Friday, March 29, 2013

Kek Mentega Moist... Less is More kan?

Moist & Wangi... 


Ya, kadang-kadang tu `Less is More'. Tanpa Krim Keju, tanpa whipping cream, tanpa sour cream, tanpa topping, tanpa pewarna dan tanpa itu tanpa ini, tidak semestinya kek anda tidak sedap. Dan jika kek anda sedap dan moist tanpa bahan-bahan yang saya sebutkan tadi, maka benarlah `Less is More'...


Sebenarnya, saya nak cerita tentang `Kek Mentega Moist'. Apa sangatlah kan, kek mentega je. Maksudnya pakai mentega je. Tapi perkataan `moist' tu menyebabkan kek mentega ini akan menjadi pujaan selera ramai individu. Antaranya adalah saya sendiri.




Saya memang dah lama tercari-cari resepi Butter Cake yang sedap. Dan resepi ini amat memuaskan hati saya. Sebabnya, dah ler senang nak membuatnya, sedap sangat pula rasanya. Macam kek yang dijual di bakery gitu. Paling best, bau kek ni wangi sangat!


Resepi ni saya saya ambil dan ubah sedikit dari post bebop di forum cari. almaklum, saya ni kan suka blog walking dan forum walking, alhamdulillah kebetulan jumpa resepi yang mendapat banyak positive reviews.


Bahan-bahan


ini je bahan-bahannya

(A)250 GM BUTTER
200 GM GULA - saya cuma guna 170gm
210 GM TEPUNG GANDUM
1 TSP BAKING POWDER

(B)

5 BIJI TELUR
1/2 sk esen vanila - saya tambah


Cara-cara


Masukkan bahan-bahan A dalam mangkuk. Putarkan guna mixer sampai sebati.






Masukkan bahan-bahan B iaitu esen dan telur satu persatu. Putar hingga sebati.





Selepas masukkan telur yang terakhir, putarlah dalam 4 minit je, jangan putar lama sangat okey.





Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu mentega atau gunalah baking paper. loyang 9 inci adalah loyang paling sesuai. Saya guna loyang petak sebab senang nak potong-potong kek nanti.





Abaikan perasaan gundah-gulana sekiranya adunan anda kelihatan tidak berapa nak rata dalam loyang. Nanti bila adunan panas dalam oven, automatik adunan anda akan rata sendiri. Bakar dalam 50-60 minit atau sehingga atas kek keperangan sedikit dan dalam kek sudah masak (tidak melekat apabila dicucuk lidi).



Bau harum tau

Siap dibakar dan kek yang baik budinya ini, pandai meregang dirinya sendiri dari tepi-tepi loyang. jadi, tak susahlah nak mengeluarkannya. Sungguh tidak banyak kerenahnya.



Regang sendiri tepi-tepinya




Potong comel-comel. Nak letak dalam bekas. Nak bawa sebagai buah tangan ke rumah my sister nanti.





untuk My Sis

Bau wangi kek ni masih menjadi aroma dapur dan ruang tamu semasa saya menaip entry ini hehehehe. Cubalah sekiranya anda peminat Butter Cake.



bekal saya pagi ni..

Nota: Kek ini juga boleh dibuat Kek Marble atau kek-kek perisa yang lain mengikut kreativiti anda. nanti-nanti saya buat yang versi additional value pula ye:)

Wednesday, March 27, 2013

Mr. Kabab & Biryani Putrajaya (Arab & Pakistan gitu...)

Teringat pulak yang saya belum tulis entry tentang Restoran Encik Kabab ini. Dan percayalah, nama restoran ni memang `Kabab' dan bukan `Kebab'. Kalau DBP nak marah, boleh marah owner dia, jangan marah saya hehehe.

Kekadang tu memang rasa nak makan makanan Arab atau Pakistan atau mencari makanan-makanan berempah dan bagi panas sikit perut. Sebut je Nasi Arab, Mr. hubby automatik je pandu pergi ke Restoran Saba di Cyberjaya. Jadi awal-awal lagi kena ubah sikit dialog. 

Saya: takde ke restoran Arab yang sedap kat area Putrajaya? Asyik-asyik pegi Saba je.

Mr. Hubby: Kawan-kawan kata ada. Jom tengok kat GPS. 

Then, belek punya belek GPS. Nampak nama `Mr. Kabab & Biryani' kat Presint 15. Jadi... Jom ke sana!



Dah sampai pun


Tak susah nak cari Restoran ni. Restoran ni besar. Boleh makan di dalam (berhawa dingin) atau boleh pilih makan di luar. Kami pilih untuk duduk lepak2 di luar. 





Tunggu order


Dan tak lama tunggu makanan pun. Servis memang efisien. 


Meja sudah sesak!


Mr. Hubby makan Biryani Kambing. Sedappp...




Saya makan roti nan cheese. Lembut giler dan cheezy sungguh. Siap tapau bawak balik untuk budak-budak.



Sedap sangat nan cheese ni!


Cicah dengan kari dia yang cukup rasa. 





Tandorinya sungguh awesome. Tak cukup satu sebenarnya.




Harganya pun tak ler mahal sangat. Boleh la. Tapi bukan untuk makan hari-hari. Sekali-sekala. Masa nak bayar, jangan lupa bawa benda ni ye... 






Alamat restoran:

Mr. Kabab & Biryani
No.42,44,46, Jalan Diplomatik 3/1,
Precint 15 (Diplomatic Precint),
62050 Putrajaya



Sekian. 


