Tuesday, June 25, 2013

Nyonya Cuisine di Precious Old China & Tiba2 Jadi Pejuang Wanita...

Nampaknya sekali lagi saya menempuh minggu yang sibuk. Apabila sibuk, bukan sahaja nak masak, nak makan pun tak sempat. Justeru, sunyi sepilah blog warna-warni saya ni. Kesibukan saya ni berpunca daripada aktiviti berbengkel. 3 hari saya dan rakan-rakan sebengkel, memerah otak untuk menghasilkan sebuah pelan untuk melaksanakan kesamarataan gender dalam dunia penyiaran. Pergghhh, tiba-tiba je jadi pejuang untuk wanita.. wink wink :P




Justeru, kesibukan melampau tersebut bermula dari 2 hari sebelum bengkel. Mana taknya, otak terpaksa dan dipaksa untuk menyiapkan kertas kerja mengenai situasi kesamarataan gender dalam organisasi penyiaran kami. Kena buat sungguh-sungguh kerana bengkel anjuran Asia Pasific Broadcasting Union ini akan dihadiri oleh rakan-rakan penyiaran dari negara lain. Sama-sama berkongsi situasi dan mencari penyelesaian sekiranya gender equity itu tidak berlaku dalam organisasi.


Puan Norliza sedang membuat pembentangan

Chrissie & Martin sebagai Moderator

para peserta




Paling menarik, apabila pembentangan dibuat dan kami mendapati bahawa tidak ada diskriminasi gender di Jabatan kami. Jumlah pegawai lelaki dan perempuan hampir sama peratusannya. Peluang untuk naik pangkat juga adalah sama rata. Tidak seperti di negara-negara lain yang masih ketara diskriminasi gender ini. Antaranya seperti di Afghanistan, India, Pakistan dan Maldives.



Sesi Perbincangan


Apabila berbengkel, maka dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru. Ada di antara peserta bengkel ini saya telah jumpa di Persidangan AIBD bulan lalu. Sekarang nak cerita tentang makanan pula. Yelah setelah berhempas-pulas memikirkan pelan 3 tahun untuk memastikan kesamarataan gender diamalkan dalam dunia penyiaran, maka perlulah juga semua peserta menikmati makan malam yang hebat. Maka juganya, kami dibawa oleh urusetia bengkel untuk makan malam di Restoran Precious Old China yang terletak di Aras 1, Pasar Seni.



Sesi Makan-Makan



Restoran ini menawarkan pelbagai menu masakan Peranakan atau Baba & Nyonya. Makanan di sini adalah dari sumber yang halal. Walau bagaimanapun, restoran ini ada menghidangkan minuman keras. Tak dapatlah nak dielakkan kerana untuk bengkel-bengkel antarabangsa begini, urusetia akan mencari restoran yang ada menjual arak namun menghidangkan makanan yang halal. 

Justeru, saya minum jus Roselle je la. Hikhikhik, sedap gak la dan bunganya tu boleh dimakan.


Sedap, ada rasa masam dan manis.. 


Makanan-makanan di sini memang sedap sangat. Terasa keaslian menu Baba & Nyonya. Berdasarkan pemerhatian saya juga, ramai orang makan di sini, pelbagai kaum dan juga pelancong asing. 



Dimulakan dengan Pie Tee

Ini namanya Lobak kalau tak siap -
sila abaikan gambar topi pie tee dlm pinggan tu ok.

Wah3x, makin banyak pilihan

Ayam Pong Teh 

Asam Fish Fillet (sedap giler kuah dia!)

Tofu

Coconut Rice (kaler biru)

Pucuk Paku Belacan

Lemak Nenas Sotong

Lady Finger Belacan

Semua gembiralah makan kat sini. Memang yummy bagi penggemar masakan Peranakan. 


Rakan dari Thai

Bukan saya je suka amik gambar makanan hikhik

Mai, Puan Liza, saya & Elaine

Martin, Sayed & Natalia

Sayed (Afghanistan) tak suka makan nasi,
tapi makan kuah Lemak Sotong hirup gitu je.

Akhir kata, nampaknya lepas ni kenalah memperjuangkan wanita. Supaya tidak ditindas dan didiskriminasi hehehe... Luaskan kuasamu!

Sekian. 
    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...