Sunday, May 26, 2013

Pizza Cheezy Hotdog saiz regular..

Semalam budak-budak kat rumah tak nak makan nasi. Hasya kata dia nak makan pizza. Hmmm... Nak buat pizza saiz macam biasa (besar) memang tak abis. Sebabnya Mr. Hubby takde kat rumah. Mr. Hubby tengah sibuk makan Kimchi kat Seoul.




Oleh yang demikian, saya belek resepi pizza yang pernah saya buat. Apa kata cuba buat separuh adunan. Saya ok je, saya takut breadmaker tu yang tak ok. Yelah sikit sangat jadinya bahan-bahan yang nak diadun. Pedulikan perasaan breadmaker tu, dia kan my maid (pembantu uli). Jom kita buat pizza saiz regular.




Bahan-bahan

100 gm tepung roti @ tepung gandum biasa
1 sk gula
sedikit garam
1/2 sk yis
70 ml air
1/2 sk
1 sk susu tepung

Topping
Sos Tomato
Sebatang sosej (hiris kecil)
Oregano & parsley flakes
Keju Mozarella dan Parmesan secukupnya


Cara-cara

Saya masuk je semua bahan-bahan dalam BM. Pastu tekan fungsi uli. Biarlah BM tu uli sendiri. 




Nota: Oleh kerana adunan ni tak banyak, BM mungkin susah sikit nak uli pada peringkat awal. Sila bantu BM dengan tolong satukan semua bahan-bahan dahulu. Kepal dan masuk dalam BM. Tak pun bila dah masuk dalam BM, tolak-tolakkan sedikit adunan supaya semuanya dapat bersatu.

Selepas sejam setengah BM menguli, keluarkan doh. Dan boleh canai doh saiz bulat. Buat leper pun ok. Suka hati.





Tempekkan di atas loyang. Dan ratakan sedikit sos tomato. Kalau suka banyak, boleh letak banyak. Taburkan parsley dan oregano flakes.




Susun hirisan sosej.




Akhir sekali taburkan keju sesuka hati.




Panaskan oven 200 darjah dan bakarlah selama 8-10 minit. Saya bakar 10 minit, jadi terlebih garing. 




Walau bagaimanapun tetap awesome hasilnya.




Habis dimakan oleh budak-budak.






Sekian.

Friday, May 24, 2013

Sotong Masak Kicap.. My Simple Life....

Hari  ni tanya dengan Hasya, `Mama nak masak sotong. Nak makan sotong masak apa?" Dia jawab, "Pedas".

Hmmm.. Selalu sangat makan sambal tumis. Memang tak dinafikan Sambal Tumis Sotong memang sentiasa menawan kalbu. Namun begitu, sesekali kena tukar masakan. Oleh itu, hari ni saya masak Sotong Masak Kicap. 



Eh, sotong pun boleh masak kicap ek? 

Hmmmm.... Boleh je... Yang penting sedap. Dan masakan ni sangat mudah untuk disediakan. Hiris-hiris, campak-campak je. My Simple Life gitu....



Bahan-bahan (untuk makan 2-3 orang)

3 ekor sotong saiz sederhana besar. (Buang kulit, cuci dan potong bulat-bulat)
sebiji bawang merah saiz besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
sebatang cili merah (hiris)

3sb kicap manis 
1sk sos tiram
garam secukup rasa 

Nota: Kalau guna kicap masin, tambah gula 2sk.


Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu dan naik bau.



Masukkan sotong dan kacau seminit.



Masukkan kicap, sos tiram garam dan gula.



Kacau seketika dan tutup api.



Siap dah.. Senang kan? Bila-bila pun boleh masak:)

Saturday, May 18, 2013

Hazelnut Chocolate Cheese Cupcakes untuk Hari Guru..

Sejak-menjak ada anak bersekolah ni, makanya tiap-tiap tahunlah saya kena menyiapkan hadiah + makanan untuk sambutan Hari Guru di sekolah. Eh bukan makanan katering tapi pot luck untuk Hasya berparty dengan rakan-rakan sekolahnya. Jadi, tiap-tiap tahun juga kena fikirkan menu pot luck yang hebat supaya hati Hasya, hati rakan-rakan Hasya dan hati Cikgu Hasya gembira. Hmmm... hebatlah sangatkan....

