Tuesday, May 27, 2014

Kek Butter Marble Moist with Pineapple Flavor!

Kek Butter yang satu ni memang sedap sangat. Sebelum ni saya dah pernah buat versi plain, versi Chocolate Marble dan juga versi Pandan Marble



Oleh kerana kami sekeluarga memang suka kewangian dan rasa moist kek ini, maka saya percaya kepelbagaian perisa tidak akan mencacatkan Kek Butter yang satu ini. Malah, penambahan atau pengubasuaian sedikit, akan menghasilkan Kek Butter yang menawan hati dan selera. 

Maka, kali ini saya persembahkan Kek Mentega Marble Moist ini dengan perisa Pineapple (Nenas gitu). Dan untuk menambahkan kejelitaan kek yang sedap ini, saya marblekan dengan warna Copper (fleshtone). Ala-ala warna oren tapi tak berapa oren gitu. Hasilnya memang marvelous sangat. Saya akan repeat buat kek ni sebab memang sangat-sangat best dan mudah dibuat. 




Bahan-bahan

(A)

250 GM mentega
170 GM gula kastor
210 GM tepung gandum
1 sk baking powder

(B)

5 biji telur
1/2 sk esen vanila

&

1sk esen perisa pineapple 
2-3 titik pewarna copper (fleshtone) - tak pun guna je la warna kegemaran anda


Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk. Putar sehingga sebati.



Masukkan satu persatu telur dan esen vanilla. Putar sebati. Telur terakhir jangan putar lama sangat, cukuplah 3-4 minit je. Lepas tu masukkan esen pineapple dan putar seminit bagi sebati. 

esen pineapple sedang dimasukkan


Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Salah satu bahagian masukkan pewarna copper. Gaul sebati.



Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu mentega atau gunalah baking paper. Loyang 8 atau 9 inci adalah loyang paling sesuai. Adunan tu senduk berselang-seli.


Camni jadinya


Bakar dalam 50-60 minit atau sehingga atas kek keperangan sedikit dan dalam kek sudah masak (tidak melekat apabila dicucuk lidi). - Saya bakar lebih kurang 56 minit.  



Jeng, jeng, jeng aroma yang sungguh harum. 

moist dan harum

Kek yang dipotong. 



Memang awesome sangat. Sila cuba sebab tak susah mana buat kek ni. Sesuai untuk new beginner. 

Sekian. 

Sunday, May 18, 2014

Kek Minyak Colorful

Hari ni cuba buat kek tanpa mentega. Kek ni guna minyak masak sebagai ganti mentega. Saya guna resepi dari Kemma81 di MyResepi

Hasilnya adalah sebiji Kek Minyak yang berwarna-warni dan sedap. Budak-budak pun suka. Sesuai untuk kudapan sarapan pagi atau minum petang. 



Saya derhaka sedikit ketika membakar kek ni. Kemma81 kata tutup permukaan kek dengan tudung periuk. Oleh kerana saya malas dan takde tudung periuk sesuai pun untuk digunakan, maka saya tak tutup. Akibatnya, permukaan Kek Minyak saya ni merekah sedikit.

Tapi itu bukan penyebab untuk menghanguskan kek ini. Langkah yang perlu dibuat, cuma kurangkan suhu (kepada 160 darjah) dan alihkan kek ke rak pembakaran yang di bawah sedikit. Oleh kerana suhu yang rendah sedikit, kek saya ni masak kira-kira 60 minit. Mungkin juga loyang 8 inci kurang sesuai, selepas ni saya akan cuba guna loyang 9 inci pula, supaya kek tak terlalu tinggi. 




Apa-apapun, hasilnya tetap moist dan lembut. Apabila dah dipotong, takde sapa pun tau kek tu merekah. Okey je hasilnya. Kurang manis dan sedap dikudap.

