Thursday, May 28, 2015

Aku Tak Punya Hati...

Saya hadiahkan sebuah puisi melankolik untuk semua.. 

Kerana aku tak punya hati
Kerana aku tak punya perasaan
Aku disakiti
Seperti benar aku tak punya hati
Yang tidak boleh berkata tidak
Yang tidak mampu berkata ya
Kubiar bisu itu menjadi saksi

Sayangku dinafi
Seolah aku tak punya hati
Sedangkan hatiku ada di sini
Entahkan sedih entahkan kecewa
Tidak pernah dipeduli

Lantas
Kelirulah aku
Bertanya pada diri sendiri
Adakah aku punya hati?
Atau mungkin hatiku tiada di sini
Kerana disakiti berkali-kali… 



Tuesday, May 19, 2015

Udang Harimau di Pasar Basah KK

Assalamualaikum...

Kalau anda ke Kota Kinabalu (KK) dan ada sedikit semangat rajin, maka berkunjunglah ke pasar. Pasar? Ya, pasar.

Ada apa di pasar basah KK?

Jawapan: Ada banyakkkk makanan laut yang fresh!

Contoh?

Jawapan: Udang.

Udang je? Kat KL pun ada udang.

Jawapan: Udang harimau. Lobster juga. Kat KL memang le ada, tapi harganya... Hmmm.. Gigit jari jelah!

Persoalan seterusnya, besar sangat ke udang-udang di pasar basah KK ni? Jeng.. Jeng... Jeng.. Tengok foto kat bawah ye...

udang berbelang-belang

Pukul berapa datuk harimau?

Ada pelbagai lagi pilihan selera.




Makanan-makanan laut ni memang fresh. Pasar ni tepi pantai je... Nelayan bawak turun dan terus boleh jual.

Pemandangan dari pasar.



Untuk bawa pulang (naik flight) kena minta dibungkus. Kat pasar tu ada perkhidmatan bungkusan.


Kotak-kotak kami


Inilah rupa pasar basah KK... Dekat je dengan pasar Filipina. 



Ini pula rupa udang harimau yang dimasak kari... FYI resepinya, ikut jelah arahan kat belakang serbuk kari Babas (untuk ikan & udang).




Sekian. 



Sunday, May 3, 2015

Ikan Patin Masak Tempoyak di R&R Temerloh

Assalamualaikum...

Sebenarnya, kalau nak makan `Ikan Patin Masak Tempoyak' yang sedap, anda tak perlu bersusah-payah masuk ke Bandar Temerloh. Anda boleh dapatkan lauk yang awesome ini di Hentian R&R Temerloh (kedua-dua arah pun ada).

Ada tiga pilihan masak tempoyak iaitu Patin Buah (paling mahal dan berlemak), Patin Sangkar dan Baung. Ketiga-tiga jenis ikan ni memang sedap (disclaimer: untuk penggemar ikan masak tempoyak sahaja).


Ini yang paling mahal

Kalau order, dia bagi dalam mangkuk. Banyak kuahnya.

Bayar sebelum makan.

Ikan tu boleh pilih sama ada nak bahagian kepala, isi atau pun ekor. Harganya sama je, tanpa mengira bahagian. Selepas itu, makanlah dengan gembiranya.

Penuh meja.

Tiga-tiga jenis ikan pun ada.

close-up ekor ikan..

Kedai kat bawah ni yang saya singgah untuk makan.



Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...