Tuesday, March 31, 2015

Grilled Chicken Chop with Black Pepper Sauce (Guna Pemanggang Ajaib)

 
 
Assalamualaikum...
 
Kalau makan chicken chop, tulang ayam tu takde kan? Itu namanya, bahagian ayam tu telah di `debone' (buang tulang).
 
 
Maka, minggu lepas, saya try le tanya kat brother jual ayam kat pasar malam.
 
 
Saya:               Hmm.. Boleh tak kalau quarter chicken leg ni buang tulang?
 
Brother Chic:   Nak buat Chicken Chop ke?
 
Saya:               Ya, tepat sekali!
 
Brother Chic:   Boleh (mengangguk dengan senyuman mesra)
 
Maka, dapatlah saya membeli 4 keping quarter chicken leg yang telah dibuang tulang (debone). Pilihan seterusnya adalah sama ada nak buat chicken chop bergoreng atau pun grilled... Jeng jeng jeng...  
 
Lepas belek punya belek resepi, saya pun bertanya kepada Mr. Hubby...
 
Saya:            Nak makan Fried Chicken Chop ke Grilled Chicken Chop?
Mr. Hubby:    Dua-dua pun boleh (buat muka malas nak jawab)
Saya:            Huh..... (baik tak yah tanya)
 
Maka, keputusan veto dibuat, mari masak Grilled Chicken Chop!
 
 
Bahan-bahan (Resepi adaptasi dari Linapg)
 
4 keping quarter chicken leg (buang tulang)
1/2 kiub ayam
2sb sos tiram
2sb kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 inch halia (tumbuk kasar)
1 sk lada hitam (tumbuk kasar)
sedikit serbuk lada putih (kalau takde, takpe)
sedikit minyak zaitun
 
Cara-cara
 
Bersihkan ayam, tos dan lap ayam (jangan basah sangat ler...). Letak atas pemanggang ajaib.
 
 
 
Lumur ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun.
Minyak zaitun renjis kemudian (percik-percik gitu supaya ayam tak kering)
 
 
 
Kalau ikutkan resepi asal, Linapg perap semalaman (which is memang bagus dan rajin). Tapi saya ni kan memang malas dan nak cepat, jadi saya tak perap pun. Terus sahaja masak ayam ni (aka perut dah lapor). Sila guna api biasa-biasa je. Jangan kecik sangat dan janganlah besar sangat. Kalau nak dapat warna cantik atas dan bawah, kena terbalikkan pemanggang ajaib anda atau terbalik ayam di dalam pemanggang tersebut. Suka hati, asalkan anda gembira. Panggang di atas dapur sehingga ayam masak.
 
 
 
Bahan-bahan untuk Black Pepper Sauce
(saya dapati hasilnya banyak, lain kali saya akan buat 1/2 adunan sahaja)
 
1 labu bawang besar (Holland) - kaler kuning tu (cincang, tapi saya kisar)
4sb tepung gandum
1 kiub ayam
2sb sos tiram
2sb kicap manis
2sb lada hitam (tumbuk kasar)
4sb sos lada hitam
3 cawan air atau lebih
Sedikit oregano
2sb mentega
 
Cara-cara
 
Panaskan sauce pan (Periuk). Cairkan mentega. Tumis bawang sehingga layu (tapi jangan sampai hitam).
 
 
 
Masukkan lada hitam yang ditumbuk. Kacau. Masukkan tepung gandum. Sentiasa kacau elakkan bergentel.
 
 
 
Masukkan air dan pati ayam. Kacau sebati. Linapg kata guna hand whisk lagi senang tapi saya tak nak pakai hand whisk sebab nanti periuk saya rosak hehehe... Masukkan sos tiram, sos lada hitam dan kicap. Kacau sebati. Kalau pekat sangat, sila tambah air. Masukkan oregano. Biarkan atas api sebentar. kalau nak warna lebih gelap, sila tambah kicap.
 