Colorful dan moist


Bahan-bahan

5 biji telur
3/4 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum diayak dengan 1sk baking powder
1 cawan susu pekat
1sb ovallet
1cwn minyak masak
perasa nenas atau pisang (kalau tak letak pun takpe)
1sk esen vanila


Cara-cara

Putar telur, gula dan ovallet hingga kembang.



Masukkan susu pekat dan esen vanila, putar lagi. Masukkan minyak masak dan perisa. Putar lagi. Maukkan tepung gandum. Gaul rata. 



Bahagikan kepada 3 adunan. Warnakan ikut warna yang anda suka.



Lenserkan loyang (8 atau 9 inci). Sendukkan adunan secara selang-seli sehingga adunan habis.



Panaskan oven 170 darjah (saya guna 160 darjah) dan bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak. Kalau suhu tu rendah, akan ambil masa lama sedikit untuk masak. Boleh tutup permukaan kek dengan tudung periuk kalau takut kek hangus. Atau kurangkan suhu seperti yang saya buat. Juga jangan bakar kek di rak yang atas sangat. 

Merekah sedikit walaupun tetap awesome


Simple je kek ni. Dapat banyak pula tu. Boleh potong untuk bawa bekal. Saya letak di luar sahaja (tidak simpan dalam peti sejuk). Sentiasa lembut dan moist. 

Bekal Hasya. Dia request suruh potong Kiub.


Sekian.

Wednesday, May 14, 2014

Rainbow Cookies @ Biskut Lidah Kucing Meow Meow

Colorful sungguh...


Hari tu kan sakan cari acuan nak buat Biskut Lidah Kucing. Sekarang ni bila acuan dah ada, masa pula takde nak memulakan projek buat biskut. Melihat kepada kepelbagaian warna, saya dah dapat bayangkan keremehan nak menyiapkan biskut ni. Namun, segala perasaan negatif yang boleh membatalkan hasrat, saya tolak dulu ketepi. Biskut secantik ini, harus dicuba buat supaya hati terasa puas:)

Saya pun tak tahu dari mana biskut cantik colorful ini berasal. Menurut beberapa blog, Biskut Lidah Kucing ni berasal dari Indonesia. Katanya juga, menjadi biskut yang popular di Hari Raya yang lalu. Saya juga mendapati ramai blogger menggunakan resepi dari blog Kak Wan Citarasawan. Saya pun guna resepi dari blog Kak Wan juga. Di blog Kak Wan, ada beberapa resepi Biskut Lidah Kucing yang lain seperti perisa keju dan coklat. 

Untuk percubaan pertama ni, saya buat yang versi Pelangi. Dulu-dulu, cikgu saya pernah bagitau yang pelangi ada 7 warna. Saya tengok kebanyakkan blogger buat biskut ni guna 6 warna je. Oleh kerana saya malas, saya guna 5 warna. Dan, warna yang saya pilih sememangnya bukan warna pelangi. Rainbow Cookies saya guna warna pastel. 




Paling penting, cantik di mata serta rangup dan sedap bila dimakan. Dan jangan lupa, harga biskut ini di pasaran agak mahal berbanding dengan biskut-biskut lain. 

Nota: Sila bersabar dengan remeh-temeh semasa pembahagian warna hendak dilakukan.

Bahan-bahan (boleh dapat 100-120 keping)

250gm mentega
175gm gula kastor
100ml putih telur (lebih kurang dari 3 biji telur, sila sukat ye)
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4sk emplex

Pewarna: warna yang disukai. Asalkan hati gembira.

Gris loyang lidah kucing

Cara-cara

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.



Putar mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sehingga sebati. 




Masukkan tepung. Kaup balikkan dengan spatula sehingga rata. 




Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang anda suka (saya bahagi 5 bahagian sebab 5 warna). Letak pewarna berlainan bagi setiap bahagian.

Biru dulu


Masukkan adunan dalam piping bag. 



Dan kemudian sila pipe kan seperti gambar di bawah.

