Saturday, September 19, 2015

Nasi Kabsah Kambing.. (guna Rempah Kabsah Chef Ammar)



Assalamualaikum...

Hari tu kan masa pergi Pasaraya Giant, mata saya tertarik dengan susunan botol-botol rempah. Yelah sebelum ni tak pernah nampak pun botol-botol rempah macam tu. Maka, saya pun mulalah membelek botol-botol rempah tersebut. Rupa-rupanya, inilah rempah Chef Ammar.



Kenal ke tak kenal?

Ok kalau tak kenal, saya kenalkan sedikit. Sapa-sapa yang rajin tengok Al-Hijrah, pasti kenal dengan Chef Ammar ni. Sebab ada program masakan Arab/Mediterranean yang bertajuk, "Masak dari Hati, Masak dengan Iman'.

Saya ada tertengok juga program ni. Tapi, bila dengar Chef Ammar ni sebut bahan-bahan yang digunakan, kepala saya jadi pening. Yelah, kat mana pulak saya nak cari bahan-bahan yang complicated dan berbunyi Arab tersebut. Maka selalunya, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja. Dalam hati pula, berangan-angan nak buat pelbagai resepi masakan Arab yang nampak awesome sungguh!

Justeru, apabila secara tidak sengaja bertemu dengan pelbagai botol rempah Chef Ammar, apa lagi yang perlu ditunggu?!

Selepas membelek-belek dan membulatkan hati (tak tahu nak pilih yang mana satu!), akhirnya sebotol rempah Kabsah Chef Ammar saya ambil dari rak. Bayar dan bawa balik. Jeng.. Jeng.. Jeng...



Bahan-bahan

500gm beras basmathi
700gm daging kambing
3 1/2 sb rempah kabsah Chef Ammar 
(rempah ni ada lebih banyak, boleh repeat banyak kali)
1/4 cwn minyak masak
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2sb tomato paste
sedikit daun ketumbar
garam secukup rasa
2sb minyak sapi 
2 cwn air


Cara-cara

Masak nasi dalam periuk nasi (macam masak nasi biasa ler...)

Dadukan bawang besar dan bawang putih (saya kisar sebab tak suka bawang cincang hehehe). Panaskan minyak dalam periuk atau kuali, tumis bawang sehingga naik bau. 



Masukkan rempah kabsah, gaul sebati sehingga naik bau.



Masukkan daging, kacau dua minit. Masukkan air, kacau sebati dan tutup periuk. Biarkan sehingga daging masak (empuk). 




Masukkan tomato pes, kacau seketika. 




Masukkan garam secukup rasa (biar masin sedikit sbb nanti nak gaul dengan nasi) dan biarkan kuah menjadi pekat dan agak kering.

Dah nak kering

Just nice lerr ni


Nasi yang dah masak tadi, titik-titik sedikit pewarna kuning. Gaul sebati pula dengan minyak sapi.



Lepas tu masukkan nasi dalam periuk kambing. Letak daun ketumbar yang telah dihiris dan gaul sebati.



Dah siap


FYI, selain daripada rempah kabsah, Chef Ammar juga ada keluarkan rempah-rempah lain seperti Mandy, Bukhari, Briyani dan Bukhara. Ada juga pilihan rempah, yang dijual bersekali dengan beras basmathi. 

Nasi Kabsah Kambing :)


Selamat mencuba! Masak dari Hati... Masak dengan Iman... <3

Sekian.