Tuesday, June 25, 2013

Nyonya Cuisine di Precious Old China & Tiba2 Jadi Pejuang Wanita...

Nampaknya sekali lagi saya menempuh minggu yang sibuk. Apabila sibuk, bukan sahaja nak masak, nak makan pun tak sempat. Justeru, sunyi sepilah blog warna-warni saya ni. Kesibukan saya ni berpunca daripada aktiviti berbengkel. 3 hari saya dan rakan-rakan sebengkel, memerah otak untuk menghasilkan sebuah pelan untuk melaksanakan kesamarataan gender dalam dunia penyiaran. Pergghhh, tiba-tiba je jadi pejuang untuk wanita.. wink wink :P




Justeru, kesibukan melampau tersebut bermula dari 2 hari sebelum bengkel. Mana taknya, otak terpaksa dan dipaksa untuk menyiapkan kertas kerja mengenai situasi kesamarataan gender dalam organisasi penyiaran kami. Kena buat sungguh-sungguh kerana bengkel anjuran Asia Pasific Broadcasting Union ini akan dihadiri oleh rakan-rakan penyiaran dari negara lain. Sama-sama berkongsi situasi dan mencari penyelesaian sekiranya gender equity itu tidak berlaku dalam organisasi.


Puan Norliza sedang membuat pembentangan

Chrissie & Martin sebagai Moderator

para peserta




Paling menarik, apabila pembentangan dibuat dan kami mendapati bahawa tidak ada diskriminasi gender di Jabatan kami. Jumlah pegawai lelaki dan perempuan hampir sama peratusannya. Peluang untuk naik pangkat juga adalah sama rata. Tidak seperti di negara-negara lain yang masih ketara diskriminasi gender ini. Antaranya seperti di Afghanistan, India, Pakistan dan Maldives.



Sesi Perbincangan


Apabila berbengkel, maka dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru. Ada di antara peserta bengkel ini saya telah jumpa di Persidangan AIBD bulan lalu. Sekarang nak cerita tentang makanan pula. Yelah setelah berhempas-pulas memikirkan pelan 3 tahun untuk memastikan kesamarataan gender diamalkan dalam dunia penyiaran, maka perlulah juga semua peserta menikmati makan malam yang hebat. Maka juganya, kami dibawa oleh urusetia bengkel untuk makan malam di Restoran Precious Old China yang terletak di Aras 1, Pasar Seni.



Sesi Makan-Makan



Restoran ini menawarkan pelbagai menu masakan Peranakan atau Baba & Nyonya. Makanan di sini adalah dari sumber yang halal. Walau bagaimanapun, restoran ini ada menghidangkan minuman keras. Tak dapatlah nak dielakkan kerana untuk bengkel-bengkel antarabangsa begini, urusetia akan mencari restoran yang ada menjual arak namun menghidangkan makanan yang halal. 

Justeru, saya minum jus Roselle je la. Hikhikhik, sedap gak la dan bunganya tu boleh dimakan.


Sedap, ada rasa masam dan manis.. 


Makanan-makanan di sini memang sedap sangat. Terasa keaslian menu Baba & Nyonya. Berdasarkan pemerhatian saya juga, ramai orang makan di sini, pelbagai kaum dan juga pelancong asing. 



Dimulakan dengan Pie Tee

Ini namanya Lobak kalau tak siap -
sila abaikan gambar topi pie tee dlm pinggan tu ok.

Wah3x, makin banyak pilihan

Ayam Pong Teh 

Asam Fish Fillet (sedap giler kuah dia!)

Tofu

Coconut Rice (kaler biru)

Pucuk Paku Belacan

Lemak Nenas Sotong

Lady Finger Belacan

Semua gembiralah makan kat sini. Memang yummy bagi penggemar masakan Peranakan. 


Rakan dari Thai

Bukan saya je suka amik gambar makanan hikhik

Mai, Puan Liza, saya & Elaine

Martin, Sayed & Natalia

Sayed (Afghanistan) tak suka makan nasi,
tapi makan kuah Lemak Sotong hirup gitu je.

Akhir kata, nampaknya lepas ni kenalah memperjuangkan wanita. Supaya tidak ditindas dan didiskriminasi hehehe... Luaskan kuasamu!

Sekian. 
    

Sunday, June 16, 2013

Makan Salted Eggs Crab di Restoran Adam Lai... (Selamat Hari Bapa 2013!)

Hari Bapa datang lagi... Nak balik kampung untuk meraikan dengan bapa sendiri, memang tak sempat. Bz bz bz.... Lagipun, minggu lepas baru jumpa My Dad dan beri Kek Butter Pandan Marble. 