Thursday, March 21, 2013

Hokkaido Chiffon Cupcakes yang Lembut dan Berkrim!



Dah lama sebenarnya saya teringin sangat nak buat sendiri Hokkaido Chiffon ni! Tapi tak tahulah kenapa, baru semalam saya berjaya buat sendiri kek ni. Dan.... Saya sangat happy! Kek comel ni bukan sahaja cantik, malah sangat lembut dan sangat berkrim! Sungguh sedap pada setiap gigitan dan kunyahan (bahaya-bahaya, memang termakan banyak). 

Nampaknya memang buat kek atau masak menjadi terapi jiwa saya. Sangatlah terapinya apabila melihat hasil yang sungguh menjadi ini. Azlita sememangnya memberikan ulasan yang cukup tepat. Kek Cawan Hokkaido Chiffon ini memang hebat dan menawan selera. 

Tahap keremehannya juga tidak melampau. Masih boleh ditangani. 






Bahan-bahan (dari Azlita Masam Manis)

4 biji kuning telur
30 gm gula kastor
1sk esen vanila
40ml susu segar
40ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55gm tepung kek
20gm tepung kastard
1sk baking powder

Dalam bekas lain:


4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula kastor


Cara-cara



Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras (saya dapat 16 biji kek comel). 

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali. Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje. (Nota: Saya putar guna mixer pada kelajuan perlahan).




Tambahkan esen vanila, susu dan minyak dan pukul rata. Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata. 






Dalam bekas lain 
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih. Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks).





Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama.






Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh. Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek.





Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit. (Nota: Saya bakar 20 minit). Keluarkan dari oven bila kek masak. 





Mari belajar buat krim kastard pula: 

CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 

1 sudu teh esen vanila
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul-ketul. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. Saya masak atas api sederhana kecil dan kacau sehingga adunan pekat. Setelah pekat tutup api dan saya masukkan mentega. 






Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag. 




Dan saya letak strawberry untuk menambahkan kecantikan kek cawan ni. 




Cantik, lembut dan berkrim.. Seadanya menawan...


Wah, seksi...

Yummy!

Sekian.

Tuesday, March 19, 2013

Wow, Peri-Vileged Nando's Card! Very Irresistible!

Sebenarnya saya baru je tau yang Nando's Malaysia ada keluarkan Kad Peri-Vileged Nando's. Itu pun sebab saya terperasan brochure yang diletakkan atas meja semasa makan di Nando's Alamanda semalam. Huh, kenapa takde sesapa yang bagitau saya pasal kad loyalty Nando's ni... 



My Nando's Peri-Vileged Card!


Meskipun, mungkin agak terlewat mendaftar sebagai ahli Kad Peri-Vileged Nando's tapi lebih baik ada daripada tak ada. Atau dalam pepatah Inggeris, `better late than never'... Oleh kerana saya rasa ada ramai lagi yang tak tau pasal kad ni, jadi entry ni saya nak kongsi cara-cara untuk anda jadi ahli Kad Nando's ni.

Caranya amat mudah. Anda hanya perlu memohon keahlian di mana-mana Restoran Nando's (Malaysia sahaja ye, Afrika Selatan saya tak tau). Yuran seumur hidup yang perlu dibayar cuma RM10. Anda akan diberi set ahli seperti ini.





Dalam ni anda akan dibekalkan beberapa item. Paling penting adalah kad keahlian (ada 4 warna pilihan tau), juga cara-cara untuk mengaktifkan kad anda. Ada 2 cara untuk pengaktifan kad iaitu pertamanya menerusi pos seperti berikut:


Kalau nak pos, isilah borang ni



Alamat ini


Atau secara online. Tentunya saya pilih cara online yang lebih mudah dan hanya memerlukan masa pemprosesan data selama 2 hari. Kalau pos akan ambil masa seminggu.





Step-by-Step seperti di bawah:


Masuk dalam laman web
Klik My Account

Klik Register Now


Isi info online ni

Submit & Siap!


Tada dah berjaya!  FYI, dalam set keahlian juga diberi baucer seperti berikut:


Baucer percuma Designer Drink

Baucer RM10


Dan ada cenderahati Key Chain `Caution: I'm Hot!'





Maka, berbaloi sangat yuran seumur hidup RM10 tu, sebabnya anda akan dapat balik RM10 dan sebenarnya lebih daripada itu. Anda boleh pilih bila-bila tarikh yang anda suka (ikut suka hati je) untuk mendapatkan 1/4 ayam dengan 2 sidelines percuma.

Pada hari jadi, anda dapat minuman panas dan dessert percuma. Pada tarikh anda jadi ahli, tarikh ini pada setiap tahun anda akan dapat beli 2 set ayam dengan harga 1 set ayam (beli satu dapat lagi satu ler ni). Dan boleh kumpul mata. 1 mata untuk setiap RM1 dan kemudiannya boleh tebus mata dengan ayam Nando's yang awesome!





Dah panjang sangat dah iklan percuma yang saya beri untuk Nando's. Ini namanya saya tahu berterima kasih atas keahlian Peri-Vileged yang memang syok giler. 

Saya tidak mahu tamatkan entry ini dengan `sekian' tetapi dengan perkataan `terima kasih' yang Nando's ucapkan menerusi e-mel pendaftaran saya iaitu `Obrigado'! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...