Sunday, November 3, 2013

A day at Zoo Negara (National Zoo).. Budak2 & MakPak reviews!

Hasya dah banyak kali menyebut nak ke Zoo Negara. Katanya nak tengok Harimau dan Gajah. Maka, Sabtu lepas, kami gagahkan diri untuk bawa budak-budak ke Zoo Negara. Ye, kami `gagahkan' diri kerana memang malas betul rasanya nak ke Zoo Negara. Almaklum, saya dan Mr. Hubby malas nak tengok rimau dan gajah hehehehe...



Zoo entrance


Jom tengok sebab-sebab anda perlu ke Zoo Negara:

1. Budak-budak boleh melihat sendiri pelbagai jenis binatang secara real.

2. Menambah kosa kata budak-budak seperti perkataan `Emu', burung unta, tenuk dan badak air.

3. Budak-budak akan berasa happy kerana ada aktiviti yang menarik (dorang la rasa menarik).

4. Budak-budak akan teruja di kawasan petting kerana dapat pegang arnab, kambing dan little pony.   

5. Budak-budak akan kagum melihat gajah yang besar dan zirafah yang sungguh panjang lehernya. 













Perasan tak sebab-sebab di atas tu semuanya budak-budak yang suka. Sekarang mari kita lihat kenapa Mak bapak tak berapa suka.

1. Harga tiket dewasa yang mahal. Harga tiket untuk seorang, RM30. Itu pun untuk warganegara. Kalau takde Mykad, RM50. Tiket budak-budak yang ada MyKid cuma RM10. Nampak sangat Mak bapak susah nak teruja dengan fakta ni.

2. Sudahlah mak pak kena bayar RM30 seorang, peta zoo tak diberi percuma. Kena beli dengan harga RM1. Cehhhh....

3. Mak Pak sudah semakin tak teruja kerana tram yang pusing-pusing dalam zoo tu kena bayar pula.. Haih... RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Kalau bukan warganegara, sila bayar dua kali ganda. 

4. Mak Pak semakin berpeluh-peluh kerana berjalan kaki jauh dalam cuaca yang panas. 

5. Mak Pak semakin rasa nak marah kerana pertunjukan haiwan hanya 2 kali sehari iaitu jam 11 pagi dan 3 petang. Sedangkan pengunjung sungguh ramai dan nak tengok animal show.







Akhir kata, sebagai Mak Pak yang prihatin, maka lupakan sahajalah rasa kurang senang di hati. Dengan harapan, wang yang dibelanjakan akan dapat menaiktaraf zoo dan memberi keselesaan tambahan kepada haiwan-haiwan di sini. Juga dapat menyemai rasa cintakan haiwan di hati anak-anak kita.



Is the elephant following me?



Ini baru benar-benar akhir kata: Hasya dan Khayra memang happy dan penat. Mak paknya pula, amat penat dan rasa nak merungut je hehehehe....

Sekian.    

4 comments:

Unaizah said...

Dah lama teringin nak bawak anak-anak pi Zoo Negara tp hubby not very keen. I cadang you pi Zoo Taiping. Kami dah pi Night Safari Zoo Taiping. Different experience & best! For petting zoo, cuba try Lost World of Tambun. Budak-budak memang suka la pasai banyak jenis binatang yg blh dipegang.

weezana said...

ada juga plan nak ke Zoo Taiping. Tapi tu lah tiap2 kali ke Utara, rasa malas dan takde masa nak exit di Taiping tu. Kadang2 disebabkan jalan jem. Tapi mmg looking forward.

Lost World Tambun pun belum pernah pergi. Tapi rasanya konsep yang sama dgn sunway lagoon, ada petting zoo gak :)

Thanks Unaizah.

Jom Cantik Dengan Collagen said...

hahahahhahaha kelakar tgk khayra. Dari td berdiri sebelah daun merah tu tak nak gerak2 ke??

weezana said...

dia mengamuk, penat dan malas nak jalan tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...