Saturday, April 13, 2013

Masakan Indonesia (Padang & Sunda) di Bumbu Desa..

Pernah makan di Restoran Bumbu Desa? Semalam saya makan tengah hari di restoran rangkaian masakan Indonesia ini. Eh, tapi saya berada di Malaysia. Saya makan di salah satu rangkaian Bumbu Desa yang terletak di Mid Valley Megamall. Terdapat lebih 30 buah rangkaian Bumbu Desa di Indonesia, Singapura dan Malaysia.



Ini adalah kali ke-2 saya ke Bumbu Desa. Kali pertama dulu dengan keluarga. Kali ini sebab ada orang nak belanja. Rakan yang dah bertukar angin ke stesen TV yang lain nak belanja. Jadi, gathering  ini adalah bersama rakan-rakan sekerja ex-pejabat Datuk Tiger. 


orang yang nak belanja lambat sampai :)

Meskipun boleh memilih menu menerusi buku menu, tapi kalau tengok sendiri lauk-pauk lebih puas hati kan? Jom tinjau lauk-pauk di sini.


Syida & Amy tengah pilih-pilih

Menarik kan?

Jom close-up lagi beberapa menu yang menarik.











Ada pelbagai juga pilihan jus dan minuman yang menyegarkan.


Jus Tembikai pilihan saya

Datuk Tiger punya air kelapa

Kami makan nasi dengan lauk-pauk yang banyak tu ler.. Macam-macam ada. 



Makan2 (tapi zura tgh bz watsap)

Hidangan ditamatkan dengan pencuci mulut.


Tak tau nama dessert ni, zura je yang hafal hehehe

Fiona & dessert

Restoran ini juga dihias dengan reka bentuk dan hiasan yang menampakkan keIndonesiaan.


kain batik jadi langsir



Akhir kata, terima kasih ye kepada saudara Hafizal Hamad, personaliti sukan yang semakin popular dan semoga terus popular. 


terima kasih hafizal!


Semoga terus dimurahkan rezeki di Astro dan belanja kami lagi! Lain kali kita berjumpa ramai-ramai lagi...


Senyum manis-manis ye
Sekian.

2 comments:

princess lyra said...

itu menu desert nm die...kolak biji salak...lps ni jgn mkn dah..x sedap..hahaha..

weezana said...

Nama dia pun xsedap didengar hehehe.. memang kena ingat ni, takut terorder next time..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...