Monday, March 31, 2014

Maldives..Syurga Pulau Nan Indah... (10th Anniversary) Part 6

Bersambung dari Part 5.

15 Mac 2014. Setiap jam amat bermakna sekali berada di syurga pulau nan indah ini. Seumpama mimpi indah yang tidak berkesudahan. 

Mengelilingi Pulau Resort

Pagi ini, kami mengelilingi keseluruhan Pulau Giraavaru (pulau resort ini). Teringat pula sewaktu kami masih berada di Kuala Lumpur. Mr Hubby kata, dia hendak berbasikal mengelilingi pulau. Lantas saya katakan pada Mr Hubby, yang saya berasa tidak ada perkhidmatan sewa basikal. Sebabnya, pulau ini tidak besar mana pun. Malah, anda boleh mengelilingi pulau dalam masa 10-20 minit (bergantung kepada kelajuan berjalan kaki). 

Berjemur di pasiran pantai


Pemandangan Viu Bar dari Pantai



Kolam Renang


Boleh menjamu selera berlatar belakangkan pantai yang indah
Di tengah-tengah pulau.

Tandas pun cantik

Pemandangan Beach Villa. Bagi tetamu beach villa, mereka boleh berenang
dan snorkeling di pantai di hadapan Villa



Beach villa dari sebelah berlawanan pantai


We were here


Terjumpa Sand Sofa Dining
Rupa sebenar Sand Sofa Dining.
Kalau tak silap USD400 untuk per couple.
Tak mampu okeh.

Aktiviti lain

Pulau ini juga tidak akan membuatkan anda bosan kerana pelbagai aktiviti ditawarkan untuk anda bermain dan berhibur. 


Bangunan E-Zone & Gym

Boleh main PS3

Fussball pun ada

Gym

SPA 

Ini satu-satunya kedai kat pulau ni

Jual cenderahati

Macam-macam ada (tapi mahal)



Melepak di Bar

Anda juga boleh berehat sambil minum di bar-bar yang terdapat di sekitar resort.


Bangunan Lobby (ada Lobby Bar di sini)

Pemandangan dalam

Boleh berehat di sini

Menikmati pemandangan dan boleh memesan minuman

Pemandangan dari Lobby Bar
kalau rajin boleh baca novel



Viu Bar


Melepak di Viu Bar pula


Water Sports

Selain daripada itu, anda juga boleh bermain non motorized water sports secara percuma (dah masuk dalam pakej half board juga). Antaranya anda boleh berkayak atau menaiki pedal boat. 


Watersport Center

Pedal Boat


 Ketika berkayak atau menaiki pedal boat, kami diingatkan supaya tidak melebihi kawasan yang diletakkan boya berwarna oren. Boya ini sebagai sempadan yang menyatakan kami sudah berada jauh di tengah lautan atau pun sudah menghampiri kawasan Water Villa. Resort ini amat mementingkan privacy tetamu-tetamu yang tidak mahu diganggu. 


Berkayuh pedal boat

Boya penanda sempadan

Kejernihan air


Berkayuh merentasi samudera

Pasangan yang sedang berkayak

Boya penyempadanan water villa



Kalau masih bosan, anda boleh mengikuti aktiviti-aktiviti berbayar yang lain seperti Local Island Exploration, Trip ke Male, Snorkeling Exploration, Parasailing, Sunset Cruise dan Sunset Fishing. 

Tengah hari ini kami juga menempah untuk mengikuti `Local Island Exploration'. Part 7 nanti saya akan ceritakan pengalaman kami mengikuti trip ke Pulau Himmafushi.  

Bersambung di Part 7.

Sunday, March 30, 2014

Maldives..Syurga Pulau Nan Indah... (10th Anniversary) Part 5

Bersambung dari Part 4.

Pagi di Centara Ras Fushi

Pulau-pulau terumbu karang di Maldives sememangnya syurga pulau nan indah. Sebaik sahaja berjalan keluar dari Water Villa, pelbagai keindahan yang dapat kami rakam. Keadaan yang tenang menambahkan suasana romantik. 


Pemandangan dari pintu hadapan villa



Pantai

Kolam renang
Cantikkan?


Boleh berjemur di tepi pantai


Pemandangan water villa


Bot-bot yang berlabuh


Makan pagi di Ocean Restaurant juga satu pengalaman yang menggembirakan hati. Perasaan menyenangkan timbul apabila saya disapa mesra oleh pekerja-pekerja di sini. 