Oleh yang demikian, sempena 16 Jun 2013, saya meraikan sambutan Hari Bapa bersama-sama bapa Hasya dan Khayra.. Hehehehehe.. Sempena menghargai kasih sayang seorang bapa, maka saya belanja Mr. Hubby, Hasya dan Khayra makan di Restoran Adam Lai...  lai lai... :)


Mr. Hubby & Hasya


Khayra






Restoran Masakan Cina Muslim ni menawarkan pelbagai menu yang lazat. Rambang mata nak memilihnya. Oleh kerana takut tak habis, kami order menu saiz kecil sahaja. Yang mengejutkan, Salted Eggs Crab saiz kecik sebenarnya cukup besar untuk kami berempat. Ada 4 ekor ketam saiz besar! Wow.


Awesome sesangat la ketam ni.. RM36 sepinggan

Dan menu-menu lain yang sangat awesome.


Loo Up Duck RM16

Lala Masak Cili Api RM16

Butter Prawn RM22
Minuman pilihan kami seperti berikut:


Adam Lai Bandung & Milo Ais Tabur

Kedondong Ais


Ketam dimakan dengan menjilat jari. Bersepah-sepah kulitnya.




Kalau larat boleh order ice-cream cake. Tapi saya memang dah tak larat.




Memang puas hati sangat makan di Adam Lai ni. Kalau rasa nak cuba masakan cina yang dijamin halal, datanglah ke sini. Alamat seperti berikut:




Restoran Adam Lai
69-G, Jalan Pahat H15/H
Seksyen 15
40000 Shah Alam
Phone: 03-5524378

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di seluruh dunia.. Semoga jadi bapa yang baik, bertanggungjawab dan penyayang.... :)

Selamat Hari Bapa untuk Mr Hubby!

Sekian. 

Saturday, June 15, 2013

Sambal Tumis Telur Puyuh & Udang



Hari ni nak masak telur puyuh dan nak masak udang juga. Nak masak dua-dua. Jadi kita masak masakan gabungan, Sambal Tumis Telur Puyuh & Udang. 

Telu Puyuh memang sedap dimakan. Masalahnya cuma satu, malas nak kopek kulitnya. Renyah sikitlah sebab kecik-kecikkan. Pastu kulit telur tu melekat-lekat di jari hehehe. Tapi, nak makan punya pasal, kenalah jadi rajin. Jom-jom mari masak.

Bahan-bahan

20 biji telur puyuh - direbus dan dikopek kulit.




6 ekor udang -saiz besar

Bahan kisar
12 tangkai cili kering - gunting, buang biji, rendam dan tos
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm belacan

Bahan lain
2sk asam jawa. Ambil airnya.
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng seketika (balik-balikkan) telur puyuh yang telah dikopek kulitnya. Tujuan supaya mendapat telur yang garing permukaannya. Angkat dan ketepikan.




Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.




Masukkan air asam jawa. Masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.




Masukkan telur dan kacau sebati.




Masuk garam dan gula secukupnya. Biar rasanya ada manis-manis sikit.




Dah siap pun. Boleh dihidang dan dimakan dengan nasi putih.




Sekian.

Saturday, June 8, 2013

Pandan Marble Butter Moist Cake.. (Wangi Aromanya)

Dah lama tak buat kek, tapi hari ni tetiba rasa rajin nak buat kek. Sebabnya, saya nak balik rumah My Dad. Jadi nak bawa buah tangan. Oleh kerana pagi ni baru buat keputusan untuk balik, maka barulah juga nak keluarkan loyang untuk buat kek. Kena buat kek yang cepat siaplah nampaknya. 

`Hmmm cepat siap tapi sedap... '




Butter Moist Cake ler jawabnya. Tapi kalau buat kek kosong takut My Dad tak teruja. Jadi, kita tambah dengan esen pandan. Kita buat kek si tompok hijau hari ni hehehhe....





Bahan-bahan

(A)

250 GM mentega
170 GM gula kastor
210 GM tepung gandum
1 sk baking powder

(B)

5 biji telur
1/2 sk esen vanila

1sk esen pandan + 1/2sk pewarna hijau epal


Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk. Putar sehingga sebati.

Masukkan satu persatu telur dan esen vanilla . Putar sebati. Telur terakhir jangan putar lama sangat, cukuplah 3-4 minit je.





Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Salah satu bahagian masukkan esen pandan + pewarna hijau. Gaul sebati.




Gunakan loyang yang telah disapu mentega atau lapik dengan kertas baking. gunalah loyang apa sahaja yang anda suka, tapi jangan saiz yang besar sangat. Kalau nak kek yang tinggi guna loyang 8 inci (kalau guna loyang bulat). Selang-selikan atau tompok-tompokkan adunan anda untuk menghasilkan marble pada kek.


suka hati je tompok



Panaskan oven suhu 160 darjah. Bakar kek selama 50-60 minit atau sehingga bahagian atas kek sedkit perang. Sila cucuk guna lidi kalau takut kek tak masak.





Dah masak dan cantik tompok-tompok hijau.




Potong isi dalam bekas.





Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...