Tuesday, February 12, 2013

Roti Nan Tempayan Sri Gong Balai.... Kuala Terengganu with Love (Part V)

Bersambung dari Part IV.
 
Makan Sotong Celup Tepung sudah, beli batik sudah, beli keropok pun sudah. Nampaknya, perjalanan 3 hari 2 malam di Kuala Terengganu sudah sampai ke hari terakhir. Bangun pagi kedua ini, kami sepakat tidak mahu bersarapan di Verandah, Ri-Yaz Heritage. Justeru, selepas bersiap, mandi dan berkemas, kami terus check-out dari Ri-Yaz. Kami bercadang untuk berhenti sarapan di gerai-gerai makan (mana-mana yang menarik perhatian) semasa perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Ibu Kota.
 
Perjalanan dimulakan dan kami menajamkan mata mencari kemungkinan terjumpa warung-warung menarik di sepanjang jalan. Setelah memandu kira-kira sejam, akhirnya kereta kami berhenti di sebuah warung yang kelihatan penuh dengan pelanggan. Warung ini di sri Gong Balai, Marang. Di papan nama warung ,tertulis `Roti Nan Tempayan Kari Kambing'. Hebat bunyinya, eh, mesti cuba ni.





Warung ini sederhana sahaja besarnya. Sebahagian meja makan, tidak bersimen pun lantainya. Budak-budak gembira tengok ayam kampung dan kucing yang sesekali melintasi bawah meja dan kerusi makan.


Anaklah ayam... anak ayam...


Tokey warung ni senyum je sepanjang buat Roti Nan ni. Laku sungguh nampaknya warung ni. Tak henti-henti tokey kedai (tak tau nama tokey) membuat roti nan.


Inilah tempayannya


Lepas menguli, roti ditampal dalam tempayan sehingga masak.


Hot from tempayan


Roti nan yang dah siap tu akan diangkat guna peralatan khas (mengelakkan tangan tokey terbakar). Seterusnya, diletakkan ke dalam pinggan.



Leatak atas pinggan


Roti Nan yang panas, lembut dan sedap dihidangkan terus kepada pelanggan.


Tak sabo nak makan roti nih


Kari kambing berlemak-lemak dagingnya ini sungguh lazat.

senyum dulu


Lembut, pedas, berlemak


Untuk memeriahkan meja, kami order nasi minyak. Kaler merah nasi minyak kat sini. Lauk ayam nya juga awesome.


Sarapan hebat



Tak cukup sekeping, kami tambah lagi Roti Nan ni. Memang sedap sangat dicicah panas-panas. Patutlah tak putus-putus pelanggan mengunjugi Roti Nan tempayan ni.






Kepada anda yang berminat nak ke sini, maaflah saya tak ada alamat penuh. Cuma, warung ni senang je nak cari kalau anda berada di Sri Gong Balai, Marang. Kat tepi jalan je, sebelah kiri, jalan nak ke Kuala Lumpur.

Perut dah diisi, perjalanan pulang kami teruskan.

Bersambung di Part VI (Final).
 
 

2 comments:

Yong Is My Name said...

Thanks for sharing pasal Ganuu
lama tak balik, sob sob sobb

weezana said...

Nanti cik yong balik bercuti di Mesia, bolehlah cik yong jenjalan ke Terengganu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...