Saturday, January 2, 2016

Cuti Sekolah 2015 (Pulai Spring Resort).. Part I

Assalamualaikum...

Sebenarnya, saya tak merancang untuk bercuti ke Johor Bahru sempena cuti sekolah akhir tahun 2015 ini. Namun disebabkan saya telah berjanji pada Cik Hasya untuk ke Legoland (sekiranya dapat nombor teratas dalam final exam), maka janji mestilah ditepati.

Justeru, rela dalam keterpaksaan, saya mencari kaedah terbaik untuk bercuti ke Legoland. Kalau ikutkan Hasya, memanglah dia mahu bermalam di Hotel Legoland. Ya, budak mana yang tak nak kan? Namun, harga semalaman di hotel berkenaan, amatlah hmmm... 




Untuk tidak menghampakan, saya tempah penginapan di Pulai Spring Resort. Sebabnya:

1. Dapat 2 bedroom suite
2. 4 tiket Legoland all park (adult ticket lak tu!)
3. Breakfast untuk 4 orang.
4. Kolam renang yang besar

Maka, saya percaya bebudak akan berasa amat gembira. Dan... Terbukti sangkaanku benar belaka. 






Melangkah masuk ke suite yang ditempah, membuatkan kami terpegun. Sangat luas, selesa dan lengkap.


Living Hall, Bilik Bebudak, Dapur dan Master Bedroom

Setiap bilik, siap ada walk-in closet dan bilik mandi.


walk-in closet

bilik mandi
Ginger Cookies menunggu di atas meja

Seperti biasalah, kolam renang akan membuatkan bebudak teruja. Justeru, hari pertama adalah hari untuk berenang. Esok barulah kami akan ke Legoland:)



Salah satu kolam

Rizqy & Khayra

Selepas berenang, tetiba je ada Santa Claus bagi candy. Lagilah bebudak teruja.





Bersambung di Part II.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...