Friday, February 20, 2015

Riadah tanpa kos @Taman Botani Putrajaya

Assalamualaikum...

Tahun ni Cuti Tahun Baharu Cina agak panjang. Cuti Umum 2 hari + Cuti hujung minggu 2 hari. Jumlahnya jadi 4 hari. Walau pun ada rasa nak balik Sungai Petani, namun kami batalkan hasrat tersebut.

Sebabnya, tak sanggup nak menghadapi jalan jam yang teruk. Jadi, kami bagi peluang pada kawan-kawan Tionghua yang nak meraikan Gong Xi Fa Chai dan makan besar bersama keluarga tercinta. This is your day, friends! (Baik kan kitorang? hehehe) 

Kebetulan pula, my Sis dari Senai kata nak datang rumah. Jadi, memang tak jadilah nak ke mana-mana. Alang-alang berjimat-cermat ni dan alang-alang takde aktiviti, pada pagi Jumaat yang penuh barakah ini kami sekeluarga beriadah tanpa kos di Taman Botani Putrajaya.

Luas taman ni, sesuai untuk tujuan beriadah, menunggang basikal dan berpiknik. FYI, anda boleh sewa basikal di sini. Ada macam-macam jenis basikal termasuk yang ada carrier utk budak dan tandem (basikal 2 kerusi tu...). Harganya amatlah berpatutan.  

Budak-budak dengan kenderaan masing-masing.

Pemandangan indah di sekitar taman. Ada Astaka Morocco dengan seni bina bangunan yang klasik dan cantik.

Di Astaka Morocco.



Prince Morrocan yang tersenyum mesra





Budak-budak main air.




Persekitaran tasik yang indah.







Restoran

Jambatan kayu


Macam-macam pokok pun ada.

pokok buluh






Boleh baca info pokok, kalau rajin.


Kami dah pernah datang sini beberapa minggu yang lalu. Kalau berjalan kaki boleh menyusuri Titian Kanopi. Foto takdak di Titian Kanopi sebab kali ni aktiviti berbasikal mengikuti laluan basikal sahaja (sekali pun saya berjalan dan menolak stroller). 

Jadi, kalau pada hari cuti dan anda takde tujuan untuk ke mana-mana, usah bimbang. Ada banyak je tempat di KL/Putrajaya/Selangor ni yang boleh anda sekeluarga beriadah. Taman Botani Putrajaya ini adalah salah satunya. 

Dah penat le tu...

Yang penting kena rajinkan diri dan bangun pagi.

Sekian.

1 comment:

Unknown said...

Assalam berapa kadar sewa basikal ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...