Monday, August 26, 2013

Muzium Kucing yang penuh dengan Kucing! (Cat Lovers!!!)

Kenapa tak ada sesiapa yang beritahu saya?!


Pintu Masuk Muzium Kucing!


Rupa-rupanya kat Malaysia ni ada Muzium Kucing! Yup Kucing! Kucing yang meow meow tu la.. Wah, macam tak percaya sungguh. Ingatkan di luar negara je yang suka koleksi benda-benda pelik. Di Malaysia pun ada! 

Makanya, tahun ini, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup, saya melawat ke Muzium Kucing! Kepada yang tak tahu (macam saya), Muzium Kucing terletak di Aras Bawah, Bangunan  DBKU, Kuching Sarawak. 





Ada macam-macam koleksi yang berkaitan dengan kucing di sini. Menarik sungguh tau. Jom kita tengok apa ada dalam muzium ni.


Untuk melawat ke muzium ni, tak ada bayaran masuk yang dikenakan. Cuma ada bayaran untuk penggunaan kamera. 




Mula-mula kita posing dulu.


Kakak & Adik kucing



Bapak & Anak Kucing

Ada banyak barang-barang perhiasan/koleksi kucing yang dipamerkan. Hasya dan Khayra yang memang peminat kucing teruja berada dalam muzium ni. 










Happy!


Ada juga lukisan-lukisan kucing.

















Setem dan poskad kucing.





Bingkai gambar kucing.




Ada pusara kucing.




Gua kucing.








Banyak lagi... wah3x....





Kucing yang diawet

Hello Kitty!

Garfield





Budak-budak terlebih aktif.







T-shirt kucing juga boleh dibeli. 




Akhir kata, bergambar kenang-kenangan sebelum pulang...






Sekian.

Ambal (Pepahat) Masak Lemak... Aidilfitri@ Kuching 2013



Hari ni nak kongsi resepi Ambal Masak Lemak. Kalau saya masak ambal, maksudnya saya balik rumah mertua di Sarawak.

Pada Hari Raya ke-5 (12 Ogos 2013), kami berlepas dari KLIA untuk beraya di Sarawak pula. Tahun ini merupakan tahun pertama kami beraya di kedua-dua kampung. Budak-budak pun happy sebab cuti yang panjang dan sebab dapat naik kapal terbang hehehe...




Semasa perjalanan menuju ke Asajaya, ada kelibat orang menjual ambal. Maka, saya minta Mr. Hubby beli sekilo ambal. Dan, kali ni saya nak cuba buat Ambal Masak Lemak. 

Mungkin bunyi resepi ni agak aneh untuk orang-orang Sarawak sendiri. Ini kerana, mak mertua saya pun menunjukkan wajah yang agak gusar ketika saya menyuarakan perkataan `masak lemak'. Saya terfikir nak masak lemak sebab saya terbayang siput sedut masak lemak yang lazat. Ambal/pepahat juga sejenis siput kan? Mesti sedap juga masak lemak. 



bawang merah je pakai, bawang putih x pakai


Bahan-bahan

400-500gm ambal (bersih dan tos)
sekotak santan 200ml
1 1/2 cawan air (boleh tambah lagi kalau suka kuah banyak, tapi jangan banyak sangat)
4-5 biji cili padi (bergantung kepada tahap kepedasan yang anda suka)
4 ulas bawang merah (saiz kecik)
1/2 - 1sk serbuk kunyit (bergantung kepada tahap kekuningan yang anda suka)
garam secukup rasa
serbuk perasa (ajinomoto) secukup rasa


Cara-cara

Tumbuk bawang merah dengan cili api sehingga lumat.




Panaskan santan dan air dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk. Masukkan serbuk kunyit. Kacau sehingga mendidih.




Masukkan ambal. Kacau sehingga ambal agak masak (tak lama tau 5-8 minit je). Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Dan dah siap pun apabila rasa masakan ni pedas, masin, manis (manis siput & santan) serta berlemak. 





Laku tau Ambal Masak Lemak ni. Semua orang makan dan kata sedap. Memang sedap pun:)




Sekian. 



Wednesday, August 21, 2013

Salam Aidilfitri 2013...

Aidilfitri tahun ni saya beraya di Kedah dan Sarawak.. Wah, dua-dua kampung sekali nampaknya saya beraya tahun ni. Jadi, sehari sebelum 1 Syawal kami dah berada di Sungai Petani Kedah. Kami terbang ke Kuching pula pada hari raya ke-5. 




Tak banyak foto yang dapat saya kongsikan. Gambar budak-budak jela ye. Gambar kuih raya pun takde. 





Khayra dah mula buat perangai

Makan biskut raya

Kacau sepupu


Kepada semua followers dan pembaca Life is Colorful saya dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada menyinggung perasaan anda semua. 

Salam Aidilfitri! semoga anda semua gembira, bahagia dan diberkati Allah swt.



Sekian. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...