Sunday, October 27, 2013

Ikan Merah Kukus Kicap

Makanan yang dikukus memang lebih sihat daripada yang digoreng. Jadi, sesekali tu kenalah masak masakan yang sihat ni. Hari ni saya masak Ikan Merah Kukus Kicap. Ala-ala masak kicap jugalah tapi versi kukus. 




Dan rasanya tidak kurang pun daripada masak kicap yang goreng tu. Sedap je hehehehe. Mr. Hubby kata, dia suka masak kukus kicap ni. Saya lagi suka sebab penyediaannya mudah. Main campak-campak je dan tak remeh. 

Bahan-bahan

3 potong ikan merah
2 biji tomato (belah 4)
1 biji bawang merah saiz besar (guna bawang besar pun ok)-hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 batang cili merah - hiris
1/2 inci halia - hiris
sedikit serbuk lada hitam
1sk garam
2sb kicap manis
1/2sk gula
1 batang daun sup - potong kecil
sedikit minyak zaitun - kalau takde, renjis ler sikit minyak masak

Cara-cara

Letak ikan dalam loyang yang bersesuaian (tahan panas). Lepas tu tabur jelah semua bahan-bahan di atas dan renjis-renjis sikit dengan minyak zaitun/minyak masak.




Pastu panaskan air dalam periuk kukus dan kukus sehingga ikan masak. Kalau rajin boleh terbalikkan ikan lebih kurang 10 minit semasa mengukus. 


masuk dalam periuk
Dah masak


Resepi yang mudah, sihat dan lazat.




Enjoy.

Sunday, October 20, 2013

Mee Udang Sungai Dua - Restoran Aur Gading (Terbaikkkk!)

Dah lama sebenarnya saya merancang nak ke Sungai Dua (Seberang Prai) untuk merasa Mee Udang yang hangat diperkatakan di blog-blog. Kalau tengok foto-foto yang dipaparkan, mak haihhh besar-besar sungguh udangnya. 

Akhirnya, kesempatan untuk merasai kenikmatan Mee Udang Sungai Dua ini muncul jua. Sempena cuti Aidiladha, kami singgah ke Restoran Aur Gading ini dalam perjalanan dari ibu negara ke Sungai Petani. 

Meskipun sepanjang perjalanan hujan turun renyai-renyai dan ada kalanya lebat di beberapa kawsan, kami tidak patah semangat untuk mencari Mee Udang idaman ini. Dan hasilnya....




Sungguh hebat persembahan Mee Udang ini. Mana taknya, apabila menempah menu, anda boleh pilih sendiri berapa banyak udang dan berapa besar udang yang anda mahu. 


Boleh pilih-pilih makanan laut

Sekiranya anda malas (seperti saya dan Mr. Hubby), anda boleh minta tukang masak yang pilihkan udang. Sekiranya tukang masak yang pilih, anda akan diberi tiga ekor udang yang besar dalam pinggan mee anda.




Anda juga diberi pilihan untuk order mee udang dalam satu mangkuk besar (boleh pilih untuk berapa orang) dan selepas tu ceduk sendiri dalam pinggan mengikut kemampuan makan. Tapi saya order sepinggan2 sebab saya percaya kelaparan kami membuatkan masing-masing boleh menghabiskan mee udang yang awesome ini. 

Oleh kerana Hasya sangat suka ketam, dia lebih teruja nak merasa mee ketam. Konsep mee ketam ni pun sama dengan mee udang, boleh pilih sendiri ketam yang anda sukai atau minta sahaja tukang masak pilihkan. 




Anda juga boleh order beberapa menu makanan laut yang lain. Kami order Sotong Goreng Tepung yang rangup dan lazat.




Pastinya, kami akan datang lagi. Mr. Hubby suka sangat dengan Mee Udang ni. Hasya pun berpuas hati sungguh dengan mee ketam.




Hasya yang happy


FYI, di Sungai Dua ni memang banyak Restoran/Warung Mee Udang, maka buatlah pilihan yang tepat ye. Kepada sesapa yang nak ke sini, alamat seperti di bawah:





Restoran Aur Gading, Mee Udang Sg Dua
Lot 228, Jalan Pangkalan Machang,
Titi Timbul, Sungai Dua,
13800 Butterworth, Penang.
Tel: 012-466 7967.


