Friday, April 26, 2013

Asam Laksa lagi kali ni di Old Town White Coffee...

Maaflah... Saya memang bz sangat akhir-akhir ni. Bukan sebab berkempen atau jadi calon, tapi sebab saya memang bz. Dan apabila ada masa terluang sedikit, saya jenguk-jenguklah juga blog warna-warni ni. Selalunya saya akan check kalau ada comment yang masuk. Yelah, manalah tau ada yang bertanyakan soalan-soalan seperti "1sb tu apa ye kak?" atau "1cawan tu cawan apa ye kak?" Huhuhuhu..... Saya jawablah yang mana saya leh jawab...

Hari ni saya tak masak sebab saya kat opis hehehe.. Sebenarnya saya dah 4 hari kot tak masak. Sebabnya, Mr. Hubby outstation ke KK. Maka, saya balik keje kena pandu kereta sendiri. Oleh kerana saya ni dah lupa macam mana teknik-teknik nak merempit, maka lambat gilerlah nak sampai ke rumah. Jadi, takde masa nak masak. Tambahan pula, minggu ni KL asyik hujan lebat je. Pandu memang macam siput ba alif ba ya ler jawabnya.....

Jadi saya nak kongsi entry makan Asam Laksa awesome di Old Town White Coffee. Kali ni venuenya di Alamanda. Nampaknya saya memang suka ke Alamanda hehehe...




Belek-belek menu.




Kena isi form ni untuk order.




Ini Asam Laksanya..



sedap


Selain daripada Asam Laksa, kami juga order Steam Bread ngan kari ayam. Lembut tau rotinya. 







Minum air teh ais je. Mr. hubby minum white coffee iced kot.. 




Harga pun oklah. Bolehlah. Boleh datang lagi.




Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...