Tuesday, February 12, 2013

Warung Pok Nong, Sotong Celup Tepung Terbaik! ... Kuala Terengganu with Love (Part IV)

Bersambung dari Part III.

Masih perlukah lagi saya memberi sebab kenapa saya cintakan negeri Terengganu?
 
Sekiranya perlu, maka anda terpaksa menghadap kisah "Kuala Terengganu with Love' ini sehingga part yang tiada infinitinya. Atas faktor kewarasan dan kekangan waktu, maka, tidaklah saya mahu menjela-jelakan entry-entry ini. Biarlah saya berkarya dengan gaya yang padat, jelas dan menarik.
 
Walau bagaimanapun, saya tidak berdaya untuk menghalang keterujuaan hati dan jari saya untuk terus menaip mengenai Warung Pok Nong. Ada apa di Warung Pok Nong? Jawapannya: di warung Pok Nong ada Sotong Celup Tepung yang terrrrawesome di Terengganu!
 
Seriusnya, bukan mudah nak mencari lokasi Warung Pok Nong ni memandangkan kami bukannya orang tempatan. Namun, kepopularan Pok Nong dan Celup-celup tepungnya di kalangan blogers menyebabkan kami tahu koordinat GPS warung ini. Berpandukan GPS, kami tiba di Warung Pok Nong, Mengabang Telipot jam 3.30 petang.
 
GPS: N 05.42802; E 103.072854
 
 


Jangan ada jangkaan yang terlalu besar. Meskipun Pok Nong amat popular tetapi warungnya hanyalah sebuah warung kecil yang usang sahaja kerusi dan mejanya. Tapi usah peduli dengan gambaran fizikal, paling penting adalah sotong celup tepungnya yang lazat.


 
 
Warung ini berhadapan dengan pantai. cantik sungguh pemandangan pantai ni. Putih bersih pasirnya.


Indah

 
 
Ketika kami sampai, sudah ramai pelanggan yang berada dalam warung ini, mujurlah masih ada meja untuk kami berempat.




Oleh kerana pemandangan di Mengabang Telipot ni sungguh menakjubkan, maka, kami minum ABC dulu.



 
 
FYI, di Warung Pok Nong ni, nak makan kena layan diri. Makanan celup tepung tu digoreng panas-panas dan diletakkan dalam dulang. Pelanggan perlu berebut (jangan bertolak-tolak atau bertumbuk macam budak-budak) untuk mendapatkan makanan. Unik sungguh kaedah layan diri di warung ini. Dapatlah kami semua melihat taraf ketamadunan yang tinggi rakyat Malaysia di sini.

Tunggu gorengan
 
 
Batch pertama gorengan yang dikeluarkan oleh Pok Nong ialah Keropok Lekor. First batch ini dikeluarkan jam 3.50 petang. Pada pelanggan yang datang sejak jam 3 petang, memang hampir sejam jugalah menunggu. Tapi, nak ambil keropok lekor ni tak perlu nak berebut sangat sebab kuantitinya banyak. Mr. Hubby amik sepiring untuk appetizer kami hehehe.


Keropok Lekor
 
 
10 minit kemudian, Pok Nong mengeluarkan signature dishnya, jeng jeng jeng... the Sotong Celup Tepung! Maka berpusu-pusulah pelanggan beraksi secara macho, ayu dan berhemah dalam merebut sotong yang paling besar untuk dinikmati.


Nelayan-nelayan yang berjaya
 
 
Mr. Hubby berjaya mencandat 2 ekor sotong yang besar. FYI lagi, jangan lupa ambil gunting, sebab kena gunting sotong ni sendiri, DIY ok.

Piring kami



Aksi nelayan yang berjaya
 
 
Jangan lupa juga tunjuk kat Pok Nong kalau ambil sotong. Pengiraan harga berdasarkan saiz sotong. 



Nampak tak kertas kecik tulis 13 tu? Maksudnya, 2 ekor sotong ni baru RM13. Syok wooo....

 
Siap digunting

 
Seterusnya, Pok Nong mula mengganas dengan mengeluarkan Ikan celup tepung pula. Tapi Mr. Hubby tak pergi menjala pun sebab kitorang tak rasa nak makan ikan.

Ikan Celup Tepung
 
 
Mr. Hubby kembali memeriahkan perebutan apabila Pok Nong mengeluarkan Udang Celup Tepung. Udang ni pun cepat sold out.

Udang Celup Tepung
 
 
Makan semua gorang-gorengan ni, cicahlah dengan sos pencicah yang sedap.

 
 
Mr. Hubby kemudiannya mencandat seekor lagi sotong saiz besar supaya kami dapat makan sotong celup tepung dengan puasnya. Habis licin, tinggal serdak-serdak tepung sahaja pinggan kami (bersepah-sepah untuk Pok Nong kemas).

 
 
Sekarang ni saya dah tahu kenapa warung ni sangat popular. Saya pun sedang menambah kepopularan Pok Nong. Akhir kata, pengalaman di Warung Pok Nong ni memang best, unik dan tak dapat dilupakan.

Kalau sesat ke Warung Pok Nong, sila telefon:

 
 
 
Sajak saya petik khas untuk Pok Nong:
 
We all enjoy delicious food,
Makes us happy, fixes our mood.
It's all about the juicy taste,
Doesn't matter, where the food is placed.

A great dish, we should all savor,
Eat slowly, as we taste the flavor.
Choose our very favorite cuisine,
Is it red? Or is it green?


Bersambung di Part V.

2 comments:

Sharinginfoz said...

kena cuba ni

weezana said...

kena cuba. memang best makan kat sini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...