Monday, June 8, 2015

Awesomenya Kluang! (Edisi Kluang RailCoffee Part I)

Assalamualaikum...

Masa saya sekolah dulu, My Dad pernah bertugas di Kluang, Johor. Tapi, masa tu kami tak ikut. Saya terus bersekolah di Senai. My Dad juga, tak pernah beritahu apa-apa yang awesome tentang Kluang. Cuma, katanya kopi Kluang memang sedap. Namun, kenyataan tersebut tidak menarik perhatian saya. Sebabnya, saya tak minum kopi. 

Nak dijadikan cerita, pada 11 hingga 13 Mei yang lalu, entah macam mana, saya mendapat arahan untuk ke Bengkel Pemurnian Pekeliling Aset Tak Ketara di Intan Wilayah Selatan, Kluang. Maka, bertolaklah kami geng2 sekepala RTM menuju ke Selatan Tanah Air. 



Sebaik sahaja roda pacuan kenderaan tiba di bumi Kluang, kami tidak terus ke INTAN, sebaliknya begitu bersemangat untuk mencari kopi terbaik di bandar kecil ini. Akhirnya, pemandu yang membawa kami Encik Useri, berjaya menemui Kluang RailCoffee yang terletak di Stesen Kereta Api Kluang. 



Best sangat ke kopi kat sini?

Jawapannya: Saya pun tak tahu. Sebabnya, dah cakap tadi, saya tak minum kopi. Saya order teh. Tehnya memang awesome

Kopi Puan Som

My tea


Ada lagi yang terlebih awesome, roti dia dan nasi lemak dia. Roti dia rupanya macam roti burger, tapi intinya kaya dan mentega. Inilah namanya inovasi dan merentasi lautan biru.. NBOS gitu. 

Macam roti burger

intai inti dia


Tentang nasi lemak, kami bernasib baik sebab dapat beberapa bungkus nasi lemak comel ni (walau pun tak cukup). Cepat benar habis stoknya. Meski pun tanpa lauk yang fancy, sambalnya begitu mencuit rasa. Sedappp... Pelanggan memang tak putus-putus datang ke sini. 

kecik je
(sila bandingkan dengan saiz handphone)

Sambal dia yang sedap..

Habis ditelan

Useri & Ayie menikmati kopi sambil
melihat kereta api yang lalu

Geng2 aset tak ketara

Boleh juga order telur suku masak untuk dimakan begitu saja. Kami berasa hairan sebab makan telur pun rasa sedap giler.. hehehe...



Lepas makan, sempat berposing sakan di sekitar stesen.







Habis berposing, baru perasan yang sebenarnya tak boleh ambil gambar:D



FYI, Kluang RailCoffee ni ada beberapa cawangan. Yang di Stesen KTM Kluang ni yang paling nostalgia. 


Bersambung di Part II
  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...