Thursday, May 28, 2015

Aku Tak Punya Hati...

Saya hadiahkan sebuah puisi melankolik untuk semua.. 

Kerana aku tak punya hati
Kerana aku tak punya perasaan
Aku disakiti
Seperti benar aku tak punya hati
Yang tidak boleh berkata tidak
Yang tidak mampu berkata ya
Kubiar bisu itu menjadi saksi

Sayangku dinafi
Seolah aku tak punya hati
Sedangkan hatiku ada di sini
Entahkan sedih entahkan kecewa
Tidak pernah dipeduli

Lantas
Kelirulah aku
Bertanya pada diri sendiri
Adakah aku punya hati?
Atau mungkin hatiku tiada di sini
Kerana disakiti berkali-kali… 



2 comments:

dewicinta said...

kerana kau tidak punya hati
maka berkali terluka tidak terasa
maka berkali dicaci tidak peduli
maka kejayaanmu dicemburui
kerana kau tidak bisa membalasnya
kerana kau tidak punya hati utk berkata
siapa mereka siapa kau sebenarnya
maka usahlah kau kecewa
sesungguhnya kau terkenal di mana jua..
masih ada yang sudi mendengarnya
masih ada yang percaya
hati itu siapa punya...

weezana said...

nice one dewicinta.. tq so much..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...