Saturday, November 15, 2014

Hasya Irdina.. Tahun 1, permulaan yang membanggakan

Assalamualaikum. 


We're proud of you.. Congrats.



Dua hari yang lepas, kami mendapat surat jemputan dari sekolah. Jemputan tersebut untuk ke Hari Anugerah Cemerlang 2014 yang diadakan pada hari ini, 15 Nov 2014.

Bulan ini, hampir tamatlah persekolahan Tahun 1 Hasya Irdina. Alhamdulillah, puteri kami mendapat keputusan peperiksaan akhir tahun yang membanggakan. Hasya mendapat A bagi semua subjek. Ini adalah peningkatan yang memberangsangkan bagi beberapa subjek seperti pelajaran jawi dan bahasa Arab. Nampaknya, dia semakin menyesuaikan diri dalam subjek-subjek yang baru dipelajarinya. 





Maka, pagi ini kami ke sekolah Hasya untuk melihat puteri kami menerima anugerah kecemerlangannya.

Plak anugerah


Menunggu giliran.


Dua kali Hasya naik ke pentas untuk menerima hadiah iaitu untuk anugerah cemerlang 5A dan tempat ketiga dalam kelas.  

Di atas pentas


Tentunya pencapaian ini amat menggembirakan hati. Semoga kejayaan hari ini menjadi pendorong untuk Hasya agar lebih gemilang pada tahun-tahun yang akan datang. Semoga juga, kami mendapat surat jemputan ke Hari Anugerah Cemerlang yang seterusnya. 

Mr Hubby & Khayra

Sekian.  



   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...