Buat sewarna dulu

Ini hasilnya


Panaskan oven 150 darjah dan bakar selama 15 minit. FYI, saya guna suhu 160 darjah.

Biskut ni pandai bercantum dan meleperkan dirinya sendiri


Biskut dah masak. 

Sungguh cantik biskut ini hehehehe :)


Jangan lupa sila simpan biskut dalam bekas kedap udara. 

Nota: Biskut anda akan rangup apabila ianya sejuk. Sekiranya, biskut anda tidak rangup selepas sejuk, sila bakar biskut tersebut lagi. Sila bakar lagi juga, sekiranya biskut anda masuk angin (lemau).  

Sekian.


Monday, May 12, 2014

It's Time to Celebrate... @Pullman Putrajaya with Loves

Bersambung dari Part I.

Nak buat party celebration untuk Mr. Hubby bukannya perkara mudah. Ada banyak faktor yang perlu ditimbang-timbangkan. Justeru, untuk memudahkan perkara-perkara yang susah, kami buat small celebration untuk keluarga kecil kami. Supaya Hasya dan Khayra tahu yang Mr. Papa, graduate hari ni. 

Nak sambut di rumah, budak2 tak akan teruja. Party akan jadi dull dan boring. Jadi, kena cari lokasi di luar. Faktor kekangan masa mendorong kepada pemilihan lokasi yang dekat. Pullman Putrajaya Lakeside akhirnya jadi pilihan hati. Dan semestinya budak2 amat teruja melihat cantiknya bangunan hotel semasa hendak memasuki bangunan Pullman. Kata Hasya, "Wah, macam istana."

Pullman Putrajaya Lakeside

Jalan ke basement parking


Bilik di Rafflesia Wings

Bilik di Pullman juga sangat cantik. Hasya dan Khyra sangat teruja. Lebih teruja apabila melihat ada slices cakes yang berada di atas meja. Maka, small celebration untuk Mr. Hubby pun disambut dengan ria. 

Tahniah Papa!

Untuk Mr. Hubby


The Cakes




Sepanjang petang 10 Mei 2014 ini, hujan turun agak renyai-renyai. Justeru, bebudak tidak dapat ke kolam renang. Namun di Pullman Putrajaya, kolam renang bukanlah segala-galanya, budak2 ada Kid's Club untuk meregangkan otot.

Hujan turun sejak tengah hari

Kid's Club








Malam ini juga meja untuk 4 orang di The Village, Pullman telah saya tempah awal. Kami akan berBBQ untuk menyambut segala pencapaian untuk appreciation untuk diri sendiri (FYI, termasuk dinner Mother's Day ler nihh).

Pullman di malam hari



FYI, BBQ di The Village ni hanya ditawarkan pada weekend sahaja. Menunya sedap-sedap dan tempat makan juga cantik. The Village dibina di atas Tasik Putrajaya. Justeru restoran ini berlatar belakangkan keindahan Tasik Putrajaya.


Sesuai untuk yang berjiwa romantik

BBQ, ada macam-macam termasuk Lobster

Roasted Lamb Leg

Sate
Kaunter Salads

Noodles Counter
Ice kacang

Ice-cream sebagai penutup

Dan, keesokan paginya cuaca memang sangat cantik. Justeru, bebudak bertambah teruja apabila dapat bermandi-manda di kolam renang Pullman yang besar dan cantik.

Beraksi di kolam kanak-kanak


Kolam dewasa


Akhir kata, meskipun Pullman Putrajaya Lakeside ni dekat je ngan rumah kitorang, tapi this is a wonderful way to celebrate our special moments.. 

Tahniah sekali lagi kepada Mr. Hubby! Happy Mother's Day to all Mom's in the world & Thanks a lot to all my lovely readers. Without you, I'm nothing; with you, I'm everything. Semasa mula menulis LifeisColorful ni, tak pernah termimpi nak capai 1 juta blogwalking. Thanks alot!

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...