Tuesday, February 12, 2013

Pasar Payang & Pantai Batu Burok... Kuala Terengganu with Love (Part III)

Sambungan dari Part II.

Pagi pertama di Kuala Terengganu, saya memang bangun awal untuk berlari (lebih banyak berjalan) untuk menikmati keindahan Ri-Yaz Heritage pada pagi hari. Pagi ini juga, kami merancang untuk menjamu mata di Pasar Payang iaitu pasar yang mana anda boleh beli pelbagai barang/makanan tradisi Terengganu. Setelah bersiap dan bersarapan pagi, kami tidak mahu berlengah lagi untuk ke pasar ini.


Dah nak sampai Pasar Payang
 
 
Pasar ini memang sangat popular dan sangat sesak pada hujung minggu. Mujurlah ada bangunan tempat letak kereta yang dibina berhampiran dengan pasar ini. Dan mujur jugalah bukan saya yang tak berapa pandai parking ni, memandu kereta.


Masuk parking dulu
 
 
Memang mencabar untuk membeli barang-barang. Almaklum, bukan sahaja disebabkan pengunjung yang bersesak-sesak, juga disebabkan kami membawa dua budak kecil bersama. Tambahan pula, Mr. Hubby perlu mendukung Khayra, jadi saya yang kena bawa semua barang yang dibeli.


Pasar Payang Tingkat Bawah
 
 
Tapi, memang sangat menarik barang-barang jualan di pasar ini.


Serunding

Pistachio

Kudapan manis (tak tau nama)

Budu!

"Kita tengok penyu telor... la.. la.. la"

Kuih-muih

Asam-asam
 
 
Dan saya juga beli rempah-rempah.


rempah gulai nasi dagang, daging kawah, kurma dan kerutuk
 
 
Selesai berputar-putar di tingkat bawah, kami ke tingkat atas pula. FYI, pasar payang ni terletak di bangunan 2 tingkat. Bahagian atas ada jual batik dan songket. Cantik-cantik dan sungguh menggoda kain-kain di sini. Kalau berminat untuk beli, jangan lupa tawar-menawar. Harga yang diletak tu sangatlah boleh dikurangkan. Mungkin yang tak tawar cuma pelancong dari luar negara atau pun sebab dah terlalu kaya.


Tingkat atas

Berwarna-warni mataku
 
 
Makanan dah beli, batik pun dah beli juga (terpaksa beli sebab hari Khamis terpaksa pakai batik). Berjalan ke tempat parkir, kami melalui kedai-kedai menjual barang-barang kelengkapan rumah seperti periuk dan bekas-bekas.



Boleh beli ni sebab tak mampu beli Le Creuset
 
 
Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari, oleh kerana sudah tiba masa makan, kami terus ke Pantai Batu Burok untuk mengisi perut. Di pantai Batu Burok ni ada barisan kedai makan yang menawarkan nasi dengan lauk-pauk.



makan dulu


 
 
Habis makan, kami singgah sebentar di Pantai Batu Burok. Meskipun cuaca panas terik, namun angin sepoi-sepoi yang bertiup mendinginkan suasana.


Pantai Batu Burok

layan blues

 
 
Petang nanti kami bercadang untuk cari Sotong Celup Tepung (yang popular bangat di blog2) di Mengabang Telipot (mood: Tak Sabar!)
 
Bersambung di Part IV. 

2 comments:

Emma Marinie said...

seronoknya jalan jalan...lama juga tak ke pantai timur...

weezana said...

Saya pun dah lama tak ke pantai timur. ni barulah berpeluang:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...