Friday, November 22, 2013

Pernah Makan Nasi Beringin Bangsar?

Nasi Beringin Bangsar ni dah lama wujud sebenarnya. Saya rasa dari awal perantauan saya ke Kuala Lumpur, memang dah ada dah nasi ni. Cumanya sebelum ni saya tak tahu di mana jualnya Nasi Beringin yang sangat famous ni. Selalunya orang belikan atau kirim orang beli. 

Oleh kerana kali ini saya sendiri yang pergi beli, maka haruslah saya kongsi pengalaman bersejarah ini dengan my blog readers hehehe..

Nasi Beringin yang sedap dap dap


Ceritanya begini;

Last week kami di opis nak menyambut hari jadi Syah (opismate). Oleh kerana dah bosan dengan menu party yang terlalu rutin seperti KFC dan Pizza, makanya kami cuba untuk mengkreatifkan diri. Oleh kerana perut yang lapar dan terasa nak makan nasi, saya pun mencadangkan supaya kami beli Nasi Beringin. 

Maka, mulalah kami menggoogle arah untuk mendapat Nasi Beringin yang popular ini. Menurut kata blogger2, Nasi Beringin ni dijual di Tingkat 2, Menara Mutiara Bangsar. Jeng.. Jeng.. Jeng.. Saya dan Afiza pun bergegas ke Mutiara Bangsar. Jarak dari Opis ke Mutiara Bangsar pun tak jauh. Dan untuk menyenangkan diri, kami parking di level 6 (visitor parking) Mutiara Bangsar. Parking di sini RM2 ye. Dan boleh je parking di sini, Pak Guard tu dah biasa dengan orang luar yang sesaje nak ke level 2 untuk makan. 

Kemudiannya, kami ke Level 2 (level food court) dan tercari-cari gerai Nasi Beringin. Mula-mula tu memang tak perasan tau, maklumlah ingatkan besar gerainya hehehehe...



Rupa-rupanya juga, ada lauk tambahan yang boleh dipilih selain daripada ayam.

Tongkeng & Leher Ayam

Ayam Goreng

Tauhu Goreng

Ada macam-macam lagi


Dan nasib baiklah kami datang awal, jadi tak perlu nak beratur. Menurut tokey kedai, nasi selalunya habis pukul 3 petang. Tapi kadang-kadang tu habis lagi awal. 


Berbungkus-bungkus orang order


Dan bau nasi ni memang harum giler. Masa dalam kereta, perut memang berkeroncong sebab terpaksa menghidu keharuman Nasi Beringin yang kami bungkus.

Sedap tau. Lain kali boleh beli lagi.

Syah dengan nasi beringin


Nasi Beringin Bangsar
Level 2, Menara Mutiara Bangsar, 
Jalan Liku, off Jalan Riong 
Bangsar.


Sekian.

2 comments:

FnF Centre said...

Sedapnya..tapi jauh nak g makan sana..huhuhuhuhu

http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

weezana said...

mmg kat sini je ada jual.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...