 
 
Dan, kalau sos anda bergentel, jangan bimbang, tos sahaja guna penapis nanti. Yang tak berjaya melepasi penapis tu, buangkan sahaja. Rasanya tetap sama, sedap gitu...
 
 
 
Akhir kata, saya makan dengan kentang goreng (goreng sendiri taruk garam dan kunyit) dan sedikit kubis bunga yang direbus (taruk garam dan serbuk perisa sikit).
 
 
 
Budak-budak tak perlukan sos black pepper tu pun sebab perisa ayam tu memang dah sedap dan cukup rasa. Maksudnya, kalau malas nak buat sos dia, takyah buat pun takpe. Dah sedap sangat pun.
 
Tangan kecik nak amik ayam
 
 
Selamat mencuba dan tak rugi mencuba. Dapur anda akan menjadi awesome dan Western gitu.
 
letak black pepper sauce
 
 
 
Sekian.

Monday, March 23, 2015

Avillion Port Dickson.. 11th Anniversary Celebration (We are the best team!)

Assalamualaikum.
 
 
 
Tahun ini setahun lagi bertambah usia perkahwinan kami. Tahun 2015 ini adalah tahun ke-11 untuk kami raikan. Dan tahun ini,  pasukan kami semakin bertambah jumlah ahlinya iaitu 2+3 = 5.
 
Oleh kerana tahun ni komitmen kewangan agak meruncing (macam-macam hal nak kena bayar, dah le GST coming very-very soon ni!), kami sambut di dalam negara sahaja. Malah, kami tak ke pulau-pulau pun dek kerana ke arah penjimatan petrol kereta, kadar tol dan tambang bot/feri.
 
Namun begitu, kami sedaya-upaya memilih lokasi yang agak cantik, meski pun tidak mungkin dapat setanding Maldives (giler kalau nak setanding?!). Justeru, resort pilihan adalah Avillion Port Dickson. FYI, kali ini kami bawa satu team atas faktor dekat dan memeriahkan suasana. We are family isn't it? hehehe :D


 
Ini first time saya dan bebudak ke Avillion PD. Tapi, Mr. Hubby dah pernah pergi. Katanya untuk bermesyuarat dua tahun yang lalu. Di sini ada beberapa pilihan bilik. Pada dasarnya ada dua jenis penginapan iaitu atas air dan atas tanah. Perbezaan jenis bilik seiiring dengan perbezaan harga. Kalau beli di website, bilik tak termasuk dengan breakfast. Jadi, kalau nak buffet breakfast kena bayar tambah atau sila beli roti Gardenia siap-siap.
 
Apa yang best kat resort ni ek?
 
Suasana di sekitar Avillion PD ni memang cantik. Villa/Chalet berdasarkan reka bentuk tradisional.
 




 
 
Pemandangan juga cantik. Ada beberapa point untuk lookout.

Acheh Lookout

Ada Spice Farm dan Orchid Hut.




Kami menginap di Water Chalet. Ada dua katil + satu pangkin daybed. Setakat ni muatlah untuk kami satu team. Mungkin 10 tahun lagi, dah kena ambil family room atau ambil yang two bedrooms.
 
 
 
Bilik mandi yang luas. Ada tub mandi, tandas asing dan rain shower. Showernya pula, berkonsepkan langit terbuka. Nasib baik, takde orang lalu-lalang. Cuma ada burung-burung sahaja yang berterbangan sekali-sekala :D
 
Bath tub

Shower

Atas tempat shower.. Open sky gitu

Kelengkapan mandi-manda

Kalau kat atas open sky,
yang ni open water lah kot namanya :D
 
 
Kat luar bilik ada beranda untuk melepak. Cuma, tak boleh nak terus terjun mandi laut. Bolehlah untuk lepak-lepak menikmati suasana perairan Selat Melaka.

menikmati bayu yang bertiup...
 
 
Budak-budak, biasalah.. Kolam renang memang itu je yang dorang rasa teruja sangat-sangat. Yang bestnya, kolam renang kat Avillion PD ni ada dua jenis. Pertamanya untuk orang dewasa sahaja.
 
