Sunday, September 13, 2015

Syoknya Breakfast di Restoran Tok Keramat Jitra

Assalamualaikum...

Minggu lepas saya berpeluang ke Utara tanah air. Pertamanya, saya nak ucap ribuan terima kasih kepada pihak Pengurusan Berita Ehwal Semasa RTM kerana sudi menjemput saya ke Permukiman mereka di TH Hotel & Convention Centre Alor Setar. Saya amat berbesar hati dapat bersama-sama warga BES ni.. yelah kan, di BESlah tempat saya lahir dan belajar bertatih sehingga pandai berjalan. 

Keduanya, entry ni saya nak cerita tentang betapa syokkkkknya menikmati juadah sarapan pagi di Utara. Lebih precisenya, di Restoran Tok Keramat, Jitra. 

Dalam van ke restoran

Wefie sebelum masuk.


Apa yang syokkk sangat tu? Jom kita tengok....

Ada banyak lauk-pauk

Telur sotong besar-besar.. seketul cuma RM1!

Lauk-pauk lagi...

Roti canai Melayu

Cekodok pisang besar syiling 2 kupang

Yummy!

Sepiring RM2
Nasi lemak kukus

Ikan goreng garing

Tu dia.. Penuh meja

Pek Nga

Ubi yang diclose-up kan

Makan pek nga dengan ikan kari
(seekor ikan pulak tu!)

Roti canai dan roti jala

Ayam bakaq pun ada

Pilihannya memang macam-macam. Memang membuka selera dan menggembirakan sesiapa yang suka makan.

Bos2 yang jelita

Breakfast yang menggembirakan selepas tazkirah

Akhir kata, kalau ke Alor Setar, singgahlah makan kat sini; Breakfast atau pun lunch. Info seperti berikut:

Jalan Tok Keramat(Jalan Ilmu), Kg Tok Keramat, 06000 Jitra, Kedah, Malaysia
Telefon:019-476 7388
Waktu:
 
 7:00 PG – 5:00 ptg

Wefie selepas kenyang


Sekian. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...