Friday, July 5, 2013

Firefly Terbang Tinggi & Shopping di Padang Besar

Sekarang ni kalau naik teksi dan cakap kita nak ke airport, pemandu teksi akan bertanya kepada kita semula, `KLIA, LCCT atau Subang?' Wah, ada 3 airport rupa-rupanya di KL/Selangor ni. Ada beza ke? Ish3x, kena tau bezalah. Kalau tak tau, nanti tersalah pergi airport. Kena pastikan penerbangan yang anda tempah tu akan berlepas dari airport yang mana.

Entry ni saya nak kongsi cerita sedikit mengenai pengalaman saya menaiki Firefly. Kelip-kelipkah? Macam yang banyak di Kuala Selangor tu? Eh bukan2. Ini nama syarikat kapal terbang. Firefly ni anak syarikat MAS. Hmmm... Penerbangan tambah murah pesaing AirAsia. 




Makanya, kalau menempah dengan Firefly, anda akan menaiki pesawat anda di Airport Subang. Ini pengalaman pertama saya naik Firefly. Inipun secara kebetulan kerana tiket penerbangan MAS telah habis. Saya nak ke Kangar atas urusan kerja. Dipendekkan cerita, pagi-pagi buta memang dah sampai di Subang Airport. Sunyi sepi.


Takde orang pun...



Dipendekkan cerita lagi, penerbangan pagi ke Utara ni memang berjalan lancar. Tak ramai penumpang dalam pesawat. Eh, makan kacang jugakah atas pesawat? Oh rupa-rupanya Firefly bagi Almond Cupcake sebagai kudapan dalam pesawat. 




Oleh kerana syarikat penerbangan ini adalah anak syarikat MAS, maka majalah dalam pesawat adalah sama sahaja. Ya, sila baca Going Places.




Sekejap je (tak sampai sejam) dah sampai pun di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. FYI, Perlis tak ada airport. Jadi, kalau nak ke Perlis kenalah turun di Alor Setar ye. 




Dan kali ni malas sungguh nak cerita pasal kerja. Lagipun, entry ni sebenarnya saya terlambat tulis kerana ntah kenapa saya ni sibuk sangat sampai takde masa nak tulis tentang perjalanan yang satu ni. Jadi kita teruskan dengan aktiviti selepas kerja iaitu menghabiskan duit di Padang Besar. 


Arked Niaga di Padang Besar

Kalau ke Perlis, wajib lah pergi Padang Besar. Lebih-lebih lagi kalau anda bukan orang Perlis atau Kedah. Ini kerana di Padang Besar ni ada rasa macam bukan berada di Malaysia. Rasa macam ada kat Thailand je. Hehehehe.. 


Dalam bangunan


Mana taknya, peniaga-peniaga di sini, nampak macam orang Siam berdasarkan dialek yang digunakan. Eh, beli apa tu?


Ada banyak jual brooch...

T-shirt

branded celup punya


Kacang 

Ikan masin/jeruk Thai

kudapan


aksesori


Dan sebelum pulang ke ibu negara, singgah makan laksa dulu ye. Ni pun aktiviti wajib kalau anda memang peminat laksa kedah/laksa perlis.


yumyum tau

Seperiuk laksa


Akhir kata, nak kongsi sedikit cerita tentang Firefly ni. Selalunya kalau saya naik MAS, saya akan request tempat duduk di bahagian hadapan. Yelah, senang nak keluar. Maka, terjadilah dialog seperti di bawah:

Lokasi: Kaunter Check-in Firefly

Saya: Boleh beri saya tempat duduk bahagian hadapan? Senang sikit nak keluar (senyum2).
Cik Kelip2: Hmmm... Pintu di bahagian belakang Puan.
Saya: Hah?
Cik Kelip2: Pintu pesawat di bahagian belakang, bukan di hadapan.
Saya: Oh (muka confuse giler)... Kalau begitu bagi saya tempat duduk yang paling belakang (wallaweh betul)..
Cik Kelip2: (senyum panjang...)

Sekian.

6 comments:

Unaizah said...

Personally, saya memang prefer Firefly dari syarikat yg 1 lagi tu. Well, experiences taught me that!

ps...kecur air liur tengok gambar laksa tu. ni yg buat lagi tak sabar nak balik raya :-)

weezana said...

Memang ok naik Firefly.. Tahun ni saya beraya di Kedah. Tapi rasanya xde peluang nak makan laksa sbb semua kedai tutup :)

Yong Is My Name said...

Salam Ramadhan Emilia..
Kalau ke sana list wajib Yong kacang dalam tin ngan pulut hitam..

@aMy@ said...

sy pon if blk Perlis mesti siggah Pdg Besar. rasenye harge brg2 kat sane dah naik... :)

weezana said...

Salam ramadhan juga Yong.. Tu la best gi Padang Besar ni.. cuci2 mata :)

weezana said...

Salam Amy, sesekali pergi terasa best. Barang2 dia lain dari tempat lain.. Brooch memang agak murah. Lain2 saya tak berapa nak tengok. brooch ngan snek2 je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...