Tuesday, March 12, 2013

Hi-Tea di Saloma Bistro (Macam Mana Nak Kurus?)

 
 
Dengan kengkawan


Petang tadi saya dan rakan-rakan menghadiri Majlis Sekalung Budi anjuran Puspanita KPKK. Majlis ini dibuat secara santai; bersosial, makan-makan dan berhibur.




3 bos yang anggun


Lazimnya, kalau majlis makan-makan terutamanya di tempat yang jarang-jarang dapat pergi, saya akan berbesar hati untuk pergi. Justeru, apabila mendapat peluang ke Saloma Bistro, tentunya saya tak nak lepaskan peluang untuk mencuba dan melihat sendiri tempat makan di Jalan Ampang ni.


 
 
 
Oleh kerana ini adalah majlis Hi-Tea, jadi pilihan makanan yang ada tidaklah terlalu banyak. Walau bagaimanapun, memang sangat mengenyangkan sebab kami makan ala buffet. Jom tengok pinggan saya.


Ayam goreng ngan keropok je

cucur & samosa (mesti korang x nampak samosa hehehe)

Bubur caca & buah-buahan
 
 
Ada banyak lagi menu yang saya tak larat nak cuba (dah terlalu kenyang). Antaranya, soto, sup, roti, pelbagai kek dan puding. 
 
Sambil makan kami dihiburkan dengan nyanyian penyanyi-penyanyi yang popular sekitar tahun 80-an iaitu Nassier Wahab, Salwa Abdul Rahman dan Azlina Aziz.


Salwa & Nassier

Azlina Aziz
 
 
Meskipun usia penyanyi-penyanyi ini menjangkau 50-an, namun wajah yang awet muda dan susuk tubuh yang cantik serta menarik menjadikan saya rasa amat kagum. (FYI, Nassier Wahad akan menyambut hari jadi ke-51 April depan)
 
Seterusnya, ahli-ahli Puspanita pula mula menunjukkan bakat menyanyi masing-masing.


Joget lambakkah?
 

Malam pesta muda mudi
Bertemasya dan menari
Suka ria dalam hati
 
Majlis berakhir kira-kira jam 5.30 petang. Saya dan rakan-rakan pulang dengan perut yang kenyang.

Dalam perjalanan pulang, saya mula terfikir: Macam manalah nak kurus macam Nassier Wahab, Salwa Abdul Rahman dan Azlina Aziz, kalau asyik makan dan tak jaga makan hehehehe....
 
Sekian.  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...