Tuesday, December 31, 2013

Cuti-Cuti Penang.. at Four Points by Sheraton

Hujung tahun 2013...

Dah lama tak balik kampung jumpa mak. Oleh itu, sempena hujung tahun 2013 dan cuti Krismas, saya ambil kesempatan untuk ke Utara tanah air. Makanya, cuti diambil 2 hari lagi bagi membolehkan saya dan Mr. Hubby bawa budak-budak jalan-jalan dulu di Penang. Lama sungguh tak ke Penang.

Oleh kerana dah lama sangat tak menginap di Penang, saya dah hampir tak tahu nama-nama hotel di sini. Banyak hotel-hotel yang dah bertukar nama. Pilih punya pilih (berdasarkan bajet dan keadaan hotel), tempahan ke Four Points by Sheraton (Tanjung Bungah) dibuat.

Maka, pada hari Krismas 25 Disember 2013, kami sekeluarga pun bertolak dari rumah ke Four Points. Kira-kira jam 3 petang, kami tiba di perkarangan hotel untuk daftar masuk. 








FYI, Four Points ni bukan hotel baru. Masa saya belajar di USM dulu, memang sudah ada hotel di sini. Tapi nama hotel tu bukan Four Points. Itulah, memang nama hotel berubah-ubah apabila pengurusan tau pemiliknya berubah. Dan, kami dapat bilik yang cantik dengan 2 katil yang besar.








Seperti biasa, aktiviti wajib ialah bermandi-manda di kolam. Bagusnya hotel ni kerana kolam tak dipenuhi ramai orang. Ada sesetengah hotel tu, sampai melimpah-limpah orang yang mandi. 


pantai ada obor-obor hehehe

si kecik takut kena gigit obor-obor,
jadi mandi kolam je


perenang-perenang dengan aksesori masing-masing

Khayra dengan itiknya dengan aksi `kuak itik'

Hasya sedang berenang gaya bebas


Aktiviti malam pula, cari makan dan keluar ke pasar malam di Batu Feringghi. Pasar malam di sini ada macam-macam barang dijual. 


Feringghi bercahaya dan hidup di malam hari.

Pasar malam
aksesori
selipar


Aksesori rambut

tempat lilin/perhiasan

Jam


Esoknya pula, kami menikmati keindahan pantai di sekitar kawasan hotel. 


pantai


budak-budak yang excited


kakak & adik


Selepas itu, saya mengajak Mr. Hubby untuk berjalan-jalan dan window shopping ke Queensbay Mall. Almaklum, saya belum pernah sampai ke mall ni. 


Queensbay Mall


Petang pula, ke Gurney Drive berjalan-jalan menikmati pemandangan.






Si kecik yang happy





Entry kali ini saya tak ada nak berkongsi tempat makan menarik. Sebabnya, tempat-tempat makan yang saya pergi, biasa-biasa sahaja. Selebihnya, kami makan di hotel sahaja. 


order room service je

Italian 

breakfast sebelum balik SP

Cukuplahkan 2 malam di Penang. Selepas ni balik ke rumah mak di Sungai Petani.

Selamat tahun baharu 2014.

Sekian.    

Monday, December 16, 2013

Makan ala Kenduri di Majlis Resepsi Jovian-Nina..

Sabtu lalu saya temankan bos ke Majlis Resepsi Jovian Mandagie dan Nina Sabri. Majlis ni diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Memang kagumlah bila melanhkah ke Grand Ballroom ni. Sebabnya, dewan dihias indah dengan bunga-bungaan. Perhiasan ala-ala Bali dan pelamin yang sungguh cantik.

Pelamin

Meja dihias cantik

Dewan


Kerusi dengan logo `JN' - Jovian-Nina


Ada beg cenderahati yang diletakkan di atas kerusi para tetamu. Juga ada cenderahati comel di atas meja. 

beg cenderahati

Kotak coklat


Sebaik sahaja duduk, kudapan telah tersedia di setiap meja. Ada samosa dan popiah untuk dikunyah sementara menunggu majlis bermula.


Makan ni dulu


Resepsi malam Sabtu ini dihadiri oleh rakan-rakan kedua-dua belah ibu bapa pengantin. Makanya, wajah-wajah Menteri-Menteri Kabinet dan orang-orang kenamaan memenuhi dewan majlis. VVIP yang mencemar duli ke majlis ini ialah YMM Sultan Pahang. Almaklum bapa Nina, Dato' Sri Ismail Sabri kan orang Pahang. 

YMM Sultan Pahang


Majlis kemudiannya dimulakan dengan persandingan pengantin di atas pelamin. Jovian dan Nina memang nampak sangat sesuai dan comel. 

Ada penari menari tarian jawa

bersanding


Seterusnya, majlis tepung tawar pengantin. Majlis ini dimulakan dengan tepung tawar oleh YMM Sultan Pahang dan diakhiri dengan ibu bapa pengantin. Pengantin kemudiannya ke meja santapan untuk makan beradap. 

sama comel



Selepas itu barulah majlis makan malam dimulakan. Menu-menu lebih kurang ala kenduri juga.


Soto Ayam

Nasi Minyak

Lauk-pauk

pinggan saya

Dessert yang awesome


Sambil menikmati juadah, hadirin dihiburkan dengan persembahan tarian jawa. 



Selepas itu kami dihiburkan oleh Dato' Jamal Abdillah dan Ruth Sahanaya. Pergghh.. memang mantap vokal kedua-dua penyanyi ni. Suasana menjadi romantik. Jamal mendendangkan lagu `Kekasih Awal dan Akhir'. Manakala Ruth menyanyikan lagi `Kaulah Segalanya'. 

Jamal

Ruth


Penghujung majlis, Dato' Sri Ismail (bapa Nina) dan Ray Mandagie (bapa Jovian) berucap sebagai alu-aluan dan terima kasih kepada semua yang hadir. 



Majlis ini sangat indah dan semoga Jovian dan Nina bahagia.

Sekian. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...