Adult Pool
 
Keduanya untuk family. Pool ni bersebelahan dengan Kid's Pool. Di Kid's Pool tu siap ada slide yang besar (foto tak sempat nak ambil).  Dan kolam ni dibuka 24 jam! Wah, berjam-jam le bebudak boleh mandi.  
 
Dua budak yang tak sabar nak berenang

Riang-ria di Family Pool

Kolam-kolam kecil ala-ala jakuzzi

 
Mandi sampai matahari pun dah nak terbenam...
 
baby dah penat sangat
Senja

 
Selepas makan malam, budak-budak sibuk nak ke Kid's Cabin. Ada macam-macam aktiviti yang boleh dibuat di situ. Ada taman permainan kecik kat sebelah Kid's Cabin ni.

Main Building Blocks

Sand art

Adik-beradik yang tekun

menayang hasil kreativiti

Malam berakhir dengan blockbuster terbaru bertajuk, `The Curious Case of Rizqy Najwan' :D
 























Esok paginya, sama jelah aktiviti mandi-manda. Dan pukul 10 pagi ada aktiviti Petting animals... Budak-budak bandar, at least dorang boleh tahu macam mana rupa ayam dan arnab yang sebenar.


bagi makan binatang ternakan



Ayam tengah mengeram

Burung

Kura-kura


Acara kemuncak iaitu Pinky Jersey Team akhirnya tiba jua..



We are the best team at all.. We are the best team in the world... Happy 11th Anniversary!

2 +3 = 5
happy!

Nak balik dah...


Sekian.  

Tuesday, March 17, 2015

Sotong Goreng Tepung yang memang Rangup.. Krup.. Krup...

Assalamualaikum...

Kadang-kala ada resepi yang mudah tapi terlupa pula saya nak cuba buat sendiri. Selalunya, faktor kelupaan ini disebabkan beberapa perkara:

1. Ingatkan susah, rupa-rupanya senang.
2. Senang nak cari kat restoran.
3. Bahan tak cukup.
4. Takde idea nak masak macam mana.

sotong goreng tepung rangup ala restoran


Maka, sebelum ni saya tak pernah cuba buat sendiri `Sotong Goreng Tepung Rangup'. Entah macam mana last weekend, terasa nak google resepi masakan ni. Dan rupa-rupanya... Faktor nombor 1 kat perenggan atas nun... Ingatkan susah, rupa-rupanya senang je masak `Sotong Goreng Tepung Rangup' ni.

Resepi ni saya ambil dari Dapur Mamasya. Memang sedap resepi ni dan tak susah nak buat. Saya buat separuh daripada portion resepi Mamasya. Dan sebenarnya tak cukup. Patut buat je 1/2 kilo sotong. Sedap sungguh diratah atau dimakan dengan nasi.. Krup.. Krup.. Bunyinya.

Bahan-bahan (saya buat separuh je dari resepi di bawah)

Bahan A
1/2kg sotong potong bulat (lepascuci, tos sotong ni.. lagi xde air, lagi bagus)
1 biji telur
4 sb tepung kentucky (saya pakai jenama Kijang)

Bahan B
2sb tepung beras
2sb tepung Kentucky
2sb tepung gandum
1sk serbuk lada hitam
secubit garam


Cara-cara
Bahan A - Gaul tepung Kentucky dan telur hingga sebati. Kemudian gaulkan sotong ke dalamnya. Ketepikan.


dah digaul sebati


Bahan B - Gaul rata semua bahan. Panaskan minyak (guna minyak banyak). Ambil sikit-sikit sotong (ambil satu-satu lagi ok) yang telah digaul dengan bahan A tadi, gaul atas bahan B rata-rata. 




Goreng di dalam kuali sampai garing. Jangan goreng sekali banyak. Sikit-sikit sudah dan jangan goreng lama sangat. Just nice gitu.

kalau guna minyak lagi banyak, lagi bagus
(saya goreng versi jimat minyak)

Of course le kena makan panas-panas. Gerenti digemari ramai.



Sekian. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...