N5.43210 E100.43120


The End

Sekian. 


Saturday, October 12, 2013

Menjenguk Monsters & Dinosaurs di Putrajaya

Hujung minggu kalau takde idea (memang selalu takde idea) nak pergi mana-mana, maka bolehlah lapangkan diri untuk menjenguk haiwan-haiwan prasejarah di Putrajaya. Almaklum budak-budak, terutamanya budak lelaki selalunya teruja dengan Dinosaur. Oleh yang demikian, marilah luangkan masa untuk ke Backyard Monsters and Dinosaurs di Marina Putrajaya.



Meskipun saya ada 2 girls, tapi Dinosaur tetap menjadi satu keterujaan buat my kids. terutamanya untuk si kakak yang dah besar tu. Nampaknya pameran Monsters & Dinaosaurs ini memang menambat hati budak-budak. 

kaunter tiket
(Khayra bermuka masam)


FYI, harga tiket masuk bagi dewasa ialah RM10. Manakala kanak-kanak RM6. Bawah 5 tahun (contohnya Khayra hehehe) adalah percuma. Jumlah bayaran yang kami bayar = RM26. 

jom2 dah ada tiket

Pameran ni dibuat dalam bangunan ye. Pencahayaannya agak gelap, maka kualiti foto agak kurang baik kerana saya guna note sahaja. Jom kita mulakan pengembaraan.

Peta


Tarantula menunggu pengunjung di pintu masuk.



Ada banyak spesis raksasa yang dipamerkan. Ada Apatosaurus, Tyrannisaurus, Dimetrodon, Triceraptors, Pachycephalosaurus (nak terbelit lidah), Stegosaurus, Basilosaurus dan Deinonychus. 



Apatosaurus


telur dinosaur









Kasut besar

Sepanjang pengembaraan Hasya memang teruja. Sesekali dia akan terkejut juga kerana kesemua raksasa ini ada pergerakan. 

Praying Mantis
Black widow


Scorpion


Walau bagaimanapun, Khayra berasa takut dan tak mahu jalan sendiri. Apabila melihat dinosaur yang bergerak dan mengeluarkan bunyi (adakah dipanggil ngauman?), Khayra akan menjerit ketakutan hehehehe... Nampaknya pameran ini bukan satu frightening entertainment untuk budak2 yang di bawah umur 5 tahun. Patutlah percuma.... :D


Khayra takut

Selain daripada melihat-lihat dan merasai ketakutan, anak-anak juga boleh mencuba beberapa peralatan animatronik. Makanya, boleh mencuba sendiri peralatan yang dicipta untuk membuat pergerakan dinosaur. FYI, Bahan-bahan pameran telah direkacipta di salah sebuah studio terkenal di Amerika Syarikat yang bertanggungjawab dengan pembikinan filem Hollywood, Honey, I Shrunk The Kids. 

Menggerakkan Black Widow






Menggerakkan sayap serangga raksasa


Akhir kata, kepada sesapa yang tak tau lokasi Marina Putrajaya, lokasinya adalah di Presint 5. Bersebelahan dengan Hotel Pullman Putrajaya. Pameran ini dibuka dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam. Lama lagi tau pameran ni, sehingga 28 Februari 2014.

update: Terperasan yang pameran ni dilanjutkan sehingga Jun 2014..  

sekian. 

Thursday, October 10, 2013

Happy Birthday 2 Year Old... Miss Khayra


You maybe little in size, 
but you bring loads of happiness 
to everyone around you. 
I can't wait for the day that you old enough 
to read and understand this heartfelt wish 
on your birthday... Oct 9th 2013

Happy 2nd Birthday my dear Miss Khayra Aleesya!




Sepotong kek Praline Choc dari Komugi










Happiest Moment


Simple Party just 4 of us



Baby Alive for her




Loves her doll


A daughter is someone who reaches for your hand and forever touches your heart...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...