Sunday, September 29, 2013

Roti Arab cicah Kari Kambing..



Sebelum ni saya pernah post entry Step-by-step Roti Arab. Entry tu saya masak Roti Arab cicah dengan rendang. Hari ni saya buat Roti Arab lagi. Tapi kali ni dengan Kari Kambing. Dan kali ni juga saya buat satu adunan sebab takut tak cukup. Almaklum, kari kambing yang dagingnya berlemak-lemak perrghhh...

Buat Roti arab ni takdelah susah. Cumanya nak kena rajin sebab uli sendiri. Tapi tak susah ulinya, kejap je. Tak sakit tangan pun. Resepi yang sama saya ambil dari Sofinar di MyResepi. 

Bahan-bahan

2sb mentega
2sb minyak masak
2sb gula
300ml air suam
6gm yis (lebih kurang 2sk)
500gm tepung gandum

Cara-cara

Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam.




Tepung digaul dengan yis.




Campur kesemua bahan dan uli hingga kental dan licin.






Perap satu jam dalam plastik atau bekas kedap udara.




Selepas sejam, uli semula dan bahagikan doh kepada 18 bahagian. Bulat-bulat.


selepas sejam



Panaskan minyak. Canai doh nipis 0.4cm. Goreng dengan minyak banyak. Tunggu roti kembung baru terbalikkan. Angkat dan toskan.






Nota:  Gorenglah roti apabila kari kambing telah masak. Jadi, boleh makan panas-panas.

Mari sediakan Kari Kambing pula. Resepi ni saya inspirasikan daripada Dapur Mat Gebu. Cumanya, saya permudahkan lagi serta kurangkan sedikit bahan. Saya juga buat kari tanpa santan. 

Bahan-bahan

500gm daging kambing
1 biji kentang (boleh letak 2  biji kalau suka) - potong 4
1 biji tomato - potong 4
1 keping asam gelugur
sepeket rempah kari daging Babas - gaulkan dengan 1 cwn air

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah (saiz sederhana)
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Tumis
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

minyak masak secukupnya (kena letak lebih sikit supaya tak kering, almaklum tak guna santan)
garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sehingga layu dan naik bau.




Masukkan bahan kisar. Kacau sehingga masak dan naik bau.




Masukkan rempah kari babas dan kacau lagi sehingga mendidih. Masukkan daging. Masukkan tomato dan asam keping. Kacau sesekali sehingga daging masak. Boleh tutup tudung periuk tapi jangan lupa kacau sekali sekala. kalau terlalu kering boleh tambah air dan tambah sedikit minyak.




Masukkan kentang dan garam secukup rasa. Juga boleh masukkan sedikit air. Kacau sesekali sehingga kentang masak.






Maka, masaklah kari kambing. Sila hidangkan dengan Roti Arab yang digoreng panas-panas.





Makan sehingga badan terasa panas.

Sekian.

Finally got my Le Creuset.. (it's on my wish lists!)

Dah lama sebenarnya saya impikan untuk miliki set memasak Le Creuset. Selama ni berharap supaya ada orang belikan. Tapi nampaknya takde orang belikan. Santa Claus pun tak datang untuk hadiahkan Le Creuset masa krismas :P

Justeru, kenalah beli sendiri. Happy sangat masa set ni sampai. Harap-harap nanti ada rezeki untuk lengkapkan set. 



Mini cocotes ni datang dengan buku resepi. 



Saya nak kumpul Cherry Le Creuset.



Tapi wish lists saya masih ada banyak lagi... beg, kasut, vacation, set pinggan bla bla bla bla... :) 



Sentiasa berharap ada orang hadiahkan etc etc.. Hmmm... kalau tak, kenalah beli sendiri.



Sekian.

Saturday, September 28, 2013

Kerang Goreng Kicap.. Resepi Simple & Sedap lagi.

Satu rumah saya ni memang suka makan kerang. Selalunya kalau beli kerang, saya akan rebus je sebab mudah dan lazat. Kalau terajin sikit, barulah saya masak sambal tumis. Tapi memang mencabarlah sebab kena kopek kerang tu satu persatu. 



