Tuesday, September 30, 2014

Vanilla Muffin (katanya ala Kenny Rogers)



Ramai blogger yang dah cuba resepi ni. Most of them kata, resepi ni sedap dan simple. Kata-kata tersebut amatlah saya setuju. Setuju 200%. 

Namun begitu, ada satu perkara yang saya tak setuju. Kata mereka, rasa mufin ini ala-ala mufin Kenny Rogers. Malah, kebanyakkan blogger yang menulis mengenai mufin ini meletakkan nama resepi mereka sebagai, `Mufin Vanilla ala Kenny Rogers'.

Maka, apabila saya tiba-tiba menjadi seorang yang sarkastik, tajuk yang saya pilih untuk entry ini adalah seperti yang tuan-tuan dan puan-puan baca di atas tadi iaitu `katanya ala Kenny Rogers'. Maksudnya, bukan saya yang kata.



Sebabnya, untuk menyamakan mufin ini dengan mufin Kenny Rogers adalah `a long way to go'. Namun seperti yang saya katakan awal tadi, saya bersetuju bahawa mufin ini sedap dan simple. 

Sedap. Mufin ini memang sedap. Tambahan pula, jika anda meletakkan filing di dalamnya. saya memilih untuk menambah blubery filling pada sebahagian mufin. Sebahagian lagi saya letakkan hirisan kacang tanah. 

Si Bluberry

Si Kacang


Simple. Mufin ini amat mudah dibuat. Tak perlu berperah otak, cuma main campak dan putar semua bahan dalam mangkuk adunan. Malah, kalau anda ada gadget canggih seperti Kitchenaid Stand Mixer, gadget anda akan melakukan ini semua, sebaik sahaja anda mencampakkan semua bahan ke dalam bekas pengadunnya.  `Oh, my wishlist gitu'.

Kononnya juga, dengan adunan ini saya akan mendapat 2 dozen mufin iaitu bersamaan dengan 24 biji mufin. Namun realitinya, saya mendapat banyakkkk mufin iaitu 60 biji apabila menggunakan cup bersaiz 38 x 30mm.



Bahan-bahan (Resepi asal dari deenoos di MyResepi)

8 sudu makan mentega (dicairkan) = 113.4gm
4 cawan tepung = 500gm
2 cawan gula = 400gm
2 cawan susu segar = 480ml
4 sudu makan baking powder
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1 sudu makan esen vanila

Tambah: bluberry filling dan hirisan kacang.


Cara-cara

Putar ke semua bahan hingga sebati.

masukkan semua bahan

selepas sebati


Isikan adunan tadi ke dalam bekas mufin. isipadu 2/3 bekas sahaja. (saya guna cup 38 x30mm).



Letak filing atau kekacang sesuka hati.




Panaskan oven 180 darjah. Bakar selama 20 minit.



Nota: Kalau oven anda jenis panas sangat, sila kurangkan suhu dan lebihkan masa pembakaran. 



Akhir kata, apa salahnya anda cuba resepi ini. Sangat sesuai untuk dihidangkan semasa majlis hari jadi dan minum petang bersama jiran tetangga (sebab dapat banyak). Bukan sahaja simple, tapi rasanya juga sedap. Cuma, takdelah rasanya macam mufin Kenny's.. A long way to go gitu.....



Sekian.  


Tuesday, September 23, 2014

Tauhu Sumbat Berinti Ayam

Sana-sini tengok kengkawan makan dan buat Tauhu Sumbat, maka saya pun jadi teringin nak makan tauhu sumbat. 

Malangnya, saya ni kurang makan sayur. Justeru, tauhu yang disumbat sayur-mayur itu, tidak akan saya beli atau buat sama sekali. 



Pilihan yang seterusnya ialah tauhu yang disumbat dengan daging ataupun ayam. Nampak awesome sungguh resepi tauhu ni. Tapi, bila belek-belek resepi, blogger-blogger sekalian alam suka makan bawang dan lada yang dicincang. Maka, saya buat resepi saya sendiri. Saya guna bahan berkisar. Yang penting sedap dan menepati citarasa diri sendiri.



Bahan-bahan

4 keping tauhu
2 keping ayam bahagian dada (bahagian lain pun boleh, ambil isinya) -cincang atau potong kecil-kecil
2 ulas bawang merah + 3 tangkai cili kering (kisar)
sedikit daun sup (cincang)
garam dan gula secukup rasa
sebiji telur


Cara-cara

Potong dua setiap tauhu (potong segitiga).



Panaskan minyak dan goreng tauhu tadi, jangan garing sangat. Ketepikan.



Panaskan 2sb minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 



Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 



Akhir sekali masukkan daun sup dan kacau seketika. Tutup api.



