Sunday, January 17, 2016

Balifeel Platter di Balifeel (feeling macam kat Bali)

Assalamualaikum...

Saya tak pernah sampai ke Bali. Masa tahun 2011, dah beli tiket pergi balik dan book hotel untuk 4 malam di Bali. Malangnya, saya terkena chicken pox. Maka, burn lah tiket dan penginapan tersebut. Makanya lagi, sampai sekarang tak dapat nak gi Bali. Itulah, kita ni manusia biasa, hanya mampu merancang....



Namun begitu, saya dah beberapa kali makan di Balifeel (Bangsar South). Kunjungan yang terbaharu, saya cuba set `Balifeel Platter'. FYI, set ni memang yang paling hebat di restoran ni. Jangan order set ni kalau datang sorang dua. Tak terhabis nanti. Set ni sesuai untuk 4-5 orang. Kalau jenis makan tak banyak, boleh makan 6 orang pun hehehehe...



Set ni memang heaven sebab ada macam-macam. Ada ayam goreng (half chicken), daging, stuffed crab, sotong goreng rempah, ikan goreng (tak tau kenapa ikan goreng ni sedap), popiah dan tempe. Tentu sekali kena makan dengan nasi dan dilengkapi dengan sambal yang lazat. 



Set ni berharga RM88.00. Kalau kongsi okey lagi. Sesekali makan besar, apa salahnya. Reward untuk diri sendiri. Especially on the cheat day (ke hari-hari memang cheat day hehehehe). 

Dah habis makan 

Selain daripada Balifeel Platter, ada beberapa set lagi yang boleh anda pilih seperti Jimbaran Seafood Platter atau Idaman Balifeel.  Kalau datang sorang, orderlah set yang simple-simple atau ala-carte. Ada je yang belas2 ringgit sahaja. Ikutlah poket masing-masing. 

Again, sesekali apa salahnya.

Sekian. 

4 comments:

Zaila Hafni said...

Best platter ni kalau share reramai ni. Saya penah pegi restoran bali kat sunway pyramid je. Next boleh try sini pulak...

weezana said...

oh, kat sunway pyramid pun ada ye... :)

nurulhaiza said...

sunway tu bkn balifeel kak wiz, kat sunway tu ole bali kalau xsilap nurul

balifeel ada 1 lagi dkt quill city mall

weezana said...

okey nurul.. noted with thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...