Oleh kerana dah selalu sangat makan kerang rebus, hari ni saya nak nak kongsi resepi Kerang Goreng Kicap. Resepi ni memang simple, tak guna banyak bahan dan cepat je siap. Berebut-rebut Mr. Hubby dan Hasya makan (maksudnya, sedap sangat ler tu). FYI, saya goreng dengan kulit-kulitnya sekali. Barulah syok dorang mengopek kerang masa nak makan tu. Silalah cuba, memang simple dan sedap.

Bahan-bahan

1kg kerang - cuci jgn sampai berpasir, nanti makan pasir


1 labu bawang merah besar (hiris) - boleh letak 2 pun
2 batang cili merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
kicap manis secukupnya
1sb gula
1sb sos tiram
garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu. 



Masukkan kerang, kicap dan sos tiram. Kacau sebati. Masukkan gula dan garam. Kacau sekali-sekala sehingga kerang masak. Kalau kerang dah terbuka tu tandanya dah masak.



Nota: Tak perlu tambah air sebab kerang tu akan mengeluarkan air.

Dah siap. Sila makan dengan nasi putih.



Sekian.

Friday, September 27, 2013

Melaka River Cruise.. Menyusuri Sungai Melaka (Part II)

Bersambung dari Part I.

Esok paginya, kami bangun agak awal. Selepas bersarapan, kami terus check out dan menuju ke Bandar Melaka. Destinasi pertama tentunya ke Muara Sungai untuk menaiki Melaka River Cruise. 


Dah beli tiket

Beratur

Jumlah pengunjung yang beratur menanti bot tidak seramai malam tadi. Tidak lama beratur, kami sudah berada atas bot untuk merentasi Sungai Melaka yang bersejarah ini. Maka bermulalah laluan kami menyusuri sungai.






Sepanjang sungai, terdapat deretan bangunan unik. Mata tidak jemu melihat di kiri kanan sungai. Bot ini turut melalui 7 jambatan yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.



pemandangan yang indah

Melalui jambatan

jambatan

bangunan yang dilukis






Sepanjang perjalanan ini juga, mata kami terlihat beberapa kali biawak yang sedang berenang atau merangkak di atas batu-batu di tepian sungai.


Nampak tak biawak?

Selesai perjalanan selama 40-45 minit ini, kami sebenarnya berasa amat letih. Namun Hasya masih bertenaga dan teruja untuk ke Muzium Samudera/Maritim. 




FYI, Muzium unik ini berbentuk kapal dan dibina berdasarkan reka bentuk Kapal Portugis `Flor De La Mar'. Kapal inilah yang digunakan oleh Alfonse de Albuquerque untuk menjajah Melaka pada 1511. RM3 je bayaran untuk masuk dalam kapal ini bagi dewasa. Khayra seperti biasa FOC.


Mr. Hubby & Khayra

Hasya yang sudah berlari untuk menaiki kapal
Dalam kapal

Antara yang dipamerkan

Dalam kapal ada kapal


Saya berbisik kepada Mr. Hubby supaya menjadikan Muzium berbentuk kapal ini sebagai destinasi terakhir. Saya sudah terlalu penat untuk berjalan ke tarikan yang seterusnya. Oleh kerana saya dah penat, tetiba je dapat idea untuk mengelilingi tempat-tempat bersejarah dengan menaiki beca. 


pemandangan Menara Taming sari dari atas beca

Laluan bersejarah ke afamosa

Kami juga tak lupa mengambil gambar kenang-kenangan. 




Matahari semakin terik. Kepanasan dan rasa dahaga yang amat mendorong kami untuk mencari Coconut Shake di Jalan Klebang Besar.  






Tak susah nak mencari gerai ni. Berdekatan dengan Caltex. Untuk yang menggunakan GPS, kordinat adalah seperti berikut:


N 2 12.984E 102 12.292


Meskipun perlu beratur untuk mendapatkan Coconut Shake yang lazat, namun segala pengorbanan adalah berbaloi kerana minuman ini sungguh awesome!

bestnya!

Ada ice-cream dalam shake ni

Menghilangkan dahaga

Akhir kata, kalau nak makan asam pedas yang lazat (saya makan asam pedas ikan jenahak), anda boleh ke Gerai Hajah Rahmah di KM9, Bukit Katil.


banyak pilihan

Hati mula berkenan

Asam pedas jenahak

Kari kepala ikan

Memang sedap giler asam pedas dan kari kepala ikan kat sini! Lain kali saya akan datang lagi.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...