Wednesday, December 30, 2015

Masak Simple je.. Kacang Buncis, Udang & Telur

Assalamualaikum.. 



Hari ni saya nak share resepi sangat simple tapi sedap. Sesuai untuk orang malas dan tak berapa ada masa (macam saya). Disarankan, gunalah udang saiz besar untuk rasa yang lebih wow.

Bahan-bahan

5-6 ekor udang saiz besar
2 biji telur ayam (kacau dalam mangkuk)
2 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 batang cili merah (hiris)
15 - 20 batang kacang buncis (potong pendek dan serong)
Garam dan serbuk perisa secukup rasa


Cara-cara 

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris sehingga berbau wangi. 



Masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.



Masukkan kacang, kacau lagi. Goreng kacang tu ikut kadar yang disukai. Kalau suka makan lembik, goreng le lama sikit. 



Masukkan telur, kacau. Masukkan garam dan serbuk perisa. 



Senang kan?

Sekian. 

Thursday, December 24, 2015

Formal Wear for Muslimah

Assalamualaikum....

Kalau anda mencari pakaian pejabat yang cun dan sopan, jom baca entry ni.

Seperti juga wanita-wanita Malaysia yang lain, saya juga suka memblogwalkingkan diri. Kalau ada masa terluang, shopping online memang salah satu cara nak release tension. Ada beberapa web shopping yang saya suka. Salah satunya, formal wear for Muslimah. Link yang saya beri ni untuk fesyen-fesyen muslimah.


Terdapat pelbagai koleksi menarik seperti kemeja, slacks, skirt dan dress. Cantik-cantik dan cun. Takdelah nak pakai baju kurung saja. Hasil daripada mix n match, boleh dapat kombinasi yang memang menawan. Contoh kat bawah:


Berani & Agresif


Blouse dan slacks. Nampak moden, bergaya, berani dan agresif. Gabungan putih dan hitam, saya memang suka. Tak tahulah kenapa lately saya suka dengan putih + hitam.


Jubah pun sekarang ni jadi fesyen yang ramai suka. Jubah moden memang cun dan sopan sangat untuk ke pejabat. Nampak elegan dengan warna hitam.  


Sopan & Elegan



Paling saya suka, fesyen skirt labuh dengan blouse. Sebab senang nak mix n match. Pastu, kalau kerja ngan gov, lebih kurang nampak macam kita pakai baju kurung moden. Walaupun hakikatnya, kita pakai blouse dan skirt labuh. Kalau lepas kerja ada event, boleh je terus pakai baju yang sama. Tetap nampak feminin dan bergaya. 


Nampak feminin


Last but not least, gaun labuh kembang pun akan menambahkan ke`cun'nan anda.  Anda akan lebih menyerlah ketika menghadiri mesyuarat. Nampak macam princess. Pun samalah, 2 in 1.. Boleh pakai meeting dan event. Sopan dan cun dari pagi ke malam.


love this!


Sekian.

Tuesday, December 22, 2015

Makanan Kelantan di Belanga

Assalamualaikum...

Lama kan tak update pasal makanan? Hmmm... 



Kebetulan hari ni saya lunch di Mid Valley. Pusing punya pusing (sebab tak tau nak makan apa), entah macam mana langkah terhenti depan Belanga Cafe. Entah macam mana juga, langkah tersebut diteruskan, masuk ke dalam Belanga Cafe.

Seriusnya, tak tahu apa menu yang ada. Tapi, daripada namanya, rasa-rasa memang makanan Melayu. Tekaan tersebut sungguh tepat. Lebih presicenya, makanan Kelantan.

Nasi Dagang Ikan Tongkol


Signature dish kat sini, tentunya Nasi Dagang dan Nasi Kerabu. Jadi, memang dua menu itulah yang saya dan bff pilih. Dialog seperti berikut:

Saya: Nasi Kerabu Ayam ya.
Belanga: Satu.
Saya: Ya. Nasi kerabu satu, nasi dagang satu.
Belanga: Kuning ke Biru?
Saya: (berkerut keningku) Ha?
Belanga: Nasi kerabu tu. Nak kuning ke biru?
Saya: (dalam hati: Ada ke nasi kerabu kaler kuning?) Hmm.. Biru.
Belanga: Ok. 

Jadi, nasi kerabu yang sampai memang kaler biru... as usual ler...

Nasi kerabu


Harga makanan kat sini memang mahal kalau nak dibandingkan pasar malam. Tapi, memang tiptop dan menyelerakan. Kalau nak bawa aweks, memang sesuai sangat. 

Awek yg dibawa


Saya sempat jeling-jeling tengok orang lain makan apa. Menu yang menarik perhatian saya ialah `Nasi Tumpang'. Malangnya tak ambil gambar. Yelah, kang marah pulak orang yang tengah makan tu. Mungkin kalau sekali lagi ke sini, leh la cuba nasi tumpang pula. Macam unik je gitu. 

Akhir kata, Belanga Cafe ni terletak di Lot LG 230B The Gardens. Lebih tepatnya, dekat deretan kedai-kedai makan di LG antara Mid Valley dengan The Garden.



Sekian.



Friday, December 11, 2015

Balang Cinta (31 Nota Romantik + 31 Hari)

Assalamualaikum...




Novel ini manuskrip pertama saya yang diterbitkan. Terima kasih kepada Jemari Seni atas kesudian menerbitkan karya ini.

Kepada yang suka cerita bergenre romantic sweet, saya syorkan bacalah `Balang Cinta' ni. Kisahnya tentang Khyra yang impikan suami romantik. Malangnya, dia dipertemukan dengan Firas, engineer yang sangat kayu. FYI, engineer memang payah nak cari yang romantik. 

Hampir pula, Khyra tak nak kahwin dengan Firas. Tapi disebabkan tak nak merumitkan keluarga, Khyra teruskan juga. Almaklum, segala-galanya diatur oleh abang ipar dan kakak sepupu Khyra (Shamsul dan Ernieza).

Menyedari Firas memang langsung tak romantik, Shamsul dan Ernieza menghadiahkan `Balang Cinta' sebagai hadiah kahwin buat Firas dan Khyra. Dalam balang tu ada 31 Nota Romantik. Nota tu bukan nota saja-saja. Tapi, Firas dan Khyra kena selesaikan semua tugasan nota tu dalam masa 31 hari.

Tugasan tu kena buat berselang-seli. Kalau hari ni Firas, esok Khyra pula. Jadi, sepanjang 31 hari tu, macam-macam adegan romantic sweet yang berlaku. Yelah, Firas dah ler sengal. Khyra pulak expectation tinggi. 



Novel ni sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang nak lembutkan jiwa. Harus disimpan di rak buku setiap isi rumah terutamanya bagi pasangan suami isteri. Kalau gaduh tu memang sesuai pilih salah satu tip untuk pujuk pasangan masing-masing.

Kepada yang jiwa tak romantik tu, dua perkara mungkin akan berlaku pada anda setelah menghabiskan bacaan novel ini:

1. Tetiba je rasa macam romantik.
2. Hairan kenapa mesti jadi romantik

Kepada yang nak bertanya apa-apa, boleh hubungi saya di : weezemilia@gmail.com

Happy reading!


Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...