Sunday, February 14, 2016

Siakap Stim Hong Kong Style

Assalamualaikum...

Hari tu saya ada makan di Restoran Cina Muslim. Saya cuba menu `Siakap Stim Hong Kong Style'. First time rasa dan memang kena dengan selera. Jadi, mulalah terfikir nak buat sendiri. 



Maka, saya pun menggooglelah resepi. Hasil berenang ke sana kemari, akhirnya saya mix dan match beberapa resepi. Hasilnya amatlah memuaskan hati. Sedap! Mr. Hubby kata lebih kurang sama rasa dengan masakan kat restoran hari tu.

Maksudnya, memang sedaplah kan.. kan...


Bahan-Bahan

Seekor ikan siakap (saiz besar)
4sb kicap cair (memang kat botol tu kicap cair ya, ada jual di pasaraya)
1sk kicap pekat (saya pakai kicap ABC)
1/3 kiub pati ayam
1sk gula
2 inci halia (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
sedikit daun ketumbar (hiris)
1 tangkap daun bawang (hiris)
1/4sk minyak bijan
sedikit serbuk lada sulah dan garam (untuk melumur ikan)
1/4 cawan air

Cara-cara

Lumurkan ikan dengan lada sulah dan garam. Letak bawang putih, halia, daun ketumbar dan daun bawang atas ikan (sila hiris dengan halus dan kemas.. jangan tiru saya hehehe).



Letak semua bahan-bahan lain.



Panaskan api dan silalah kukus ikan sehingga masak. Tak lama pun mengukus ikan ni dalam 10-15 minit (bergantung kepada saiz ikan).

Dah masak. Tak muat pinggan. Ikan besar sangat hehehe

Masakan ala Cina tak boleh makan kalau sejuk. Tak sedap. Jadi, kena makan masa panas-panas. Memang syok...

Selamat mencuba.

Sekian.

Saturday, February 13, 2016

Balang Cinta dah masuk Cetakan Kedua :)

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, meskipun masih terlalu baharu, novel pertama saya `Balang Cinta' telah dicetak untuk kali kedua. Mood: Tentulah happy kan...

Bagi sesiapa yang ingin membeli terus daripada saya (tentunya boleh dapat tandatangan author), boleh hubungi saya menerusi e-mel weezemilia@gmail.com



Balang Cinta juga dah ada di kedai-kedai buku utama di seluruh negara seperti MPH, Popular, Borders, Kinokuniya dan SMO.


Di Popular Bookstores

MPH Amanjaya Mall


Bagi yang nak membeli secara online, boleh beli di laman web Jemari Seni atau di Facebook Jemari Seni. 



Terima kasih tak terhingga kepada yang sudah mendapatkan novel sweet ni ya. Happy reading!

Sekian.

Saturday, February 6, 2016

Sesekali Makan Sotong Kicap Bentuk Bunga...

Assalamualaikum...



Resepi hari ni simple je. Masak sotong kicap dengan kacang buncis. Tapi yang bestnya, kali ini sotong yang saya masak ni berbentuk bunga.. Hmm.. bunga.. :)

Jadi, nak tunjuk macam mana cara nak bentukkan sotong. Mula-mula potong badan sotong tu lebih kurang 2cm - 2.5cm. 



Lepas tu, potong memanjang tetapi jangan sampai putus sebanyak 4-5 potongan pada setiap keping sotong. Jumlah potongan ini akan menentukan jumlah kelopak bunga. 



Lepas tu bolehlah masak sotong tu. Tak kiralah masakan apa-apapun, masakan sotong anda akan berbunga-bunga...



Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...