Tauhu tadi, keluarkan sebahagian isinya di bahagian tengah (tujuan untuk letak inti). Lepas tu, letak inti ayam yang dimasak tadi. Lagi banyak letak inti, lagi sedap. 



Pukul telur dalam mangkuk, celup tauhu dengan telur. Goreng sehingga tauhu berwarna kuning keemasan.



Boleh makan dengan sos pencicah atau sos cili. Saya tak sempat nak letak sos, dah habis dimakan anak-beranak.



Sekian.

Saturday, September 20, 2014

Herb & Lemon Roasted Chicken (Easy n Juicy)

Assalamualaikum..



Malam ni, sempat juga saya menyediakan Herb & Lemon Roasted Chicken untuk juadah makan malam. 

Apabila ada baby kecil ni, kena fikir resepi yang mudah-mudah sahaja. Yang mana boleh campak-campak dan boleh biarkan masak sendiri. Tak boleh nak masak resepi yang kena kacau 24 jam atas dapur. Nanti bingit telinga menahan bunyi baby menangis. Tak pun, hangit, bantat dan sebagainyalah lauk yang kumasak. Mungkin juga lauk tersebut tak cukup masin :D

Saya juga mula terperasan yang saya banyak kali juga mencuba dan mempelbagaikan resepi-resepi yang menggunakan rempah-ratus masakan Barat terutamanya Italian cuisine. Petuanya mudah, pastikan anda menyimpan stok rempah-ratus ini di dapur anda. Justeru, bila-bila masa sahaja anda boleh membakar ayam atau daging sesedap rasa seperti masakan Italy yang sebenar. 



Rahsia saya juga, saya ada pelbagai rempah-ratus Barat ini. Yang mana saya beli setnya semasa di US dulu. Sekiranya habis, saya akan top up dalam botol yang sama. Namun begitu, saya amat cemburu apabila melihat program-program masakan barat di kaca TV seperti Gordon Ramsay atau Jamie Oliver. Ini kerana, mereka menggunakan daun-daun segar Rosemary, Basil dan sebagainya. Sebaliknya, saya terpaksa menggunakan daun-daun dried tersebut.

Apa-apapun, resepi malam ini bukan sahaja mudah. Malah lazat. lembut dan terasa juicynya. Sila cuba kerana anda akan menukar dapur anda menjadi dapur ala-ala Italy gitu.

Bahan-bahan

3 keping ayam bahagian quater
1/4 cawan minyak zaitun
1 biji lemon (separuh ambil jusnya, dan separuh lagi hiris bulat)
1sk lada hitam (jenis yang kisar kasar)
1 sk dried Italian seasoning (ada jual kat pasaraya. Ini campuran basil, marjoram, oregano, rosemary & thyme)
1/2 sk dried rosemary
1/2 sk dried thyme 
4 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang merah besar (potong bulat)
1sk gula
1 1/4 sk garam

kentang dan lobak merah (potong kecil) - kalau suka

Cara-cara

Sediakan loyang yang sesuai. Letak sedikit minyak zaitun. Letakkan ayam atas loyang tersebut. Selit-selitkan kentang dan lobak merah. Masukkan garam, gula, jus lemon, lada hitam, Italian seasoning, rosemary, thyme dan bawang putih. gaul sebati dengan ayam. Akhir sekali tabur bawang merah dan hirisan lemon atas ayam. Tuang habis minyak zaitun yang berbaki. 



Panaskan oven 200 darjah. Masukkan ayam tadi dan bakar selama 50-60 minit. Sehingga ayam masak. 

Nota: Untuk warna ayam yang cantik, boleh tutup api oven, tapi biarkan ayam kat dalam tu selama 15 ke 30 minit. 

sebelum

selepas

Hasilnya memang sangat sedap, lembut dan juicy. 




Mendapat sambutan yang hangat sekali.



Sekian.
      

Introducing.. Rizqy Najwan Tarmimi (August 10, 2014)

Alhamdulillah...

I'm his..
first kiss, first love  & first friend..
So, there's this boy
He kind of stole my heart
and... 
He calls me Mama 

Hasya, Rizqy & Khayra


Pada 10 Ogos 2014, hadirnya Rizqy Najwan Tarmimi dalam kehidupan kami sekeluarga. maka, bertambahlah seorang lagi anggota keluarga kami. Sekarang kami berlima: Mr Hubby, saya, Hasya, Khayra + Rizqy. 




Rizqy bermaksud `Rezekiku' dan Najwan pula bermaksud `Kemenangan'. Semoga kehadiran Rizqy menganugerahkan kami sekeluarga rezeki yang murah. Semoga Rizqy, Khayra & Hasya membesar menjadi anak yang baik dan berjaya di dunia dan juga di akhirat.

selamat malam sayang

Hasya & Rizqy

p.s.: Tak dapat nak mencuba resepi-respi baru. Bz jaga baby hehehe...  

