Friday, January 25, 2013

Step by Step... Ikan Pekasam Goreng



Masa zaman sekolah dulu, selalu juga jumpa pepatah `Alang-alang menyeluk pekasam...' dalam buku teks atau buku cerita. Kalau tengok filem Melayu hitam putih pun selalulah juga dengar pepatah ni. Tapi masa zaman dulu-dulu saya tak berpeluang nak merasa makan ikan pekasam. Almaklum dibesarkan di Johor, mana jelah nak cari ikan pekasam, kalau nak cari tempe banyak ler jualnya.
 
Tapi bila My Mom dah duduk di Sungai Petani, pastinya saya akan mencari ikan pekasam yang senang didapati di sini. FYI, ikan pekasam memang popular di Utara tanah air. Perbezaan ikan pekasam dengan ikan masin adalah ikan pekasam diperam dengan garam dan beras. Beras tersebut terlebih dahulu digoreng tanpa minyak.
 
Oleh kerana saya bukan berada di luar negara, yang mana sukar untuk mendapatkan ikan pekasam, maka saya tak mahu memerap sendiri ikan pekasam ini. Saya beli yang dah siap je. Hari ni saya nak tunjuk macam mana nak goreng ikan ini supaya rasanya lebih awesome daripada digoreng begitu sahaja.

 
 
Bahan-bahan
 
2 ekor ikan pekasam (saya guna ikan sepat)
1/2 biji bawang merah besar (hiris)
6 ulas cili padi (potong dua)
 
Cara-cara
 
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan pekasam hingga garing. Angkat dan letak dalam pinggan.

Nota: Goreng je ikan tu dengan beras-berasnya.



 
 
Boleh guna minyak yang sama, goreng bawang dan cili padi.


 
 
Agak-agak dah garing, angkat dan tabur atas ikan tadi.


 
 
Sila makan dengan nasi putih. Mr. Hubby kata sedap. Bertambah dia makan.
 


Kerang Rebus Cicah Air Asam.. (Resepi My Mom)

Kalau balik Sungai Petani, saya mesti tak lepaskan peluang untuk ke Pasar Tani. Pagi-pagi hari Ahad (sebelum pulang ke ibu negara), saya ke pasar tani untuk cari bahan mentah untuk masak tengah hari tu. Saya juga cari ikan pekasam untuk di bawa pulang. Entry selepas ni saya akan tunjuk cara nak goreng pekasam.
 
Kali ni nak cerita tentang kerang. Kat pasar tani tu, Hasya cakap dia nak makan kerang. Yelah bila tengok kerang yang gemuk-gemuk dijual. Jadi, saya pun belilah sekilo. Balik rumah ingatkan nak rebus sendiri, sekali My Mom pula nak tolong rebuskan. Jadi biar My Mom masaklah. My Mom masak lebih sedap daripada saya masak hehehe..
 
My Mom masak kerang rebus, main campak-campak je. Tak perlu susah payah. Panaskan air dalam periuk dan masukkan bahan-bahan seperti di bawah.
 
1kg kerang (telah dicuci)
1 biji bawang merah besar (hiris)
2 batang serai (titik)
1 batang cili merah (hiris)
sedikit halia (hiris)
garam secukup rasa
 
Rebus sehingga kerang terbuka. Tu tanda dah masak le tu.


 
 
Sekarang ni nak belajar cara My Mom buat air asam nak cicah dengan kerang rebus tu. Bahan-bahan seperti berikut:


 
 
2 ulas bawang merah kecil
1 batang cili merah
10 batang cili padi saiz kecil (adjust ikut selera anda)
2 inci belacan
1sb asam jawa tanpa biji
sedikit garam dan gula
Masukkan sedikit air (air masak)
 
Cara-cara
 
Kisar je guna blendar. Tapi jangan kisar lama-lama nanti terlalu halus.




 
 
Dah siap dan boleh tuang dalam mangkuk.


 
 
Yum Yum....
 
 


Wednesday, January 23, 2013

Sejukkan Tekak di Pak Nik Cendol Sungai Petani

Dua minggu lepas saya pulang ke Sungai Petani. Kali ini saja-saja je balik nak tengok My Mom. Jumaat malam bertolak dari rumah dan tengah hari Ahad bertolak pulang dari Sungai Petani. Perjalanan ke Utara pada hujung minggu biasa (tanpa perayaan), sungguh selesa. Tidaklah kami perlu berasak-asak di lebuh raya. 

Entry ni sebenarnya nak cerita tentang Cendol yang awesome di Bandar Sungai Petani. My Mom lah yang ajak kami singgah di warung ni. Warung ni namanya Warung Pak Nik.


