Sunday, June 15, 2014

Grand Lexis PD.. Private Pool yang sangat menarik!



Grand Lexis Port Dickson, sebuat resort tanpa pantai yang mana menawarkan hampir tiada apa-apa untuk pecinta keindahan alam semulajadi. Namun, resort ini sentiasa mendapat sambutan daripada ramai pengunjung. Sebabnya, resort ini ada wow factor yang tidak ada pada resort 4 bintang yang lain. Di sini, anda boleh berenang dan berendam selama mana yang anda mahu dalam private pool yang tersedia di setiap bilik penginapan. Ya, selama mana yang anda mahu... Mahu pun sehingga anda lebam atau kebiruan.



Maka, cuti sekolah pertengahan tahun kali ini, kami memilih untuk mencuba untuk berlibur di Grand lexis, Port Dickson. FYI, ini kali pertama saya menginap di Grand Lexis. Meskipun saya telah 2 kali menginap di Lexis PD yang terletak di sebelah resort ini. Lexis dan Grand Lexis (GD) di bawah pengurusan yang sama, bezanya di GD ada kolam renang di setiap bilik. 

Kenapa GD jadi pilihan? 

Jawapannya mudah sahaja, sebabnya kami ingin berikan keterujaan berganda kepada Hasya dan Khayra. Yelah, selalunya mereka harus berkongsi kolam renang dengan bebudak yang lain. Kali ini sungguh berbeza, mereka ada kolam renang mereka sendiri. Keterujaan akan berganda-ganda kerana mereka boleh berenang dan menghiburkan hati masing-masing sehingga malam, sehingga pagi dan sehingga tengah hari esoknya. Maksudnya, penggunaan private pool yang unlimited!

Selain daripada itu, saya dan Mr. Hubby sebenarnya malas nak memantau bebudak. Justeru, dengan adanya private pool, dapatlah kami memantau bebudak sambil baring-baring sahaja. 

Kami memilih bilik Garden Pool Villa di GD. Dan saya request untuk lower unit supaya dapat private pool yang lebih privacy berbanding dengan upper unit. 

Di luar Garden Pool Villa



Bilik Garden Pool Villa ni cukup besar untuk kami berempat. Ada 2 katil saiz King. Kelengkapan bilik juga amat sempurna untuk percutian keluarga.


Dry Kitchen

Ruang bilik mandi yang luas


Dan kolam renang dapat dilihat dengan jelas dari ruang utama. 




Bebudak memang teruja.

Hasya meninjau kolam

Teruja


Dan tidak mengambil masa yang lama untuk terjun ke kolam. FYI, ada 2 pelampung yang disediakan oleh pengurusan GD di setiap bilik.


Kolam 4 kaki






Selepas puas bermandi-manda pada sebelah petang, kami ke taman permainan kanak-kanak yang terletak di tepi bilik penginapan. Sempatlah bebudak bermain-main sekejap di sini.



Sebelah malam pula, bebudak sekali lagi bermandi-manda di private pool. Khayra berenang dan berendam sampai biru:)

Suasana Malam di Kolam Renang


Oleh kerana kemalasan yang amat untuk keluar makan, kami order sahaja in-room dining. 



Malam di GD berakhir dengan dengkuran bebudak yang terlalu letih.

Apa lagi yang harus ditulis? Keesokan paginya, masih dengan aktiviti mandi-manda. Dan kalau tak puas dengan private pool, anda boleh bawa anak-anak anda untuk mandi di kolam renang untuk public. Belakang bilik kami je kolam public GD ni.




Akhir kata, terima kasihlah Mr. Hubby bawa saya dan bebudak ke GD ni. "Selamat Hari Bapa 2014"!

Sekian.


8 comments:

MG schmidt said...

hrga mmg berbaloi dgn semua ni :)
nk pegi jgk nnti sbb salu nk book full je ..huhu

adda syuhada said...

bestnyerr...

weezana said...

harga memang agak mahal tapi private pool tu memang sangat menarik. tak perlu nak share pool, nak pakai pakaian renang dan boleh lepak2 di bilik sahaja sambil perhatikan budak2:)

Iam Nurul said...

Seronoknya...biasanya groupon selalu buat promosi..nanti leh pegi..

weezana said...

Iam Nurul, haah kadang2 groupon ada buat promosi. harga rendah sedikit:)

zarida zakaria said...

bestnye..dah lame berangan nak pergi tapi tak pergi2 pun..mesti mahal kan...minumum bajet yang diperlukan berape ea termasuk makan minum?

weezana said...

Salam zarida,

senang je nak tau bajet.. pegi di website dia dan cuba masukkan tarikh yg nak pergi (atau boleh agak2 tarikh. pilih bilik, nnti dia beritahu harga. sebab harga ni berubah2:)

TH said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...