Monday, March 18, 2013

Nasi Padang & Minang di Salero Negori

Lauk-pauk masakan padang dan minang memang antara masakan yang saya suka. Walau bagaimanapun, bukan senang nak cari restoran atau warung yang menjual lauk-pauk padang/minang yang betul-betul lazat. Kadang kala tu namanya restoran masakan Padang/Minang, tapi masakan-masakannya lebih kurang Melayunya sahaja dan kuahnya cair kurang rasa lagi.

Justeru, kalau anda teringin nak makan masakan Negeri Sembilan dan Padang di Ibu Kota Key El Key El ni, dicadangkan pergi ke Restoran Salero Negori. Restoran ni ada beberapa cawangan, yang saya pergi ni terletak di Level 2, Amcorp Mall. 





Hiasan dalam restoran ni ala klasik-klasik sikit.



almari dengan barang-barang antik

tulisan dlm akhbar & plak JJCM


Jom tinjau lauk. FYI, kat sini tak boleh senduk sendiri. Yang mana berkenan sila tunjuk dan pelayan akan sendukkan. 






Ayam kampung goreng dan Sembilang goreng

Pucuk ubi

Gulai tunjang


Pilihan hati.


Paru

ikan masin

Tempe

Rendang daging

Sayur campur

Sambal

Sembilang Berlado


Penuh mejaku. 


Makan dengan Puan Ros


Mau tak licin, memang sedap sangat. 





Lain kali boleh datang lagi sebab tak jauhpun dari pejabat.

p.s.: Huh Mr. Hubby dah 2-3 kali datang sini ngan member-member ye? Tak ajak pun... :D

  

3 comments:

adda syuhada said...

nampak sedap..

o said...

Assalam Kak, saye suka baca blog akak., saye jumpa last weekend waktu tu nak cari resepi memasak. sejuk jer hati baca blog akak. kak nak tanyer cheese kek dlm pic tu akak buat ker? yang ada topping cheese atas die tu? yang ade 3 cuan kek cheese tu

weezana said...

adda, memang sedap...

o: ha'ah yang gambar 3 kek tu akak buat. japanese cottonsoft cheesecake:) terima aksih sebab sudi baca..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...