Thursday, July 25, 2013

One-Pan Chicken Lagi (Revised)



Kekadang tu memang tak tau nak post apa dalam blog. Sebabnya, saya masak menu yang berulang. Resepi kali ni pun resepi ulangan yang sebenarnya dah berulang-ulang kali buat. Tentunya sangat sedap dan menepati selera saya.

Sebab dah banyak kali buat One-Pan Chicken ni, maka saya dah pandai ubah-ubah sedikit resepi dan cara penyediaan menu ni. Untuk resepi, saya guna 8 ulas sahaja bawang putih yang saya buang kulit dan hiris. Kiranya lebih terjamin kebersihan bawang tersebut hehehehe... Selain daripada itu, saya juga menabur sedikit serbuk paprika (boleh juga guna serbuk cili) pada permukaan ayam. Tujuan, supaya warna ayam yang dibakar lebih mempesonakan.  




Cili merah tu pun saya tak buang biji dan saya guna garam biasa sahaja. Saya juga tambah lobak merah dan tomato. Akhir sekali, saya tabur je parsley flakes tu semasa nak membakar ayam. Lebih mudah begitu.

Bahan-bahan

3 potong quater chicken

3 biji kentang (potong kentang suka hati, jangan besar sangat, nanti kentang tak masak)

1 biji tomato (belah 4)

1 batang carrot (potong la ikut suka)

3 ulas bawang merah saiz sederhana- hiris 

8 ulas bawang putih - hiris

3 batang cili merah (hiris)

1/2 kiub pati ayam (hancurkan untuk tabur)

1 sk garam

1 sb parsley flakes

Oilve oil secukupnya

Sedikit serbuk cili/paprika untuk ditabur atas ayam.


Cara-cara

Letak ayam pada loyang pembakar yang telah direnjis sedikit minyak zaitun. Tabur je lah semua bahan-bahan sesuka hati. Kemudian renjis-renjis lagi minyak zaitun pada sekitar loyang. 




Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Bakar dalam oven selama lebih kurang 45 minit.




Siap juadah berbuka puasa yang sungguh menawan selera. 


Tunggu azan maghrib

Selamat Berbuka Puasa!



Sekian.


Dah abis.




Tuesday, July 23, 2013

Dome.. Kopi terbaik di dunia... (The World's Finest Coffees)



Dah lama sebenarnya tak makan di The Dome. Hampir tak ingat, bila kali terakhir makan di restoran ni. Tup tup tengok dah ada cawangan di Alamanda, Putrajaya. Ni yang terasa nak cuba makan di sini. Almaklum, mesti ada penambahbaikan menu. Mesti cuba ni... Jom...




Tak berapa ramai orang di sini. Sesuai kalau nak privacy dan makan dengan tenang.




Dome ni memang terkenal dengan variasi kopinya yang sedap2.. Jadi, memang wajiblah minum kopi. Kopi bukan sebarang kopi. Saya order kopi yang paling popular kat sini iaitu Honeycomb Goldrush. Ada banyak coklat chunk yang ditabur atas krim whip coffee ni. Memang sangat sedap.


Honeycomb Goldrush













Mr. Hubby tak nak kalah dan order Cofffee Twister. Kopi ni pun ada campuran coklat. Yumyum.




Kali ni juga tak nak makan pizza. Tapi saya nak makan seafood. Maka, saya yang amat lapar ini telah order Fisherman's Platter. Pergghh ada udang goreng tepung, sotong dan kepingan ikan. sangat mengenyangkan.



udang

Calamari

Jejari Ikan


Mr. Hubby pula order Creamy Seafood Pasta. Italian food gitu.




Kopi yang sedap + makanan yang sedap. Cumanya, makan dan minum di sini agak mahal. Memang rabak la poket. Pasni kalau terfikir nak makan kat Dome, mesti saya dah lupa: Bila kali terakhir saya makan di Dome?





