Wednesday, March 13, 2013

13.3.13.... Happy 9th Anniversary at The Emperor.

13.3.13... Tarikh hari ini memang cantik sekali. Bertambah cantik kerana hari ini adalah Hari Ulang Tahun Perkahwinan saya & Mr. Hubby. Tahun ini adalah tahun yang ke-9. Jadi saya mulakan entry ini dengan ucapan... Happy Anniversary to Mr. Hubby!

 
 
 
If a raindrop would mean ... I love you
And you would ask me how much I love you,
I bet you that it would rain all day
 
Malam ini kami memilih untuk makan malam di The Emperor, Grand Dorsett Subang. Menu pilihan kami adalah masakan Cina.


Pintu masuk The Emperor
 
 
Suasana yang tenang di The Emperor memang amat sesuai untuk kami menikmati makan malam berdua di sini. Citarasa masakan Cina pula memang menepati selera kami.



 

Tambahan pula, memang sudah agak lama juga kami tidak makan masakan Cina. Maka beberapa menu menjadi pilihan kami. sebagai pembuka, kami dihidangkan dengan makanan ringan.


Makan kacang dulu
 
 
Coke pula menjadi pilihan minuman kami.


Coke je
 
 
Tanpa perlu menunggu lama, menu-menu seterusnya dihidangkan kepada kami. Pilihan selera kami adalah seperti berikut:


nasi putih


Sweet & Sour Prawn


Crispy Duck with Plum Sauce
 


Beijing Crispy Beef
 
 
Semuanya sedap-sedap belaka. Crispy Duck yang disajikan memang paling awesome. Malah masakan itik yang paling awesome setakat ini di Malaysia (disclaimer: setakat yang pernah kami cuba).
 
Terasa sungguh kenyang. Penutup bagi segala hidangan ialah Chilled Honeydew with Ice-Cream. Sedap sangat bagi penggemar honey dew seperti saya.

ice-cream vanilla!
 
 
Terima kasihlah Mr. Hubby sebab belanja makan kat sini. Pastinya, saya akan kembali ke The Emperor sekiranya saya terasa nak makan Chinese Food.
 
Kepada rakan-rakan yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Doakan kami bahagia forever and ever... :)

Once upon a time.... :)
 
Akhir kata, saya tujukan lagu sahabat (Najwa Latiff) untuk Mr. Hubby... You're are my other half, my bestest friend:)

Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu...



Sekian.





2 comments:

Pn.Mieza Fadzly said...

selamat ulangtahun perkahwinan..semoga dirahmati hingga ke syurga..amin =) sweet couple.

weezana said...

terima kasih Pn. Mieza :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...