Friday, June 26, 2015

Kek Butter Marble (Pineapple Flavor) untuk hari jadi sahabatku..

Assalamualaikum...

Kalau kita nak bagi kawan kita kek hari jadi, tak semestinya kita bagi sebiji kek. Kalau beli di kedai-kedai kek (secret recipe contohnya), boleh je beli satu slice kek sahaja untuk bf kita tu. Justeru, sama juga kalau kita baking sendiri. Boleh bagi beberapa slices. Asalkan cantik dan comel.

comel tak?


Aroma kek butter yang harum pastinya menawan hati penerima kek ni. Resepi adalah seperti di link ini.  Pastinya, kreativiti waktu mencorak adunan diperlukan. Kalau tak kreatif pun takpe, campak-campakkan dan tompok-tompokkan sahaja. 

sebelum

selepas


Potong comel-comel...




Sekian. 


Tuesday, June 23, 2015

Asam Rebus Udang (Cepat dimasak, sedap dimakan)

Assalamualaikum...

Ini adalah entry yang patut disiarkan sebulan yang lepas. Sebabnya, saya masak resepi ni sebulan yang lepas. Oleh kerana kejujuran tersebut, tidaklah saya mahu meletakkan tajuk entry ini `Iftar 2015'. Jika dilihat pada foto-foto, saya masih memasak di dapur rumah lama (bukan white zone).



Jujurnya juga, saya tak pernah masak `Asam Rebus Udang'. Tak pernah terfikir pun. Dan sebenarnya, Mr. Hubby yang request masakan ni. Katanya, masakan ala-ala kampung dia gitu....

Sebab saya gunakan udang harimau, jadi, memang sedap rasa masakan ni. Rasa masam, manis dan pedas-pedas sikit. Yang penting amat mudah disediakan dan cepat dimasak. 



Bahan-bahan

3 ekor udang harimau (boleh guna udang lain pun)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas cili padi (hiris)
Sebatang serai (ketuk)
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perisa kalau suka


Cara-cara

Panaskan air dalam kuali/periuk sehingga mendidih. Masukkan serai dan asam keping. 



Masukkan bawang yang telah ditumbuk. Biarkan seketika.



Masukkan cili padi. Selepas itu baru masukkan udang. Kacau sesekali sehingga udang masak. Masukkan garam secukup rasa. Boleh masukkan serbuk perisa, kalau suka.




Kalau udang dah masak, maka dah masak ler asam rebus udang ni. Cepat kan?



Sekian.

Monday, June 22, 2015

Puding Roti (bersos kastard) untuk Iftar 2015

Assalamualaikum..

Semalam Mr. Hubby minta saya buat dessert. Katanya, terasa nak makan benda manis. Saya pun tanya, nak makan puding ke? Dia jawab, nak makan puding roti. 



Maka, tajuk entry kali ni, `Puding Roti bersos kastard'. 

Sebenarnya juga, saya pernah post resepi Puding Roti bersos kastard sebelum ni. Bezanya kali ini saya buat separuh adunan. Jadi, tak le dapat banyak. Cukup-cukup untuk jadi pembuka selera. Kalau buat banyak, nanti banyak ler pula makannya.

Saya berpendapat, half portion ni lebih ideal untuk 3-4 orang makan. Kali ini juga, saya guna susu segar sahaja dan tambah choc chips (ganti kismis).


Bahan-bahan

A
4 keping roti Gardenia
Susu segar 250ml 

B
1 sudu besar mentega dan cairkan atas api 
2 sudu besar gula halus
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar chocolate chips
sedikit kepingan badam untuk ditabur di atas puding

C (sos kastard)
1/2 cwn susu segar
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard


Cara-Cara

Koyak roti dan rendam dengan susu segar selama 30 minit.


rendam 30 minit


Bahan B (kecuali choc chips dan badam) kacau dan gaulkan hingga sebati dan kemudian tuang ke atas roti yg direndam tadi. 




Kemudian taburkan choc chips dan badam atas adunan tadi.



Bakar selama 20 minit atau sehingga masak, api 180 darjah celcius. Masa tengah panas, memang puding ni naik. Tapi bila dah sejuk, dia turun sendiri. Moralnya: Jangan panik:D

masa bakar, puding naik dengan cantik


Kuah kastard pula, cuma campurkan Bahan C dan masak atas api sederhana hingga agak pekat. Tuangkan ke atas puding roti tadi apabila nak makan. Boleh dimakan semasa panas ataupun sejuk. 




