurkan susu dan esen, putar lagi hingga sebati. 



Adunan akan gebu seperti ini:




Ambil 1/3 adunan. Masukkan serbuk koko dalam adunan 1/3 tadi. Gaul sebati.



Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan anda dalam loyang pilihan. Saya buat mini kek + sebiji kek rectangle. Cara buat mini kek seperti di bawah:





Lorekkan guna lidi :)

Kek rectangle pula macam ni:



Bakar lebih kurang 40-60 minit. Bergantung kepada saiz loyang dan suhu oven masing-masing. Kalau dah cucuk, tak lekat tu maksudnya dah masak.



Rugi tak cuba, memang moist sangat (dinasihatkan simpan semalaman dulu pada suhu bilik untuk hasil yang sangat awesome).



Sekian.