Sekian.

Wednesday, July 17, 2013

Puding Susu Buah-buahan (versi yang lebih buah-buahannya)



Sempena berbuka puasa ni memang sesuai sangat kalau dapat makan puding. Puding yang sejuk dan mendamaikan tekak. Sebelum ni saya pernah post entry berkenaan Puding Susu Buah-buahan yang cantik. Leh tengok resepi di  link ni. 

Semalam saya buat lagi puding ni. Tapi kali ni saya nak lebih buah dan kurang puding. Jadi untuk puding, saya kurangkan bahan-bahannya. Dan kali ni juga saya guna susu segar (susu kotak dutch lady tu). Menjadi je puding ni. Dan banyak buah-buahannya. Best2... 

Bahan-bahan 

1/2 paket serbuk agar-agar (guna lebih kurang 6gm je)
1 biji telur
2 cawan air
250ml susu segar (sekotak kecik susu dutch lady)
1/2 cawan gula
2sb tepung kastard
1 tin fruit cocktail (saiz besar) - ambil buah-buahan nya sahaja

Cara-cara

Panaskan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk. Kacau sehingga agar-agar dan gula larut.


haih, kenapa serbuk agar-agar ni susah nak larut hehehe


Masukkan susu segar. Kacau hingga mendidih.




Pukul telur dengan tepung kastard. Masukkan bancuhan ke dalam periuk. Kacau seketika. 




Masukkan buah-buahan, kacau seketika dan tutup api.





Masukkan dalam bekas-bekas comel atau loyang yang besar. Suka hati ok. 






Sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.  Bila dah sejuk, boleh makan begitu sahaja.




Dan boleh juga ditambah susu untuk kesan yang lebih awesome.





Sekian.
  

Saturday, July 13, 2013

Kari Ikan Jenahak (resepi mudah dan sedap)

Kari ikan memang sedap dimakan sebagai juadah berbuka puasa. Kalau masak kari ikan, selalunya saya akan guna ikan tenggiri, ikan merah atau ikan jenahak. Rasa manis dan lemak ikan menyebabkan kuah kari ni akan jadi berganda sedapnya. Hasya pun dah jadi peminat kari tau.



Selalu jugalah saya masak kari ikan. Sebabnya, saya rasa masakan ni tak renyah. Malah saya tak kisar atau tumbuk bahan-bahan. Semuanya saya hiris sahaja dan potong-potong. Rempahnya pula saya guna sahaja serbuk kari Babas. Setakat ni memang sesuai dengan citarasa kami sekeluarga. 

Masak kari ikan akan lebih awesome kalau tambah bendi. Bendi ni juga akan rasa manis dan pedas. Sangat sesuai dengan selera. meskipun saya tak berapa gemar makan sayur, tapi kalau makan bendi kari, tekak masih boleh terima. Kali ni nak masak Kari ikan jenahak.



Jom tengok resepi.

Bahan-bahan

Beberapa potong ikan jenahak (saya guna 5 potongan)
sepeket serbuk kari babas saiz kecil - bancuh dengan secawan air
4 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 sk halba campur
8 batang bendi
sekeping asam keping
sebiji tomato (potong 6)
100ml santan (saya guna yang dalam kotak je)
setangkai daun kari - saya tak letak sebab takde
garam secukup rasa


Cara-cara

Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan halba campur dan tumis sehingga wangi. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh denga air. tambah lagi secawan air. Kalau suka kuah banyak boleh tambah lagi air. Tapi jangan banyak sangat. Kacau hingga mendidih.



Masukkan ikan. Dan kemudiannya masukkan santan dan asam keping. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika.



Masukkan tomato dan bendi dan kacau sehingga masak. 



Tutup api dan kari mudah ni dah siap. 



Sekian.