Nota: Kalau kuah kastard tu macam pekat sangat masa nak makan, tambah sedikit susu segar dan kacau sebati. Cair ler sedikit jadinya. 

juadah berbuka...


Sekian. 

Friday, June 12, 2015

Butter Strawberry Cheesecake

Assalamualaikum..

Sebenarnya saya ada pot luck hari ni. Tapi, saya memang tak sempat nak fikir atau beli apa-apa. Saya juga tak tahu sama ada saya ada bahan untuk masak sesuatu. Maka, setelah menyelongkar stok, terhasillah jua sebiji kek yang agak comel dan comot rupanya.

Kek hasil bangun pukul 2 pagi..
(edisi Mata Panda)


FYI, ini adalah kek pertama yang dibakar di dapur `white zone' saya. Ya akhirnya, white zone ini berbau keharuman kek yang dibakar....

Resepi yang saya guna sebenarnya saya pernah buat sebelum ni. Cuma, sebelum ni saya guna Cherry filling. Jadi nama kek tu Butter Cherry Cheesecake. Sebab kali ni saya guna Strawberry filling, jadi nama kek berubah secara automatik. Butter Strawberry Cheesecake lah nampaknya. 


Bahan-bahan

200 gm butter
250 gm cream cheese
250 gm gula kastor
5 biji telur
250 gm tepung gandum
1 sk esen vanilla
1 sk baking powder 

Beberapa biji buah Strawberry (dalam tin, saya guna yang dikhususkan untuk pie filing)

Cara penyediaan

Pukul butter, krim keju dan gula hingga sebati.



Masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanilla. Putar lagi.




Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga sebati.




Adunan yang siap dimasukkan dalam loyang pilihan (saya pakai loyang bulat 8 inch) dan susun strawberry filling atas adunan.




Bakar adunan dengan suhu 165 darjah selama 60 minit atau sehingga masak kerana kepanasan setiap oven adalah berlainan. Kalau cucuk tengah, tak melekat, maksudnya dah masak. 

White Zone Kitchen

Dah masak


FYI, sebab saya guna loyang 8 inci yang tinggi, maka waktu pembakaran agak lebih. Dalam 1 jam 20 minit. 



Boleh makan kek sambil dengar lagu...

I made the decision that I can’t be with you...
I came out the door, but I already miss you...

Saya pun tak pasti, sedap ke tak kek kali ni. Saya terlupa nak rasa sebab banyak makanan lain. Normallah kalau teruja nak makan masakan orang lain kan? agaknya sedaplah kot, sebab tengok macam dah abis hehehe...

Akhir kata, cantikkan design cake stand ni? :D



Sekian. 

Monday, June 8, 2015

Awesomenya Kluang! (Edisi Putu Bambu Juriah Part II)

Bersambung dari Part I

Selepas bergembira di Stesen KTM Kluang, barulah kami ke destinasi rasmi iaitu INTAN Wilayah Selatan (IKWAS) yang mana kami akan berkampung selama 3 hari 2 malam. Maka bermulalah sesi perah otak dan perah otak.






Bagi mengurangkan stres, esok petangnya, kami mencari ketenangan fikiran dengan keluar dari pagar IKWAS. Destinasi dituju ialah di Ayer Hitam. Nak cari kopi lagi ke?

Tak. Kali ni kami nak cari putu bambu. Rupa-rupanya ada putu bambu awesome di sini. 



Nasib baiklah kami pergi ni weekdays. Katanya kalau weekend, beratur nak beli Putu Bambu Juriah ni. Best sangat ke putu bambu kat sini?

Putu bambu panas-panas




Jawapan: Memang best. Lembut, wangi, sedap dimakan panas-panas.



Selain daripada Putu Bambu, ada makanan-makanan JDT yang susah/mahal untuk dicari di negeri lain. Apa tu? Jom kita tengok, apa yang ada...

Telur pindang

Ini namanya sagun

Sebungkus sagun

Otak-otak

Sneak peak otak-otak

Mee bandung
cendol pun ada
(fyi, bukan eksklusif jdt hehehe)


Apa lagi yang ada di Kluang dan kawasan yang sekitar dengannya?

Jawapan: Macam-macam pun ada. Bila perut dah kenyang, boleh menyopink sampai pengsan. Sopink barangan dan sopink kerepek lagi.










Kesimpulan: Siapa kata Kluang takde apa-apa? Macam-macam je ada. Lagi best giler bila pergi dengan geng sekepala. Syok gitu... Jadi, lain kali kalau sampai di Kluang, saya dah tahu nak hala ke mana.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...