Thursday, December 24, 2015

Formal Wear for Muslimah

Assalamualaikum....

Kalau anda mencari pakaian pejabat yang cun dan sopan, jom baca entry ni.

Seperti juga wanita-wanita Malaysia yang lain, saya juga suka memblogwalkingkan diri. Kalau ada masa terluang, shopping online memang salah satu cara nak release tension. Ada beberapa web shopping yang saya suka. Salah satunya, formal wear for Muslimah. Link yang saya beri ni untuk fesyen-fesyen muslimah.


Terdapat pelbagai koleksi menarik seperti kemeja, slacks, skirt dan dress. Cantik-cantik dan cun. Takdelah nak pakai baju kurung saja. Hasil daripada mix n match, boleh dapat kombinasi yang memang menawan. Contoh kat bawah:


Berani & Agresif


Blouse dan slacks. Nampak moden, bergaya, berani dan agresif. Gabungan putih dan hitam, saya memang suka. Tak tahulah kenapa lately saya suka dengan putih + hitam.


Jubah pun sekarang ni jadi fesyen yang ramai suka. Jubah moden memang cun dan sopan sangat untuk ke pejabat. Nampak elegan dengan warna hitam.  


Sopan & Elegan



Paling saya suka, fesyen skirt labuh dengan blouse. Sebab senang nak mix n match. Pastu, kalau kerja ngan gov, lebih kurang nampak macam kita pakai baju kurung moden. Walaupun hakikatnya, kita pakai blouse dan skirt labuh. Kalau lepas kerja ada event, boleh je terus pakai baju yang sama. Tetap nampak feminin dan bergaya. 


Nampak feminin


Last but not least, gaun labuh kembang pun akan menambahkan ke`cun'nan anda.  Anda akan lebih menyerlah ketika menghadiri mesyuarat. Nampak macam princess. Pun samalah, 2 in 1.. Boleh pakai meeting dan event. Sopan dan cun dari pagi ke malam.


love this!


Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...