Sekian.

Saturday, September 6, 2014

Kek Minyak Marble Special

Assalamualaikum..



Sebelum ni saya pernah buat Kek Minyak. Terasa seronok buat Kek Minyak ni sebabnya rasanya sedap dan rupanya pun cantik. Apabila membuat kek yang sama untuk kali yang kedua, maka tiba-tiba sahaja saya terfikir beberapa kemungkinan...

Adakah Kek Minyak ini akan lebih sedap sekiranya ditambah beberapa bahan?
Adakah kek ini akan menjadi lebih awesome?

Bagi membuktikan teori-teori penambahbaikan tersebut, hari ini saya persembahkan Kek Minyak Marble Special yang lebih moist, sedap dan lebih cantik.



FYI, bahan-bahannya sama je dengan kek minyak sebelum ni, cuma kali ini saya menambah horlicks, serbuk koko dan choc emulco untuk rasa yang lebih menawan. Kali ini juga saya guna loyang segiempat tepat dan melorekkan dengan lorekan huru-hara supaya kesan artistik pada permukaan kek lebih ketara :D

Nota: Sila guna loyang saiz besar supaya kek anda tak merekah dan jangan lupa guna rak pembakaran yang agak bawah supaya permukaan kek tidak hangit. 


Bahan-bahan

5 biji telur
3/4 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum diayak dengan 1sk baking powder
1 cawan susu pekat
1sb ovallet
1cwn minyak masak
1 sk esen vanilla
1sk esen nenas
2sk serbuk koko
1sk choc emulco
1sb horlicks


Cara-cara

Putar telur, gula dan ovallet hingga kembang dan berkrim.



Masukkan susu pekat dan esen vanila, putar lagi. 



Masukkan minyak masak dan perisa. Putar lagi. Masukkan tepung gandum. Gaul rata.


adunan yang dah siap


Bahagikan kepada 3 adunan. Warnakan ikut warna yang anda suka. Cara saya: 
1. Satu adunan saya letak serbuk koko dan choc emulco = maka warnanya coklat
2. Satu adunan saya letak pewarna pink dan masukkan esen nenas = warnanya pink
3. Satu adunan saya letak pewarna oren2 perang (copperstone) dan masukkan horlicks = warnanya jingga copper.



Gunakan loyang yang agak besar dan lenserkan dahulu loyang tersebut. Panaskan oven 160 darjah. Kemudian senduk adunan berselang-seli dan sesuka hati. akhir sekali, ambil lidi dan lorekkan adunan. Cara saya: Saya lorek ala-ala bulatan dan huru-hara. Sekali bila dah siap lorek, cantik pula, bentuk macam bunga hehehe...



Bakar dalam oven guna rak yang agak bawah. Saya bakar selama sejam. Tempoh pembakaran adalah bergantung kepada saiz loyang dan kepanasan oven. rajin-rajinlah pergi cucuk kek tu bila tengok permukaan kek dah nampak masak atau bau kek dah harum semerbak satu rumah.



Akhir kata, kek yang terhasil amatlah cantik. Lembut dan moist sehingga ke esok hari. Kek ini juga pandai merekah sendiri apabila telah sejuk. maka, mudah untuk dikeluarkan dari loyang.



Sedap dimakan begitu sahaja. Potong kecil-kecil dan simpan dalam bekas kedap udara.



Sekian.


Thursday, September 4, 2014

Ayam Masak Tomato



Sebenarnya ada macam-macam cara dan resepi untuk menyediakan Ayam Masak Tomato. anda cuma perlu pastikan ada `tomato' yang digunakan dalam resepi ayam tersebut. Maka, boleh sahaja masakan anda diberi nama Ayam Masak Tomato. 

Saya juga nak masak Ayam Masak Tomato. Tapi saya tak guna buah tomato, sebaliknya saya nak guna tomato puree (pati tomato). Resepi ni simple je, yang penting rasa sedap. Meskipun warnanya merah menyala namun rasanya tak pedas dan sesuai untuk budak-budak. 


Bahan-bahan

Separuh ekor ayam (potong suka hati)
1 tin kecil pati tomato (160gm)
sebiji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
6-8 tangkai cili kering (rendah air panas, buang biji)
1 inci halia
1 batang serai
1sb sos tiram
garam dan gula secukup rasa

serbuk kunyit dan garam untuk menggoreng ayam


Cara-cara

Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak, goreng sehingga ayam masak (tidak perlu garing). Angkat ayam. Ketepikan.



Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. 



Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar. Masukkan serai yang dititik.



Setelah agak kering dan berbau harum, masukkan tomato puree dan sos tiram. Kacau sehingga kuah masak.



Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.



Gaul sebati.



Dah siap dan boleh dihidang panas-panas.



Sekian. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...