Khayra teruja nak makan cendol


Kat sini tak banyak menu pilihan. Cuma ada Cendol, Laksa dan Bihun Sup je. Lain-lain takde.




Walaupun begitu, pelanggan tetap ramai. FYI, masa kami pergi ni, kurang sikit pelanggan. Pak Nik kata Warung ni baru je nak buka. Almaklum pagi lagi sebab kami baru balik dari Pasar Tani.


Mr. Hubby & My Mom


Bihun sup pun belum ready.

Sedang menyiapkan Bihun Sup


Jadi kami order cendol special untuk hilangkan dahaga.



Hasya & Cendol


Cuaca yang panas menyebabkan cendol Pak Nik ni sedap berganda-ganda. Banyak sungguh isinya. Cendol special ni cuma RM2.20 sahaja semangkuk.



Cendol habis dimakan.



Untuk cendol biasa baru RM1.80. Kat bawah ni saya ambil gambar harga-harga makanan di Warung Pak Nik.



Mr. Hubby kata, cendol kat sini cukup rasa. Manis, berkrim, sejuk dan awesome. Nota: Warung ni tepi jalan je, selepas Petronas. 

Sekian. 

Monday, January 21, 2013

Hasya's Birthday 2013... Haagen Dazs Part II

19 Januari 2013, hari jadi Hasya. Oleh kerana saya dah buat Kek Coklat Moist untuk sambutan hari jadi di tadika Hasya, maka tidaklah saya mahu membuat kek lagi untuk sambutan kami sekeluarga. Saya rancang untuk makan dessert lain pula.

Garfu 2 mata

Saya ambil keputusan untuk makan aiskrim di Haagen-Dazs. Pemilihan ini didorong atas faktor Hasya yang amat sukakan aiskrim (budak mana je yang tak suka aiskrim!). Saya pasti, meraikan hari jadi di Haagen-Dazs akan menggembirakan Hasya.


Justeru, kami ke Haagen-Dazs, Sunway Pyramid. Membelek-belek buku menu yang sangat cantik (ada banyak gambar aiskrim yang cantik!), saya pilih Fondue untuk kami makan bersama. Hasya teruja menantikan Foundue yang diorder.

Menu yang menawan
Fondue

Flower Blossom pun nampak awesome

Fondue yang sangat menarik dan indah persembahannya ini mengandungi 16 mini scoops aiskrim. Ada 4 perisa iaitu Belgian Chocolate, Strawberry, Cookies & Cream dan Vanilla. Selain daripada aiskrim, ada juga potongan kek, biskut cip coklat, biskut Love Letter dan buah-buahan (strawberry, epal dan pisang).




Tangan kecik yang nak ambik aiskrim tu, tangan Khayra!


Paling menarik, Fondue ini dihidangkan dengan coklat cair. Jadi, boleh celup aiskrim, biskut, kek atau buah-buahan dalam coklat cair tu. Sedap tau. Lepas celup dalam coklat cair, boleh celup dengan badam hancur.






Memang awesome dan menggembirakan hati birthday girl!




Selain daripada Fondue, Mr. Hubby juga order Cappucino. Minuman panas ni disertakan 2 keping biskut Cip Coklat.



Haagen-Dazs juga beri saya Ambassador Card. Ada diskaun 30% kalau saya makan di Haagen-Dazs setiap Selasa.



Oleh kerana sudah hampir dengan perayaan Tahun Baharu Cina, jadi, dapat pula angpow diskaun.



Wah, kena makan selalu ni!

Selamat Hari Jadi Hasya, semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang.

Sekian.

Sunday, January 20, 2013

Hasya's Birthday 2013....Eggless Chocolate Cake (with Strawberry & Walnut Topping).... Part I

Semalam Hasya Irdina menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-6. Maksudnya, sudah 6 tahun Hasya menjadi penyeri hati saya dan Mr. Hubby.
 
Oleh kerana tahun ini adalah tahun akhir Hasya akan berada di Tadika, saya merancang untuk mengadakan sambutan di Tadika beliau. Justeru, cuti terpaksa saya ambil pada hari Khamis untuk memastikan saya berjaya menyiapkan sebiji kek dan juga cenderahati untuk rakan-rakan sekelas Hasya.


Saya ambil keputusan untuk buat kek coklat. Tentunya anak-anak kecil di Tadika akan lebih teruja untuk merasa kek coklat daripada kek keju. Oleh yang demikian, saya memilih  Super Moist Eggless Chocolate Cake yang mana pernah saya buat sebelum ini. Cuma kali ini saya gandakan sukatan untuk mendapatkan kek yang lebih besar. Saya juga guna loyang 10 inci. Untuk topping, saya hiaskan dengan coklat masakan, strawberry dan walnut!
 
Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu tepung 
2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais) 
2 cawan gula perang 
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil chocolate emulco - optional
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair 
2 sudu kecil cuka atau jus lemon

 
Cara-cara (sila ke link ini untuk langkah Step by Step)

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek (saya pakai 10 inci). Griskan dengan mentega. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.

Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk (saya guna mixer, tapi tak putar lama). Pastikan adunan tidak berketul. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama (ini pun saya guna mixer).

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 50 - 60 minit atau hingga cukup masak (saya ambil masa 55 minit). 
 
Nota: Masa membakar adalah berbeza bagi oven yang berlainan. Jangan panik kalau nampak kek ni lambat nak masak tengah-tengahnya. Kalau tengah-tengah tu dah tak cair (cucuk guna lidi), maka dah masak le tu.  


Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran. Tapi biarkan kek sejuk dulu. Saya cairkan 125gm coklat masakan, 15gm mentega dan 70ml susu segar (guna api kecil atau double boil). 


Paipkan coklat masakan


Lepas tu saya tuang atas kek, saya hiaskan atas kek dengan hirisan buah strawberry dan walnut (saya hancurkan sedikit)  yang saya dah goreng tanpa minyak.



Kek dah siap, saya siapkan pula beg cenderahati (goodies bag) untuk rakan-rakan sekelas Hasya. Sebab saya tak cukup masa nak menjadi kreatif, beg ni saya beli yang dah siap je. Dalam beg ni saya masukkan snek, coklat, lolipop, mainan dan alat tulis.



Buat 35 beg

Beg yang comel

Intai isi beg

Bangun pagi-pagi Jumaat itu juga, saya sediakan sosej puff (buat) dan donut (yang ni beli) untuk dibawa ke Tadika.



FYI, sambutan hari jadi Hasya di Tadika ni dibuat pada hari Jumaat 18 Januari. Sehari sebelum hari jadi dia yang sebenar. Selamat hari Jadi Hasya!

Thursday, January 17, 2013

Step by Step... Kupang Masak Lemak

Hari ni dah 17 Januari, entry blog saya tak sampai 5 pun bulan ini. Nampaknya, saya sungguh sibuk pada bulan ini. Apabila sibuk, mulalah tak sempat nak masak. Balik lewat dan dah makan sebelum sampai ke rumah. Kalau ada bahan untuk post, masalah takde masa pula timbul. Makanya, berhabuk tak sempat dimop blog `Life is Colorful' ni.
 
Tapi hari ni saya gagahkan juga jiwa dan jari saya untuk menaip resepi `Kupang Masak Lemak'. Masakan ni bukan saya masak pagi ni, saya masak 2 minggu lepas rasanya (ingatan dah lemah sebab dah makin tua). Pagi ni adalah masa sikit nak memblogingkan diri. Sebabnya saya ambil cuti, nak buat macam-macam hari ni. Nanti esok saya beritahu projek saya hari ni (kalau jadi dan kalau saya berjaya curi masa untuk membloging).
 
 
 
Berbalik pada cerita kupang, masa di US dulu saya suka sangat beli kupang (mussel) yang dijual di Walmart. Sebabnya, kupang tu dah dimasak dan tinggal nak menambah perisanya mengikut kegemaran masing-masing. Selalunya juga, saya akan masak lemak. Idea ini datang selepas saya makan tengah hari di rumah Kak Normy. Kupang Masak Lemak yang dimasak oleh Kak Normy memang sedap sangat dan penuh dengan ciri-ciri keMelayuan.
 

 
 
Jom lihat resepi. FYI, saya pakai kupang sejuk beku je sebab saya jumpa paket kupang ni di Cold Storage. Jauh tau kupang ni datang, dari Chile.


 
 
Nota: Kalau tak suka pedas, kurangkan cili. Hasya memang suka sangat masakan ni.
 
 
Bahan-bahan (saya guna bahan-bahan yang simple)
 
1 paket Kupang sejuk Beku - 450gm kupang (bersihkan)
Sekotak santan - 250ml
sebatang cili merah - kisar
2 batang cili padi - kisar (tak payah letak kalau tak suka pedas)
3 ulas bawang merah kecil (kisar)
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
 
Cara-cara
 
Panaskan santan dalam periuk. Masukkan cili dan bawang kisar.

 
 
Masukkan serbuk kunyit, sedikit sahaja, agak-agak sehingga warnanya kuning cair (pandai-pandailah, jangan sampai kuning pekat sangat).

 
 
Kena selalu kacau. Apabila mendidih masukkan kupang. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sekali lagi.


 
 
Dah siap pun. Memang senang resepi ni. Sesuai untuk insan-insan yang tak berapa ada masa seperti saya. Selamat mencuba!


 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...