Sunday, January 3, 2016

Cuti Sekolah 2015 (Legoland Malaysia).. Part III

Bersambung dari Part II

Di Legoland ni memang banyak permainan dan tarikan untuk budak-budak.

Tempat permainan budak-budak

boleh jalan ke unta ni?
Feeling macam pegi zoo, main parrot pulak



pilot budak
Ribena Lego
Boleh juga perabis duit dengan main permainan cuba nasib.



Kalau bawa baby, tempat paling best ialah... Baby care (hehehehe). Terletak di Imagination. Surau ada di sebelah baby care ni. 





Rizqy tidur sejam kat sini. Memberi peluang kepada Mr. Hubby dan Hasya bermain Roller Coaster.

Mr. Rizqy tido.. Cik Khayra main Lego


Hasya sempat ikut family baru.




Tarikan seterusnya ialah miniture-miniture yang cantik membentuk landmark atau bandar-bandar popular di seluruh dunia. 

Istana Johor

Young gunner di stadium JDT





Taj Mahal






Putrajaya pun ada

Pukul 3.00 petang, kami ke waterpark. Yelah dah berpeluh dan berlekit, sesuai sangat untuk mandi-manda.


Pintu water park


Kalau ada baby (bawah 3 tahun), kena bayar RM11. Baby akan diberi diaper swim (2 keping). Jadi, tak perlu beli/bawa diaper yang khas untuk swim tu ye.


Taman air ni pun quite besar dan menarik. Banyak permainan juga. Tapi, saya takde foto nak tunjuk sebab semua barang saya sumbat dalam locker hehehe...

Apa-apapun, memang seronok pergi Legoland ni. Cuma yang tak seronoknya, panas giler. Kan best kalau Malaysia ni 4 musim. Nescaya, saya akan ke Legoland pada musim luruh dan musim bunga sahaja. 


Sekian. 

2 comments:

Farha IbuCergas said...

bestnya!! rasa nak pegi sgt2. dok kemaruk blogwalking pasal legoland ni

weezana said...

Best Farha, cuma panas hehehe:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...