Sunday, September 20, 2015

Laksa Ikan Sekoq (boleh tambah free lagi!) kat Mergong, Kedah.

Assalamualaikum...

Restoran `Laksa Ikan Sekoq'


Agak lambat juga saya post entry ni. Bukan sebab apa, tapi sebab puas saya cari alamat restoran `Laksa Ikan Sekoq' ni. Rupa-rupanya, restoran ni baharu dibuka. Sebelum ni `Laksa Ikan Sekoq' ni berniaga di gerai. Jadi, pencarian saya tidak bertemu jua jawapannya. Apa yang boleh saya beritahu, restoran ni memang popular dan terletak di Jalan Gangsa, Mergong (semoga blogger-blogger selepas ini, dapat berikan alamat serta kordinasi yang tepat).

Walau bagaimanapun, jika anda mahukan yang terbaik. Jangan jadikan kurang informasi sebagai penghalang pencarian anda. Bukankah malu bertanya, sesat jalan. Maka, saya percaya, sekiranya anda berada di Mergong, anda pasti akan bertemu jua restoran ini sekiranya bertanya kepada orang tempatan. 

sila abaikan iklan tak berbayar `Falken' kat belakang tu :D


Kenapa restoran ni best?

Sebab ikan dia seekor. Seekor di dalam setiap pinggan. Ya, ikan kembung aka temenung rebus di dalam pinggan. Bukan sahaja ikan, siap boleh order special letak udang lagi. 




Ye ke?
Iye! Bukan itu saja, kalau tak cukup, boleh tambah pulak tu! Tapi bukan boleh tambah ikan ye, tambah laksa sahaja hehehe. Tambah ikan pun boleh, masih dengan harga yang amat berpatutan.

Hmm.. Laksa tambah percuma ke?
Iye! Percuma! Kenapa tak percaya ke? :D

Pergghh... Kuah laksanya memang sedap dan cukup rasa. Kenyang giler (tanpa perlu menambah). Disclaimer: Kalau kuat makan, mungkin perlu tambah ler.. ikut saiz perut. 

Selain daripada laksa, boleh order Pek Nga juga. Pek Nga pun dapat sekoq ikan kembung kari tau! Tidak perlu dihuraikan kesedapannya. Memang heaven makan kat Aloq Setaq ni.



Panas-panas

Kami juga minum laichi kang dan cendol sebagai pelengkap selera.



Akhir kata selepas makan, kami bergambar kenang-kenangan di Istana Anak Bukit. Hepi.. Hepi dan hepi...

kak nab, DASO, cik ana, me n kak hanim.


Sekian.


5 comments:

lia ummiirfan said...

yeay! minggu ni balik kampung boleh pekena.. :))

weezana said...

pastikan restoran tak tutup ye.. almaklum raya haji :D

Rizziela said...

erk..x pernah lg makan laksa ada ikan sekor..mesti best

weezana said...

Rizziela, best. Sekoq ikan gitu.. puas hati.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...