Sunday, February 23, 2014

Ketam Masak Kicap Pedas.. (sedap dan mudah)

Mr. Hubby kata nak makan Ketam Masak Kicap. Wah, seriusnya saya tak pernah masak atau makan Ketam Masak Kicap. Selalunya kalau beli ketam, saya akan masak sambal, sos, lemak, atau sup. Maka, saya pun google lah, betul ke ketam boleh masak kicap? Rupa-rupanya, banyak je resepi Ketam Masak Kicap nih. So, saya tetiba je ada idea macam mana nak masak masakan permintaan Mr. Hubby nih.

Ketam yang menjadi pujaan


Oleh kerana saya memang malas nak kisar atau tumbuk bahan-bahan, maka untuk resepi ni, sekali lagi kita campak-campak je. Cumanya, ketam tu kena goreng dulu, barulah firm dan awesome struktur isinya. Jom kita tengok resepi.

Bahan-bahan

3 ekor ketam (sila potong 2 kalau ketam tu besar)
2 biji bawang merah besar (potong bulat)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
1 batang cili merah (hiris)
3 batang cili padi (sila tambah mengikut kepedasan yang disukai) - hiris

2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
2sb sos tiram
1sb sos cili
1sk gula
garam secukup rasa (hati-hati sebab sos tiram tu dah masin)
sedikit daun sup (hiris halus)


Cara-cara

Gaul ketam dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak (agak banyak) dan goreng ketam sehingga ketam masak (sekadar masak, tak payah nak garing). Angkat dan ketepikan.



Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi sehingga layu dan berbau wangi. 



Masukkan kicap masin, kicap manis, sos tiram dan sos cili. Gaul rata. Jika suka kuah agak cair dan banyak, sila tambah sedikit air. Tambah gula dan garam secukup rasa. Gaul seketika.



Masukkan ketam, gaul rata.



Masukkan daun sup, kacau sekejap dan tutup api.



Ketam Masak Kicap pedas dah siap. 



Mr. Hubby suka, Hasya pun suka. Khayra pun suka cuma dia komplen "pedas" hehehe.. Resepi ni memang sangat sedap dan boleh dimasak lain kali.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...