Ocean restaurant


Chef yang bertugas memasak omelet turut memberi salam kepada saya. Dia kemudiannya memberitahu bahawa semua ayam dan daging yang disediakan adalah halal untuk dimakan. FYI, di resort-resort diberi sedikit kelonggaran oleh kerajaan Maldives untuk mengimport daging babi dan alkohol. Justeru, harus hati-hati kerana berkemungkinan ada hidangan yang mengandungi pork tersebut. Saya juga mendapati pekerja-pekerja di Centara terdiri daripada Maldivian, Thailand dan Bangladesh.  


Dalam Ocean

Breakfast

Mintak teh, dia bagi satu teko

Seterusnya, kami ke Diving Center untuk mendapatkan peralatan untuk snorkeling. peralatan yang diberi ini akan kami pinjam sehingga hari terakhir di Centara. Semua ini diberikan secara percuma kerana telah dimasukkan dalam pakej Half Board. 


Diving Center

All inclusive

Semasa sesi penerangan semalam, kami juga diberitahu bahawa kami boleh mengupgrade pakej kami kepada `all inclusive'. Perbezaannya saya perincikan seperti di bawah:

1. Kami akan dapat tambahan untuk makan tengah hari. Pakej Half Board hanya untuk breakfast dan Dinner. 

2. Boleh menikmati minuman di 3 bar (Viu Bar, Waves Pool Bar dan Giraavaru Lobby Bar) dalam resort ini dari jam 11 pagi hingga jam 11 malam. Boleh minum tanpa had; alkohol atau pun non-alcohol. 

Untuk upgrade ke all inclusive, kami perlu menambah USD100 untuk sehari (dikira bagi setiap Villa). Oleh kerana kami berasa yang agak rugi untuk berbuat demikian, maka kami tidak menambah nilai pakej yang telah kami sedia ada. Lainlah bagi Caucasian dan European, pastinya minum tanpa had di bar-bar akan menguntungkan mereka. Yelah, harga segelas wine bukannya murah kan...


Snorkeling di Water Villa

Setelah mengambil peralatan snorkeling, kami kembali ke villa untuk berenang. 




Menyiapkan diri





Sekali lagi terasa best sangat sebab kami tidak perlu berkongsi lautan dengan ramai orang. Terutamanya ketika berenang di pantai terumbu karang yang berdekatan dengan villa kami. 














Mr Hubby memang menjadikan penginapan di Water Chalet ini amat berbaloi kerana dalam sehari beberapa kali dia akan terjun ke bawah untuk berenang dan snorkeling. Selain daripada berenang dan snorkeling, boleh juga fefeling seperti Caucasian, dengan membaca novel romantik dan berjemur di beranda villa.


Fefeling romantik baca `The Notebook'


Sekiranya anda atau pasangan anda tidak romantik, pulau ini akan mengubah hati dan jantung masing-masing menjadi romantik:)

Lunch di Suan Bua

Tengah hari tersebut kami menempah untuk lunch di Suan Bua (Thai Restaurant). FYI, kalau hendak makan di restoran selain daripada Ocean, perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana tempat duduk adalah terhad. 

Untuk makan tengah hari ini kami pilih untuk makan Pad Thai (lebih kurang Char Koay Teow). Lunch kena bayar sendiri sebab tak termasuk dalam pakej. 




Pad Thai


Selesai makan, kami berehat dan sambung berenang. Kami juga tidak sabar untuk menunggu sunset di beranda villa kami pada lewat petang tersebut. 

Sunset di Water Villa

Mujurlah kami diberikan Sunset Water Villa. Maka, tidak perlulah kami keluar ke Viu Bar yang mana menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk menyaksikan sunset. 







Matahari yang semakin hilang


Indah bukanlah suatu perkataan yang sesuai. Sebenarnya tidak ada perkataan yang boleh diungkapkan mengenai syurga pulau nan indah ini....

Makan malam di Ocean Restaurant

Setiap malam Ocean Restaurant mengadakan tema yang berlainan. Malam ini kami makan dengan tema Arabian.


Pinggan saya

Untuk Part 6 saya akan sambung mengenai aktiviti non-motorized water sports dan mengelilingi resort Centara pada hari berikutnya.

Bersambung di Part 6.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...