Maka, untuk menghasilkan menu yang hebat, terpaksa saya merajinkan minda. Fikir-fikir nak masak apa ye? Cuba jadi kreatif dan belek-belek blog resepi. Akhirnya, minda saya berjaya membentuk sebuah resepi yang awesome... Jeng3x, jom buat `Hazelnut Chocolate Cheese Cupcakes!'




Kek cawan ni bukan sahaja cantik (penat fikir camner nak mencantikkannya), malah sedap dimakan. Rasa coklat yang mewah dan ditambah pula dengan rasa krim keju. 




Sedap, manis dan berkrim.. Kacang hazel yang ditabur atas kek pula memberikan kesan kemewahan berganda. Bahaya-bahaya.. kalori tinggi hehehe....





Bahan-bahan (saya dapat 19 cupcakes kecil)

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum (saya guna tepung kek/superfine)
1 sudu kecil baking powder             


Cara-cara

Cairkan coklat. Gunakan kaedah double boil. Masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair. Tutup api. Ketepikan.




Dalam mangkuk lain, kacau telur dan gula hingga sebati. Tak perlu pukul sampai kembang. Saya pukul pakai spatula je.




Masukkan coklat cair tadi dalam mangkuk telur. Kacau sebati lagi. Panaskan oven 170 darjah.




Ayak tepung dan baking powder dalam mangkuk dan kacau lagi sehingga semua bahan sebati.






Saya sudukan adunan dalam bekas comel untuk cupcakes. Saya letak 1/3 isipadu bekas. Susun atas loyang pembakar. 




Bakar sehingga masak tapi jangan terover baked. Saya bakar cuma 14 minit. Kena agak-agak kerana bergantung kepada saiz cup. Dah siap. Ketepikan ye.





Untuk topping krim keju pula:

Bahan-bahan
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

dan kacang hazel (hancur kasar) + coklat cair (boleh cairkan coklat masakan atau guna coklat cair Hershey) untuk topping atas krim keju


Cara Penyediaan

Putar cream cheese dengan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen. Putar lagi sehingga sebati. Dan adunan cream dah siap.




Sudukan krim keju dalam cup choc cakes tadi. 




Pastu saya hiaskan dengan taburan hazelnut dan paipkan sedikit coklat cair.





Panaskan oven 170 darjah dan bakar selama 5 minit. Dah siap.. Jom try sebijik....





Packing untuk dibawa ke tadika.



Siap dalam bekas


Hasya teruja nak berparty.




Dan katanya cupcakes abis diserbu peminat.

Sekian. 

Thursday, May 16, 2013

5S lagi. Kali ini di Legend Resort Cherating...

Nampaknya rajin juga saya menulis tentang Amalan Persekitaran Berkualiti (5S). Mana taknya, amalan 5S ini merupakan amalan yang berterusan. Justeru, sekali-sekala tu haruslah diadakan bengkel atau seminar untuk memastikan amalan ini terus subur di Jabatan. Untuk jadikan 5S ni satu budaya, maka kali ini nak cerita tentang Bengkel Pembudayaan 5S di Cherating, Pahang. 


Legend Resort Cherating

Edmund di hadapan resort


Mula-mula nak kongsi foto-foto pantai Cherating. Ni betul-betul di Belakang Legend Resort.




Ketam buat corak


Pemandangan hotel dari pantai

Cantikkan?  Tapi pantai ni tak ada sangat orang mandi sebab ombak besar dan obor-obornya yang aneh. Dan mungkin juga obor-obor dan ombak besar ni terlalu independent hehehe. Baca papan tanda ni...




Resort ini juga ada kolam renang yang cantik dan luas. 






Dan bilik yang luas dengan pemandangan di balkoni yang mendamaikan jiwa.







Makanya, atas faktor persekitaran resort yang indah di mata, kenalah saya memberi tumpuan sepenuhnya dalam bengkel pembudayaan 5S ni.





Encik Anuar dari MPC


Selama 2 hari 2 malam berbengkel, perjalanan pulang pula tidaklah lengkap sekiranya tidak disusuli dengan buah tangan pantai timur yang popular seperti keropok lekor. 





Yang bestnya, boleh makan keropok lekor panas-panas atas bas. 




Akhir kata, terima kasih pada urusetia yang bertungkus-lumus menggembirakan kami semua. Semoga RTM dapat memperbaharui sijil 5S untuk tahun yang kedua :)

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...