Friday, July 5, 2013

Firefly Terbang Tinggi & Shopping di Padang Besar

Sekarang ni kalau naik teksi dan cakap kita nak ke airport, pemandu teksi akan bertanya kepada kita semula, `KLIA, LCCT atau Subang?' Wah, ada 3 airport rupa-rupanya di KL/Selangor ni. Ada beza ke? Ish3x, kena tau bezalah. Kalau tak tau, nanti tersalah pergi airport. Kena pastikan penerbangan yang anda tempah tu akan berlepas dari airport yang mana.

Entry ni saya nak kongsi cerita sedikit mengenai pengalaman saya menaiki Firefly. Kelip-kelipkah? Macam yang banyak di Kuala Selangor tu? Eh bukan2. Ini nama syarikat kapal terbang. Firefly ni anak syarikat MAS. Hmmm... Penerbangan tambah murah pesaing AirAsia. 




Makanya, kalau menempah dengan Firefly, anda akan menaiki pesawat anda di Airport Subang. Ini pengalaman pertama saya naik Firefly. Inipun secara kebetulan kerana tiket penerbangan MAS telah habis. Saya nak ke Kangar atas urusan kerja. Dipendekkan cerita, pagi-pagi buta memang dah sampai di Subang Airport. Sunyi sepi.


Takde orang pun...



Dipendekkan cerita lagi, penerbangan pagi ke Utara ni memang berjalan lancar. Tak ramai penumpang dalam pesawat. Eh, makan kacang jugakah atas pesawat? Oh rupa-rupanya Firefly bagi Almond Cupcake sebagai kudapan dalam pesawat. 




Oleh kerana syarikat penerbangan ini adalah anak syarikat MAS, maka majalah dalam pesawat adalah sama sahaja. Ya, sila baca Going Places.




Sekejap je (tak sampai sejam) dah sampai pun di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. FYI, Perlis tak ada airport. Jadi, kalau nak ke Perlis kenalah turun di Alor Setar ye. 




Dan kali ni malas sungguh nak cerita pasal kerja. Lagipun, entry ni sebenarnya saya terlambat tulis kerana ntah kenapa saya ni sibuk sangat sampai takde masa nak tulis tentang perjalanan yang satu ni. Jadi kita teruskan dengan aktiviti selepas kerja iaitu menghabiskan duit di Padang Besar. 


Arked Niaga di Padang Besar

Kalau ke Perlis, wajib lah pergi Padang Besar. Lebih-lebih lagi kalau anda bukan orang Perlis atau Kedah. Ini kerana di Padang Besar ni ada rasa macam bukan berada di Malaysia. Rasa macam ada kat Thailand je. Hehehehe.. 


Dalam bangunan


Mana taknya, peniaga-peniaga di sini, nampak macam orang Siam berdasarkan dialek yang digunakan. Eh, beli apa tu?


Ada banyak jual brooch...

T-shirt

branded celup punya


Kacang 

Ikan masin/jeruk Thai

kudapan


aksesori


Dan sebelum pulang ke ibu negara, singgah makan laksa dulu ye. Ni pun aktiviti wajib kalau anda memang peminat laksa kedah/laksa perlis.


yumyum tau

Seperiuk laksa


Akhir kata, nak kongsi sedikit cerita tentang Firefly ni. Selalunya kalau saya naik MAS, saya akan request tempat duduk di bahagian hadapan. Yelah, senang nak keluar. Maka, terjadilah dialog seperti di bawah:

Lokasi: Kaunter Check-in Firefly

Saya: Boleh beri saya tempat duduk bahagian hadapan? Senang sikit nak keluar (senyum2).
Cik Kelip2: Hmmm... Pintu di bahagian belakang Puan.
Saya: Hah?
Cik Kelip2: Pintu pesawat di bahagian belakang, bukan di hadapan.
Saya: Oh (muka confuse giler)... Kalau begitu bagi saya tempat duduk yang paling belakang (wallaweh betul)..
Cik Kelip2: (senyum panjang...)

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...