Wednesday, December 11, 2013

Big Taste Seksyen 7 ( Cari Tudung & Makan)

Antara tempat shopping tudung yang paling best ialah di Seksyen 7, Shah Alam. Kat sini ada BANYAK butik-butik tudung yang akan menyebabkan mata anda berpinar-pinar (tak tahu nak beli yang mana sebab semua nak) dan juga poket yang semakin kering serta berlubang. Jalan terkhir adalah menswipekan kad kredit anda untuk mendapatkan tudung-tudung dan shawl-shawl idaman.  Butik-butik hebat berkumpul di sini, antaranya Fareeda, Pearl Haya, Sugarscarf, Radiusite, Hajra dan banyak lagi. 

Foto dari web Karangkraf


Sekiranya anda ke Seksyen 7 ini untuk merabakkan poket, tentunya anda akan keletihan. Oleh itu, mari saya cadangkan untuk makan di Big Taste. Restoran ni memang di tengah-tengah kelibat-kelibat butik (sebelah Fareeda jek). Maksudnya, anda boleh membeli-belah dan kemudian berehat sambil mengisi perut yang lapar dan kemudian sambung membeli-belah pula. 



Suasana Western dan romantik menghiasi dalam restoran ini. Makanya juga, sekiranya anda datang bersama pasangan anda, eloklah sangat makan di sini. Manalah tahu dengan bercambahnya nilai-nilai romantik dan kasih sayang tersebut, anda akan dibelanja tudung sebaik sahaja selepas makan hehehehe....

bunga pink

bunga putih

ala-ala Italy

lampu cantik


Restoran ni bukan sahaja menawarkan menu-menu Western, malah ada juga menu tempatan. Tapi saya memang terasa nak makan Western. Maka, Grilled Chicken Chop jadi pilihan. 

Nampak awesome kan?

My Grilled Chic Chop


Manakala Mr. Hubby pula order pasta. 

Seafood Carbonara kot.. hehehe dah lupa nama.


Untuk appetizer, kami makan keropok lekor.



Jadi, anda ada banyak sebab untuk ke Seksyen 7. Sopink tudung dan makan makanan lazat di Big Taste... 

betul2 sebelah Fareeda kan? - kredit foto web House of Art :)


Sekian. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...